-->

14 Ogo 2017

Sinopsis Drama Ops Cinta Din Sardin (TV9)

Drama Melayu, Drama Bersiri, Slot Kelakarama, TV9, Sinopsis, Ops Cinta Din Sardin, 20 Episod, Senarai Pelakon Drama Ops Cinta Din Sardin, Pelakon, Izzue Islam, Mira Filzah, Sasqia Dahuri, Delimawati, Niena Baharun, Bell Ngasri, Kazar Saisi, Syazuwan Hassan, Taufiq Hanafi, Jaja Iliyes, Azhan Rani, Anne Ariffin, Iswan Ismail, Amir Raja Lawak, Putra Amaris, JPJ, Pekerjaan Beruniform,
Sinopsis Drama Ops Cinta Din Sardin Slot Kelakarama TV9

Assalammualaikum..
Drama Ops Cinta Din Sardin telah mula disiarkan di Slot Kelakarama TV9 bermula 11 Ogos yang lalu. Drama bersiri 20 episod ini adalah kesinambungan kepada Telemovie Din Sardin yang pernah disiarkan dulu serta masih mengekalkan pelakon asal seperti Izzue Islam dan Mira Filzah. Antara pelakon lain yang turut berlakon dalam drama Ops Cinta Din Sardin ini adalah Sasqia Dahuri, Delimawati, Niena Baharun, Bell Ngasri, Kazar Saisi, Syazuwan Hassan, Taufiq Hanafi, Jaja Iliyes, Azhan Rani, Anne Ariffin, Iswan Ismail, Amir Raja Lawak, Putra Amaris dan ramai lagi. Drama ini akan disiarkan setiap Selasa hingga Ahad, jam 8.30 malam dan drama Ops Cinta Din Sardin ini akan diarahkan oleh Nazir Jamaluddin serta diterbitkan oleh Mache AllStar United Sdn Bhd. Nampak macam best juga drama ini kan, apa pun jom tengok sinopsis drama ini di bawah ye. Selamat Membaca..

Sinopsis Drama Ops Cinta Din Sardin Slot Kelakarama TV9

Mengisahkan Din Sardin (Izzue Islam) yang memang terkenal sebagai mat rempit di kampungnya. Sejak mengenali Che Ta, seorang Pegawai JPJ yang comel dan cantik manis, Din Sardin semakin minat bekerja dalam anggota beruniform. Sahabat baik Din iaitu Amir masih lagi degil dan kembali merempit dengan budak-budak rempitdi kampung. Walaupun Che Ta sudah dimiliki orang lain, perasaan Din pada Che Ta masih tidak berubah. Din nekad untuk menjadi menjadi pegawai JPJ walaupun tidak dapat memiliki cinta Che Ta, asalkan dia dapat bergandingan dan selalu bersama gadis itu pun sudah cukup baginya. Din memuja Che Ta dari jauh serta memendamkan perasaannya itu. Pada mulanya, Din sudah berputus asa untuk mencari pekerjaan setelah acapkali permohonannya untuk menjadi anggota unit beruniform itu ditolak sehinggakan dia kembali merempit. Ditimpa malang akibat kedegilannya untuk kembali merempit menyebabkan dia kehilangan sahabat baiknya, Amir yang ditimpa kemalangan ketika mereka sedang berlumba secara haram.
Drama Melayu, Drama Bersiri, Slot Kelakarama, TV9, Sinopsis, Ops Cinta Din Sardin, 20 Episod, Senarai Pelakon Drama Ops Cinta Din Sardin, Pelakon, Izzue Islam, Mira Filzah, Sasqia Dahuri, Delimawati, Niena Baharun, Bell Ngasri, Kazar Saisi, Syazuwan Hassan, Taufiq Hanafi, Jaja Iliyes, Azhan Rani, Anne Ariffin, Iswan Ismail, Amir Raja Lawak, Putra Amaris, JPJ, Pekerjaan Beruniform,

Din nekad untuk berubah dan tidak mahu lagi untuk menjadi mat rempit. Che Ta turut membantu Din untuk berubah dengan menyerap Din menjadi sukarelawan Skuad Muda JPJ dalam kempen kesedaran yang dijalankan oleh JPJ. Din Sardin menjadi anggota JPJ dan bercinta dengan Su sejak sama-sama dalam latihan. Kebetulan pula Che Ta bertugas menjadi jurulatih di pusat latihan itu, menemukannya dengan Din Sardin. Percintan Din Sardin dan Su Berakhir. Din dipindahkan ke Putrajaya, dan diserapkan satu unit dengan Che Ta yang menjadi ketuanya. Din berusaha mendapatkan cinta Che Ta. Su kemudian dipindahkan juga ke Putrajaya. Su ingin kembali kepada Din, tetapi Din menolak kerana Din mengejar cinta Che Ta. Su kecewa. Che Ta pula menolak cinta Din Sardin. Din Sardin pula yang kecewa. Dia mahu kembali kepada Su, tetapi Su sudah ada teman lelaki baru. Din Sardin kecewa. Hinggalah dia berubah menjadi anggota JPJ yang paling cemerlang dan dia berjaya menambat hati Che Ta semula. Apa yang bakal berlaku seterusnya?.
Miss Banu Signature, Blogger, Blog, Miss Banu, Tandatangan, Blog Miss Banu Story,

5 ulasan:

  1. macam best je citer ni
    jemput ke entri ccl ya
    http://cikcappuccinolatte.blogspot.my/2017/08/5-tips-bisnes-online-untuk-newbie.html

    BalasPadam
  2. mcm best ja cita ni.. mira filzah! <3

    BalasPadam
  3. hero dengan heroin sama comel sama padan!

    BalasPadam
  4. Memang bestlah citer ni

    BalasPadam

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017