-->

26 Feb 2017

Review Filem Room & Dont Breathe (English Movie)

English Movie Room (2015) & Dont Breathe (2016)
Review Filem Room & Dont Breathe (English Movie)

Baru - Baru ini, aku ada menonton filem Room dan Dont Breathe, filem Room release tahun 2015 manakala Dont Breathe release tahun 2016. Aku tertarik nak tengok filem Room ini sebab filem ini menang banyak anugerah manakala filem Breathe pula bergenre seram / thriller dan mendapat banyak respon positif dari penonton. Jadi aku nak share serba sedikit pendapat dan review aku tentang kedua - dua filem ini. 

Filem Room (2015)

Filem Room ini dilakonkan oleh Brie Larson, Jacob Tremblay, Joan Allen, William H. Marcy, Sean Bridgers dan ramai lagi. Ianya mengisahkan tentang seorang wanita bernama Joy yang dikurung selama 7 tahun di dalam sebuah bilik kecil. Joy juga mempunyai seorang anak lelaki yang bernama Jack yang berusia 5 tahun yang dilahirkannya ketika berada dalam kurungan. Awalnya aku ingat Jack itu budak perempuan sebab nampak lembut dan berambut panjang hahaha, kemudian baru aku tahu yang sebenarnya Jack tu budak lelaki. Jalan cerita filem Room ini berjalan dengan amat perlahan sekali, terutamanya di babak permulaan. Sampai mengantuk aku, bila tonton filem ini masa awal - awal tu. Walaubagaimanapun, memang rasa geram betul tengok lelaki jahat yang bernama Nick tu, yang merupakan orang yang bertanggungjawab mengurung Joy dan Jack. Jalan cerita mula jadi menarik apabila Joy mula mencari jalan untuk membebaskan dirinya dengan Jack, dia mula mengajar Jack untuk berpura - pura mati supaya dapat keluar dari bilik tersebut, seterusnya meminta pertolongan.
Filem Room Menang Banyak Anugerah Lakonan Brie Larson dan Jacob Tremblay sebagai watak Ibu dan Anak
Walaupun pada awalnya Jack tidak begitu faham dan tidak suka dengan gelagat ibunya yang memaksa dirinya untuk berpura - pura mati, tapi akhirnya dia ikutkan saja arahan ibunya itu. Boleh tahan bijak jugalah Jack ini, sebab dia ingat dan lakukan segalanya seperti yang dirancangkan oleh ibunya. Agak suspen jugalah masa Jack dah ditangkap oleh Nick itu, namun dilepaskan kembali disebabkan ada orang yang curiga tentang Nick, ini ditambah lagi dengan Jack yang menjerit meminta tolong tu. Kemudian Jalan cerita filem ini memfokuskan pula kehidupan Joy dan Jack selepas kembali ke pangkuan keluarganya. Ingatkan Joy dan Jack akan bahagia lepas keluar dari situ tetapi ada konflik baru pula. Joy mendapati ayah dan ibunya dah becerai dan ibunya pula ada boyfriend baru manakala Jack pula menghadapi kesukaran nak menyesuaikan diri dengan dunia luar. Walaupun boring di permulaan cerita ianya mula menarik di pertengahan cerita, boleh tahan jugalah filem Room ini dan aku bagi 7 Bintang dari 10 Bintang,
Filem Seram / Thriller Dont Breathe Lakonan Jane Levy, Stephen Lang, Dylan Minnette, best horror movie.
Filem Dont Breathe (2016)

Filem Don Breathe pula dilakonkan oleh Jane Levy, Stephen Lang, Dylan Minnette, Daniel Zovatto dan ramai lagi. Mengisahkan 3 orang remaja iaitu Rocky, Alex dan Money yang cuba pecah masuk sebuah rumah yang didiami oleh seorang bekas Tentera yang buta. Siapa sangka benda yang mereka rasakan paling mudah akan menjadi sukar buat mereka, Lelaki buta tersebut bukan sembarangan orang, dia mempunyai kemahiran dan juga kuat dan mereka kini tidak dapat keluar dari rumah lelaki buta itu dengan mudah. Jalan cerita filem ini memang best, awalnya agak menyampah juga dengan sikap Money dan Rocky yang hendak sangat duit lelaki buta itu hingga membahayakan nyawa sendiri. Manakala Alex pula dah dapat menyelamatkan diri dari awal lagi tapi dia boleh pula berpatah balik dan masuk ke rumah tersebut semula. Walaupun filem Dont Breathe ini filem seram, tapi tiada hantu dalam filem ini sebab watak - watak dalam filem ini semuanya manusia. Filem ini juga mnarik kerana ada banyak adegan suspen dan twist yang tidak disangka penonton. 
Filem Seram, Horror Movie, Sinopsis Dont Breathe, Mengisahkan Rocky Alex and Money yang pecah masuk sebuah rumah yang didiami oleh seorang lelaki buta
Di penghujung cerita, Rocky dah dapat keluar dari rumah tersebut namun dikejar oleh seekor anjing ganas yang dibela oleh lelaki buta itu. Dia sepatutnya sudah dapat melepaskan dirinya namun disebabkan dia keluar dari kereta untuk mengambil beg yang berisi wang rompakan itu yang sebelum ini tercampak keluar dari kereta menyebabkan Rocky ditangkap semula oleh lelaki buta itu. Memang suspen, aku memang rekomen korang semua untuk tengok Movie Dont Breathe ini, ending filem Dont Breathe ini juga best. Kalau diorang buat sequel untuk filem ini lagilah best kan. Apa pun aku bagi 8.6 Bintang dari 10 bintang untuk Movie Dont Breathe ini.

1 ulasan:

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017