-->

13 Mei 2018

Review Drama Korea - Two Cops

Two Cops, Korean Drama, Drama Korea, Korean Drama Two Cops, Two Cops - Korean Drama Review, Review By Miss Banu, Blog Miss Banu Story, Review Drama Korea, Two Cops Cast, Pelakon Drama Korea Two Cops, Jo Jung Suk, Kim Sun Ho, Lee Hye Ri, Hoya, Lee Si Un, Im Se Mi, Lee Jae Won, Park Hoon, Choi Il Hwa, Ryoo Hye Rin, Ok Ja Yeon, Ending Two Cops, Awards, Poster Korean Drama Two Cops, 2018, Bromance In Korean Drama Two Cops, Sinopsis Two Cops,
Two Cops - Korean Drama Review

Hari ini seperti biasa aku nak buat review drama Korea yang bertajuk Two Cops yang release pada 27 November 2017 dan tamat episodnya pada 16 Januari 2018. Antara Pelakon Drama Korea Two Cops ini adalah Jo Jung Suk, Kim Sun Ho, Lee Hye Ri, Hoya, Lee Si Un, Im Se Mi, Lee Jae Won, Park Hoon, Choi Il Hwa, Ryoo Hye Rin, Ok Ja Yeon dan ramai lagi. Selain itu drama ini mempunyai 32 episod dan bergenre romantik komedi, fantasi dan juga misteri. Drama ini disiarkan bagi menggantikan drama 20th Century Boy And Girl dan kemudian akan digantikan pula dengan drama Great Seducer. Manakala pengarah drama ini pula pernah mengarah drama – drama popular lain seperti Dr Jin, 7th Grade Civil Servant, A New Leaf, Weightlifting Fairy Kim Bok Joo dan lain – lain lagi. Pelakon Han Ji Min ditawarkan watak utama dalam drama ini namun dia menolak dan akhirnya watak Song Ji An itu menjadi milik Hye Ri.  Antara tarikan utama drama ini pastinya sebab barisan pelakonnya, siap ada Jo Jung Suk gitu, Jo Jung Suk ini memang dilabelkan sebagai pelakon yang berbakat besar, bagi apa saja watak pasti lakonannya terbaik. Plus ada Kim Sun Ho yang comel tu, dia berlakon juga dalam drama ini hehe.
Two Cops, Korean Drama, Drama Korea, Korean Drama Two Cops, Two Cops - Korean Drama Review, Review By Miss Banu, Blog Miss Banu Story, Review Drama Korea, Two Cops Cast, Pelakon Drama Korea Two Cops, Jo Jung Suk, Kim Sun Ho, Lee Hye Ri, Hoya, Lee Si Un, Im Se Mi, Lee Jae Won, Park Hoon, Choi Il Hwa, Ryoo Hye Rin, Ok Ja Yeon, Ending Two Cops, Awards, Poster Korean Drama Two Cops, 2018, Bromance In Korean Drama Two Cops, Sinopsis Two Cops,
Namun aku kurang bersetuju bila Hye Ri jadi heroin drama ini, lakonannya okey , cuma aku rasa dia tak sesuai pula digandingkan dengan Jo Jung Suk mahu pun Kim Sun Ho, tak nampak macam kekasih pun, nampak macam adik – beradik saja hehehe.  Apa yang paling best dalam drama ini adalah bromance antara Jo Jung Suk dan juga Kim Sun Ho yang melakonkan watak sebagai Cha Dong Tak dan juga Gong Soo Chang. Bromance dan persahabatan diorang memang terbaik, lawak, sweet dan giler – giler haha, patutnya drama ini tak perlu fokus sangat pasal kisah cinta sebab bromance antara watak utama dah cukup kuat. Namun begitu dalam drama ini terselit jugalah kisah cinta tiga segi antara Song Ji An, Cha Dong Tak dan juga Gong Soo Chang. Selalunya aku akan skip part cinta cintun dalam  drama ini, tapi part lawak dan bromance diorang memang harus repeat banyak kali haha. Aku rasa Kim Sun Ho itu memang sesuai sangat dengan watak Gong Soo Chang tu, sebab muka dia yang cute itu memang sesuai bawa watak happy go lucky, sedikit nakal tapi hatinya baik. Apa pun pujian patut diberikan pada Jo Jung Suk kerana perlu membawakan 2 watak iaitu Cha Dong Tak yang merupakan seorang polis yang tegas, kasar, cekap dan jujur.  Manakala satu lagi watak adalah Gong Soo Chang yang merasuk dan masuk dalam badan Cha Dong Tak dan menjadikan personaliti Cha Dong Tak berubah 100% menjadi seorang yang licik, ceria, kelakar dan gila – gila haha.
