-->

18 Feb 2017

10 Filem Melayu Yang Berdasarkan Kisah Benar

gambar Senarai 10 Filem Melayu Berdasarkan Kisah Benar By Miss BaNu
10 Filem Melayu Yang Berdasarkan Kisah Benar

Assalammualaikum..
Hari itu tertengok rancangan Carta 10 di Astro Prima yang menceritakan tentang 10 Filem Melayu yang berdasarkan kisah benar. Memang menarik jugalah senarai 10 filem yang masuk carta tu, kesemua filem tersebut memang diilhamkan dari kisah benar mahu pun kisah sejarah dari tahun 1950- an hinggalah tahun 2016. Walaubagaimanapun bila filem diilhamkan dari kisah benar pastilah ada beberapa hal yang ditokok tambah untuk membuatkan filem tersebut jadi lebih menarik. Jadi kalau nak tahu filem apa yang berdasarkan kisah benar tu, korang kena baca sampai habislah ye.
Malay Movie Zaiton Ceritaku 2012 lakonan Nadia Aqilah
10 ➔ Zaiton Ceritaku (2012)
➧ Merupakan filem yang menceritakan tentang kisah hidup, Penyanyi Popular sekitar tahun 1980-an iaitu Zaiton Sameon yang dilakonkan oleh Nadia Aqilah. Pada tahun 1990, Zaiton Sameon menghadapi saat paling sukar dalam hidupnya. Aku memang dah tengok filem ini, memang sedih jalan ceritanya, walaubagaimanapun filem ini gagal di pawagam, aku ada baca satu Review yang best pasal filem Zaiton Ceritaku ni, kalau korang nak baca juga boleh klik sini ➤ Baca Review Filem Zaiton Ceritaku
Maria Menado dalam filem Tun Fatimah 1969, Tun Fatimah kahwin dengan Sultan Mahmud Zaman Melaka
9 ➔ Tun Fatimah (1969)
➧ Filem Tun Fatimah ini filem lama, filem hitam putih gitu yang release tahun 1969. Dilakonkan oleh Maria Menado, Nordin Ahmad, Yusof Latiff, Rose Yatimah, Ahmad Nisfu dan ramai lagi. Aku rasa macam pernah tengok filem ini masa aku kecil, tapi aku tak berapa ingat sangat, lagipun dekat TV banyak filem P. Ramlee yang disiarkan, apa pun aku memang suka filem P.Ramlee okey, tapi sekali sekala elok juga diorang tayangkan filem - filem lama yang diangkat dari kisah benar. Mengisahkan tentang Tun Fatimah yang merupakan anak kepada bendahara Tun Mutahir, dia kemudiannya berkahwin dengan Tun Ali sebelum seluruh ahli keluarganya dibunuh angkara fitnah para pembesar Melaka. Tun Fatimah kemudiannya berkahwin dengan Sultan Mahmud dan beliau dikatakan handal bersilat dan bermain senjata. Kisah selanjutnya korang kenalah tengok filem ini nanti hehe.
Poster Filem Mahsuri 1959 Lakonan Kasma Booty, S Romai Noor, Lagenda Mahsuri Pulau Langkawi, sumpahan mahsuri, 7 keturunan,
8 ➔ Mahsuri (1959)
Filem Mahsuri diterbitkan pada tahun 1959 dan dilakonkan oleh Kasma Booty, S. Romai Noor, Nordin Ahmad dan ramai lagi. Filem ini berdasarkan kepada kisah lagenda Mahsuri di Pulau Langkawi, Kedah. Skrip filem Mahsuri telah ditulis oleh Perdana Menteri Malaysia yang pertama iaitu Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj dan telah dibeli oleh Cathay Keris dengan harga RM10,000. Hamzah Hussin menjadi penulis lakon layar filem itu. Filem Mahsuri diarahkan oleh B. N. Rao.
Filem Redha 2016, Anak Autism,
7 ➔ Redha (2016)
➧ Filem Redha ini dilakonkan oleh Namron, June Lojong, Harith Haziq, Izzy Reef, Nadiya Nisaa, Remy Ishak dan ramai lagi. Mengisahkan Alina dan Razlan yang bergelut untuk membesarkan anak lelaki mereka Danial yang mengidap Autism. Selain itu filem Redha ini juga berjaya menang beberapa Anugerah di dalam dan di luar negara.
Filem Sarjan Hassan Lakonan P Ramlee, Saadiah, Jins Shamsuddin, askar melayu lawan tentera jepun,
6 ➔ Sarjan Hassan (1958)
➧ Rasanya ramai yang pernah menonton filem Sarjan Hassan lakonan P. Ramlee, Saadiah, Jins Shamsuddin, Salleh Kamil dan ramai lagi. Walaubagaimanapun sinopsis dan jalan cerita filem Sarjan Hassan mungkin agak berbeza dari kisah sebenar Sarjan Hassan. Mungkin korang boleh baca entry ini untuk mengetahui lebih lanjut tentang kisah Sarjan Hassan ⏩ Siapa Sarjan Hassan Sebenarnya?
Filem Hang Tuah Lakonan P.Ramlee, kisah hang tuah, hang jebat, hang kasturi, hang lekir, hang lekiu, tun teja, sultan mahmud, melaka, Tuah bunuh Jebat,
5 ➔ Hang Tuah (1956)
