-->

3 Jun 2017

Sinopsis Drama Menantu Bilal (Slot Dahlia TV3)

Sinopsis, Drama Menantu Bilal, Slot Dahlia TV3, Drama Melayu, Drama Bersiri, Drama Ramadan, 11 episod, Ragam Menantu, Lawak, Rumahtangga, Masalah Bulan Ramadan, Pelakon, Amar Asyraf, Nazeera Sardi, Syazwan Zulkifli, Ruhainies, Talha Harith, Chacha Maembong, Idris Md Diah, Elly Suriaty, Man Raja Lawak,
Sinopsis Drama Menantu Bilal Slot Dahlia TV3

Assalammualaikum..
Drama Menantu Bilal adalah drama terbaru di Slot Dahlia Tv3, drama ini mula disiarkan pada 2 Jun 2017 yang lalu bagi menggantikan Drama Cucu Tauke Beras yang telah tamat episodnya. Drama 11 episod ini dilakonkan oleh Amar Asyraf, Nazeera Sardi, Syazwan Zulkifli, Ruhainies, Talha Harith, Chacha Maembong, Idris Md Diah, Elly Suriaty, Man Raja Lawak dan ramai lagi. Drama Menantu Bilal ini diarahkan oleh Zamri Zakaria dan diterbitkan oleh Enuja Production Sdn Bhd. Wah drama ini ada ramai pelakon best, memang meriah habis, ini ditambah dengan pelbagai ragam dan kerenah 3 menantu Bilal Brahim dan Mak Esah ini. Memang seronok tengok drama ini, apa pun jom tengok sinopsis drama ini di bawah ye.
Sinopsis, Drama Menantu Bilal, Slot Dahlia TV3, Drama Melayu, Drama Bersiri, Drama Ramadan, 11 episod, Ragam Menantu, Lawak, Rumahtangga, Masalah Bulan Ramadan, Pelakon, Amar Asyraf, Nazeera Sardi, Syazwan Zulkifli, Ruhainies, Talha Harith, Chacha Maembong, Idris Md Diah, Elly Suriaty, Man Raja Lawak,
Sinopsis Drama Menantu Bilal (Dahlia TV3)

Memaparkan kerenah tiga menantu iaitu Marlisa dari Negeri Sembilan, Normala (Pulau Pinang) dan Norain (Terengganu) yang masing-masing cuba memenangi hati mentua dengan pendekatan tersendiri. Bilal Brahim dan Mak Esah adalah orang yang disegani dan menjadi tempat penduduk kampung mengadu serta mendapat nasihat. Daripada masalah ayam itik hinggalah masalah bercerai-berai. Semuanya berjaya diselesaikan mereka. Pasangan ini mempunyai tiga anak lelaki iaitu Rahim, Rahman yang tinggal di Kuala Lumpur, manakala Rashid tinggal bersama mereka. Ketiga-tiga mereka mengambil keputusan berkahwin serentak dengan pasangan masing-masing yang berasal dari tiga negeri berlainan. Keadaan menjadi kecoh apabila buat pertama kali mereka menyambut Ramadan dan mengadakan persediaan Aidilfitri.
Sinopsis, Drama Menantu Bilal, Slot Dahlia TV3, Drama Melayu, Drama Bersiri, Drama Ramadan, 11 episod, Ragam Menantu, Lawak, Rumahtangga, Masalah Bulan Ramadan, Pelakon, Amar Asyraf, Nazeera Sardi, Syazwan Zulkifli, Ruhainies, Talha Harith, Chacha Maembong, Idris Md Diah, Elly Suriaty, Man Raja Lawak,
Semua menantu bersaing bagi mengambil hati Lebai Brahim dan Mak Esah antaranya berebut-rebut memasak walaupun ada di antara mereka tidak tahu memasak dan terpaksa mempelajarinya melalui buku resipi dan pelbagai hal lagi. Selain isu itu, pasangan ini turut berdepan masalah membabitkan penduduk kampung seperti soal pertentangan idea dalam membuat keputusan mengenai imam jemputan untuk solat terawih, moreh, khatam al-Quran dan soal berapa rakaat solat Tarawih yang patut dilakukan. Tidak ketinggalan mereka juga berdepan masalah sikap penjual yang tidak mematuhi syarat berjualan ketika Ramadan, masalah mercun dan meriam sehinggalah ke soal penduduk yang makin berkurangan mengerjakan solat Tarawih.

Lagu Tema / OST Menantu Bilal
Lagu Boleh Blah Nyanyian Nanasheme
Miss Banu Signature, Blogger, Blog Miss Banu Story, Tandatangan,

1 ulasan:

  1. aida tgk semlm.
    aduhai. lemas nyer lah tgk 3 menantu ni.
    masak pun kat dapur tu saing.
    hadoi! kelakar...

    BalasPadam

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017