Two Cops, Korean Drama, Drama Korea, Korean Drama Two Cops, Two Cops - Korean Drama Review, Review By Miss Banu, Blog Miss Banu Story, Review Drama Korea, Two Cops Cast, Pelakon Drama Korea Two Cops, Jo Jung Suk, Kim Sun Ho, Lee Hye Ri, Hoya, Lee Si Un, Im Se Mi, Lee Jae Won, Park Hoon, Choi Il Hwa, Ryoo Hye Rin, Ok Ja Yeon, Ending Two Cops, Awards, Poster Korean Drama Two Cops, 2018, Bromance In Korean Drama Two Cops, Sinopsis Two Cops,
Scene ketika Cha Dong Tak berubah menjadi Gong Soo Chang itu memang terbaik, karakter watak Jo Jung Suk yang awalnya tegas dan kasar terus berubah menjadi happy go lucky dan sama seperti  watak Gong Soo Chang yang dilakonkan oleh Kim Sun Ho tu. Lagi best bila Jo Jung Suk dan Kim Sun Ho turut sama - sama menang anugerah menerusi drama ini dalam MBC Drama Awards 2017. Jo Jung Suk menang Top Excellence Award dan Kim Sun Ho menang Excellence Award dan Best New Actor. Selain watak utama, watak – watak lain dalam drama ini juga menarik dan best antaranya seperti watak Dokgo Sung Hyeok lakonan Hoya yang merupakan junior dan partner baru Cha Song Tak dalam pasukan polis itu. Watak Yong Pal lakonan Lee Si Eun juga sangat menarik dan kelakar, bila dia merupakan seorang gangster tapi akhirnya boleh pula bekerjasama dan mengikut segala arahan Cha Dong Tak itu. Selain itu watak Miss Bong lakonan Ryoo Hye Rin itu juga menarik, kerana dia seorang psikik dan tahu apa sebenarnya yang terjadi pada C.Dong Tak dan juga G.Soo Chang. Dia ni jugalah yang berlakon jadi stalker Lee Jun Ki dalam drama Eulachacha Waikiki tu hehe. Bagi aku lagu tema / OST Korean Drama Two Cops ini biasa – biasa saja, scene yang paling aku suka sekali adalah ketika Cha Dong Tak dan Gong Soo Chang itu sanggup berkorban untuk satu sama lain, scene tersebut dalam episod akhir kalau aku tak silap, memang touching betul tengok diorang dan dalam masa yang sama tetap kelakar. Ending Two Cops ini memang happy ending, walaupun awalnya aku risau kalau – kalau G.Soo Chang ni hilang ingatan ke apa ke hehe. 

Paling best drama ini ada plot twist di penghujungnya tentang siapa pembunuh misteri itu, ramai yang tak dapat teka siapa pembunuh misteri itu, tekaan semua orang salah, plot twist drama ni memang terbaik hehe. Apa pun memang enjoy menonton drama ini dan aku bagi 8.5/10 untuk drama Korea Two Cops ini. Apa pun jom tengok sinopsis drama ini di bawah ye..
Two Cops, Korean Drama, Drama Korea, Korean Drama Two Cops, Two Cops - Korean Drama Review, Review By Miss Banu, Blog Miss Banu Story, Review Drama Korea, Two Cops Cast, Pelakon Drama Korea Two Cops, Jo Jung Suk, Kim Sun Ho, Lee Hye Ri, Hoya, Lee Si Un, Im Se Mi, Lee Jae Won, Park Hoon, Choi Il Hwa, Ryoo Hye Rin, Ok Ja Yeon, Ending Two Cops, Awards, Poster Korean Drama Two Cops, 2018, Bromance In Korean Drama Two Cops, Sinopsis Two Cops,
Sinopsis Two Cops  (Korean Drama)