➧ Filem Hang Tuah diangkat dari kisah sejarah dan diterbitkan pada tahun 1956 yang mengisahkan tentang Hang Tuah dan saudara - saudaranya yang lain iaitu Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekir, Hang Lekiu. Rasanya semua pun pasti pernah menonton filem Hang Tuah ini, P. Ramlee pun nampak muda lagi dalam filem ini hehe. Filem Hang Tuah ini dilakonkan oleh P. Ramlee, Ahmad Mahmud, Saadiah, Nordin Ahmad, S. Shamsuddin, Aziz Sattar, Haji Mahdi, Zaiton dan ramai lagi. Apapun aku suka dengan dialog last sekali dalam filem ini yang berbunyi lebih kurang macam ni "Siapakah yang benar?, Jebatkah benar? atau akukah benar?". Mendalam maksudnya, apapun memang rasa best dan juga sedih tengok filem ini.
Filem Ola Bola, Kegemilangan Sukan Bola Sepak Malaysia Bila Layak Ke Olimpik Moscow 1980
4 ➔ Ola Bola (2016)
➧ Filem Ola Bola diilhamkan dari kisah benar tentang kegemilangan pasukan Bola Sepak Kebangsaan Malaysia sewaktu layak dan berjaya memasuki Sukan Olimpik Moscow 1980. Walaupun pada akhirnya pasukan bola sepak Malaysia tidak dapat menyertainya kerana kerajaan Malaysia telah memboikot Sukan Olimpik Moscow kerana membantah serangan ke atas bumi Afghanistan. Kalau korang nak baca lebih lanjut tentang kisah ini korang boleh ke entry ini ⏩ Cerita Malaysia Ke Olimpik 1980 (Moscow, Rusia). Antara pelakon yang membintangi filem ini terdiri daripada JC Chee, Luqman Hafidz, Bront Palarae, Saran Kumar Manokaran dan ramai lagi.
Rusdi Ramli & Zizan Nin sebagai Tun Razak dan Tun Dr Ismail Dalam Filem Tanda Putera semasa dan selepas peristiwa 13 Mei 1969
3 ➔ Tanda Putera (2013)
➧ Filem Tanda Putera dilakonkan oleh Rusdi Ramli, Zizan Nin, Faezah Elai, Linda Hashim dan ramai lagi. Filem ini mengisahkan tentang hubungan persahabatan yang akrab antara Tun Abdul Razak (Perdana Menteri Malaysia Ke-2) dan juga Timbalannya iaitu Tun Dr. Ismail yang terpaksa berahsia dan mengetepikan masalah kesihatan yang dihadapi masing - masing bagi memulihkan keadaan negara ekoran tercetusnya peristiwa 13 Mei 1969. Filem Tanda Putera turut menang beberapa Anugerah utama dalam Anugerah Skrin 2014 dan juga Festival Filem Malaysia Ke - 26. Filem ini memang best, sedih jalan ceritanya. Aku memang suka filem - filem sejarah dan berdasarkan kisah benar ni.
Filem Leftenen Adnan Lakonan Hairie Othman, Umie Aida, Faizal Hussein, Rusdi Ramli, kisah perjuangan askar menentang tentera Jepun
2 ➔ Leftenen Adnan (2000)
➧ Filem Leftenen Adnan merupakan sebuah filem Patriotik yang mengisahkan perjuangan Leftenen Adnan dalam menentang Tentera Jepun semasa Perang Dunia Ke - 2. Filem ini diarahkan oleh Aziz M. Osman dan dilakonkan oleh Hairie Othman, Umie Aida, Farid Amirul, Faizal Hussein, Rusdi Ramli dan ramai lagi. Tragis juga kisah Leftenen Adnan ketika menentang Jepun ni, untuk maklumat lebih lengkap korang boleh klik sini untuk baca lebih lanjut tentang kisah sebenar Leftenen Adnan (Adnan bin Saidi) ⏩ https://ms.wikipedia.org/wiki/Adnan_bin_Saidi
Filem Bukit Kepong (1981) Lakonan Jins Shamsuddin, kisah pasal polis lawan komunis pada 1950, balai polis bukit kepong dibakar oleh komunis,
1 ➔ Bukit Kepong (1981)
➧ Filem ini berdasarkan kisah sebenar serangan Komunis di Bukit Kepong pada tahun 1950. Kemuncak pertempuran berlaku pada 23 Februari 1950 di Balai Polis Bukit Kepong. Filem ini diterbitkan, diarahkan serta dilakonkan sendiri oleh Jins Shamsuddin, A. Rahim, Hussein Abu Hassan, Yusof Haslam dan ramai lagi. Filem ini berdasarkan fakta dan gambaran sebenar yang diperoleh daripada PDRM serta berdasarkan temubual pengarah filem ini dengan pihak yang terlibat. Maknanya tiada unsur - unsur tokok tambah yang dibuat sebaliknya semua adalah fakta. Aku pernah tengok filem ini masa aku kecil tapi sekarang ni memang dah lama tak tengok filem Bukit Kepong ini. Kalau korang nak baca lebih lanjut dan lebih mendalam lagi tentang peristiwa Bukit Kepong ini, korang boleh klik di sini ⏩ https://ms.wikipedia.org/wiki/Peristiwa_Bukit_Kepong

