-->

3 Dis 2017

Sinopsis Telemovie Fatonah Azali (Cerekarama TV3)

Sinopsis Telemovie Fatonah Azali Cerekarama TV3, Pelakon Telemovie Fatonah Azali, Nad Zainal, Redza Rosli, Raja Azura, Sharifah Sakinah, Zaibo, Mustaqim Baharom, Shahronizam Noor, Ending Fatonah Azali,
Sinopsis Telemovie Fatonah Azali Cerekarama TV3

Telemovie Fatonah Azali akan disiarkan di Slot Cerekarama TV3 pada 2 Disember ini sempena sambutan Maulidur Rasul. Antara Pelakon Telemovie Fatonah Azali ini adalah Nad Zainal, Redza Rosli, Raja Azura, Sharifah Sakinah, Zaibo, Mustaqim Baharom, Shahronizam Noor dan ramai lagi. Selain itu Telefilem Fatonah Azali ini diarahkan oleh Shuhaimi Lua dan diterbitkan oleh Tanah Beris Film Production. Kalau tengok dari iklan di TV dan sinopsis telemovie ini, memang nampak menarik dan best gitu, pelakon - pelakon telemovie ini juga hebat - hebat belaka. Jadi haruslah tonton nanti kan, apa pun jom tengok sinopsis ringkas telemovie ini dibawah ye. 

Sinopsis Telemovie Fatonah Azali Cerekarama TV3

Azali pulang ke kampung halaman setelah 7 tahun meninggalkan kampung tercintanya itu demi mencari kehidupan yang lebih baik di bandar. Dia terkejut apabila mendapat tahu bahawa ayahnya, Pak Tam baru menikah dengan Fatonah, yang merupakan seorang gadis terencat akal dan jauh lebih muda daripadanya. Pak Tam menikahi Fatonah kerana terhutang budi dengan bapa gadis itu. Kehidupan Fatonah berubah apabila Pak Tam meninggal dunia dan mengamanahkan Azali untuk menjaga Fatonah dengan baik dan menghormatinya bagai ibu sendiri. Apa yang bakal berlaku seterusnya? Dapatkah Azali menjaga Fatonah dengan sebaiknya?.

Ending Fatonah Azali ini agak menyedihkan jugalah. 

Jom Baca ini juga ➔ 9 Tips Penjagaan Kulit Terbaik Bagi Mereka Yang Rajin Travel!
Miss Banu Signature, Blogger, Blog, Miss Banu, Tandatangan, Blog Miss Banu Story,

2 ulasan:

  1. Baru tengok cerita ni tadi..keliru sikit tentang hukum kahwin dengan ibu tiri..di akhir cerita Azali nikah dengan Fatonah yg sebelum ni dah bernikah dengan ayahnya..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau ikutkan kata2 org kampung tu, Pak Tam baru merancang nak kahwin, belum kahwin lagi. Kan? Sbb tu Azali boleh kahwin dgn Fatonah.

      Padam

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017