-->

9 Apr 2017

Final Badminton Terbuka Malaysia 2017 - Chong Wei VS Lin Dan

(Final Impian) Lee Chong Wei Bertemu Lin Dan Di Final Badminton Terbuka Malaysia 2017 (Perseorangan Lelaki), Chong Wei vs Lin Dan, Juara Terbuka Malaysia 2017, Pemenang,
(Final Impian) Lee Chong Wei Bertemu Lin Dan Di Final Badminton Terbuka Malaysia 2017 (Perseorangan Lelaki)

Final impian antara dua seteru utama badminton dunia Datuk Lee Chong Wei dan pemain China, Lin Dan akhirnya menjadi kenyataan pada Kejohanan Terbuka Malaysia 2017.
Chong Wei, 34, kini hanya selangkah untuk menambah koleksi kemenangan ke-12 acara perseorangan lelaki ketika Lin Dan pula mencari kejuaraan sulung di Terbuka Malaysia.
Di hadapan lebih 4,000 penonton, Chong Wei yang kini berada pada ranking pertama dunia, mara apabila mudah menewaskan pemain Hong Kong, Vincent Wong pada aksi separuh akhir di Stadium Perpaduan, Petra Jaya, dekat sini.
Chong Wei menang 21-12, 21-9 dalam tempoh 40 minit, sekali gus menempah pertemuan dengan Lin Dan yang melayakkan diri lebih awal selepas menundukkan Son Wan Ho dari Korea Selatan, 27-25, 19-21, 21-16.
Sebagai rekod, Chong Wei hanya menang 12 kali daripada 37 pertemuannya dengan Lin Dan dengan pemain utama negara menang dalam tiga pertembungan terakhir termasuk di separuh akhir Sukan Olimpik Rio, Ogos lalu.
Stadium Perpaduan bukan asing buat Chong Wei kerana pada 2006 beliau menewaskan Lin Dan dalam pertarungan sengit apabila bangkit ketika ketinggalan 13-20 di set penentuan sebelum menang 23-21 dan menamatkan perlawanan dengan 21-18, 18-21, 23-21, untuk gelaran ketiga berturut-turutnya.
Chong Wei berkata pertemuan dengan Lin Dan hari ini merupakan ulangan perlawanan akhir antara mereka 11 tahun lalu di tempat dan kejohanan yang sama.
"Ia adalah perlawanan yang ditunggu-tunggu dan saya berjanji untuk mempamerkan aksi terbaik esok untuk semua peminat di sini," katanya kepada pemberita selepas tamat perlawanan tersebut.
Beliau juga mengakui bekas juara dunia dan Olimpik itu turut memberi persembahan yang baik dalam aksi separuh akhir menentang Wan Ho.
"Saya harap dapat beri persembahan terbaik dan turut berharap penyokong datang beramai-ramai memberi sokongan kepada saya," katanya. - Sumber

- Wow memang tak sabar nak tunggu perlawanan epik antara Dato Lee Chong Wei dan Lin Dan. Agak - agaknya siapalah yang akan menang nanti kan?. Lin Dan memang teringin nak menang Terbuka Malaysia ini buat kali pertama, manakala Chong Wei pula mestilah nak menang di tempat sendiri betul tak! hehehe. Apapun nanti aku update keputusan perlawanan antara mereka di entry ini nanti ye..

Keputusan Perlawanan Final Badminton Terbuka Malaysia 2017

Nampaknya nasib tak menyebelahi Dato Lee Chong Wei apabila tewas kepada Lin Dan dalam 2 game iaitu 19:21 dan 14:21. Dato Lee Chong Wei gagal mencari kejuaraan ke 12 nya untuk Terbuka Malaysia ini. Manakala Lin Dan pula, pertama kali menjadi Juara / Pemenang Terbuka Malaysia walaupun sudah beberapa kali ke Final. Apa pun harap lepas ni Chong Wei dan Lin Dan akan bertemu lagi di kejohanan Badminton yang lain.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017