Begitulah senarainya, mungkin ada lagi filem lain yang juga berdasarkan kisah benar yang tak termasuk dalam senarai diatas, Ada tak yang pernah menonton kesemua filem diatas ini?

12 ulasan:

  1. Saya pernah tonton filem sarjan hassan dengan leftenan adnan sahaja. Memang bagus filem macamni, bawa banyak pengajaran dan terapkan semangat patriotisma sekali.

    BalasPadam
    Balasan
    1. kann, apa pun nanti cuba- cubalah tengok filem2 lain dalam senarai diatas ni k mcm filem tanda putera ker, hang tuah ker :)

      Padam
    2. baru tahu ola bola tu dari kisah sebenar.. huhu tak pernah tgk citer tu

      Padam
  2. Kesemua filem akak dah tonton kecuali filem Redha jea belum tonton lagi.. =)

    BalasPadam
  3. redha n ola bola belum smpat tngok lagi... adoii..

    BalasPadam
  4. Semua cerita dah tengok... :-)

    BalasPadam
  5. Kebanyakkan kisah benar sad ending.
    Ada yang dah tengok ada yang belum

    BalasPadam
  6. Ola bola & Zaiton Ceritaku memang terbaik.. yang lain belum pernah tengok lagi,hehehe.

    BalasPadam

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017