-->

8 Feb 2017

Sinopsis Drama Urusan Hati Cik Drama Queen

Sinopsis Drama Urusan Hati Cik Drama Queen Lakonan Scha Al Yahya
Sinopsis Drama Urusan Hati Cik Drama Queen (Astro)

Assalammualaikum..
Drama Urusan Hati Cik Drama Queen sudah pun mula disiarkan pada 6 Februari yang lalu, menggantikan Drama Sayang Papa Saya Tak yang telah tamat episodnya. Antara pelakon yang membintangi drama ini terdiri daripada Scha Al -Yahya, Aiman Hakim Ridza, Randy Pangalila, Adriana Adnan, Shalma Ainaa, Isyariana, Ozlynn Wati, Ungku Hariz, Ziha Salleh, Nazrief Nazri dan ramai lagi. Seperti drama - drama yang terdahulu, drama ini juga diadaptasikan daripada Novel Urusan Hati Cik Drama Queen karya Novelis Areila Sahimi. Drama 16 episod ini diarahkan oleh Michael Ang & Hadith Omar dan diterbitkan oleh Darkwave Pictures Sdn Bhd. Menarik dan kelakar juga jalan ceritanya terutamanya watak Syazlin (Scha Al Yahya) yang sangat drama queen tu hehe. Apapun jom layann sinopsis drama ini kat bawah k..
Scha Al Yahya dan Aiman Hakim Ridza
 Sinopsis Drama Urusan Hati Cik Drama Queen

Mengisahkan bagaimana Syazlin yang sangat 'drama queen' dalam apa jua situasi. Setiap perkara yang berlaku dalam dirinya dianggap masalah besar. Pada masa sama, Syazlin sering tidak bernasib baik dalam hubungan cinta. Pada suatu hari Syazlin berjumpa dengan Faris dan jatuh cinta. Namun cintanya ditolak kerana Faris bakal berkahwin dengan orang lainSyazlin kemudian bertemu dengan Fadhlan. Mereka berkawan baik dan Syazlin mula jatuh hati. Sekali lagi dia menggunakan pendekatan sama iaitu ingin mengejar dan mendapatkan cintanya itu. Syazlin meluahkan perasaanya melalui surat cinta berserta taburan bedak wangi. Siapa sangka Syazlin hanya bertepuk sebelah tangan kerana Fadhlan hanya menggangap dia sebagai kawan. Ketika itu Syazlin mendapat tahu Fadhlan adalah tunangan orang iaitu Hanissa. Ketika pernikahan mereka semakin hampir, tragedi malang menimpa Hanissa. Fadhlan mula menadi muram dan dingin. Syazlin pula cuba untuk menceriakan si dia. Dapatkah Syazlin bertemu dengan putera idamannya itu?
Drama Urusan Hati Cik Drama Queen
Lagu Tema / OST Urusan Hati Cik Drama Queen
--> Urusan Hati Nyanyian Sarah Fazny

1 ulasan:

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017