Mengisahkan Cha Dong Tak yang merupakan seorang detektif yang sangat jujur dan mementingkan keadilan. Suatu hari seniornya yang merangkap rakan sekerjanya dan juga abang angkatnya iaitu Jo Hang Joon, mati ditikam oleh seorang pembunuh misteri. Cha Dong Tak berazam dan berusaha untuk mencari siapa pembunuh tersebut. Tak lama kemudian Gong Soo Chang ditangkap dan menjadi suspek utama kes tersebut, namun Gong Soo Chang menafikan yang dirinya bersalah dan mengatakan dia telah diperangkap. Gong Soo Chang hanyalah seorang pencuri dan penipu kecil – kecilan namun dia tidak pernah membunuh orang. Namun Cha Dong Tak tidak mempercayai kata – kata G.S.Chang itu. Tak lama kemudian Cha Dong Tak dan G.Soo Chang diserang oleh sekumpulan samseng dan ketika itu barulah C.Dong Tak sedar ada pihak yang telah memerangkap Gong Soo Chang dan kini pihak tersebut ingin membunuh G.S.Chang pula. Akibat terdesak dan telah dikepung, mereka berdua akhirnya terjun ke dalam laut dan kemudian Gong Soo Chang sedar yang dirinya kini berada di hospital, namun dia sangat terkejut bila mendapati dirinya kini berada dalam badan Cha Dong Tak. G.Soo Chan mendapati dirinya koma dan kini dia adalah roh / hantu yang berkeliaran dan dia hanya dapat masuk ke dalam badan Cha Dong Tak sahaja.  
Two Cops, Korean Drama, Drama Korea, Korean Drama Two Cops, Two Cops - Korean Drama Review, Review By Miss Banu, Blog Miss Banu Story, Review Drama Korea, Two Cops Cast, Pelakon Drama Korea Two Cops, Jo Jung Suk, Kim Sun Ho, Lee Hye Ri, Hoya, Lee Si Un, Im Se Mi, Lee Jae Won, Park Hoon, Choi Il Hwa, Ryoo Hye Rin, Ok Ja Yeon, Ending Two Cops, Awards, Poster Korean Drama Two Cops, 2018, Bromance In Korean Drama Two Cops, Sinopsis Two Cops,
Walaubagaimanapun selepas keluar dari badan Cha Dong Tak, Gong Soo Chan menghadapi kesukaran untuk berkomunikasi dengan Cha Dong Tak kerana Cha Dong Tak tidak dapat melihat dirinya, sebaliknya hanya dapat mendengar suaranya sahaja. Cha Dong Tak menjadi hampir separuh gila kerana sering diganggu oleh roh Gong Soo Chan dan dirinya tidak dapat menerima kenyataan yang dia mampu mendengar suara hantu G.Soo Chan. Cha Dong Tak tidak memberi keizinan pada G.Soo Chang untuk menggunakan badannya, namun Gong Soo Chan yang licik itu, sentiasa mencari ruang dan peluang untuk masuk ke dalam badan C.Dong Tak. Tak lama kemudian mereka berdua berjumpa dengan seorang psikik bernama Miss Bong dan mula memahami apa sebenarnya yang berlaku. Akhirnya C.Dong Tak dan G.Soo Chang mengetahui yang mereka sudah pernah bertemu dan berjanji pada satu masa dulu ketika G.Soo Chang masih kecil. Tak lama kemudian Cha Dong Tak sudah boleh melihat roh Gong Soo Chan, apa yang berlaku seterusnya?.
My Signature, Miss Banu Signature, Blog Miss Banu Story, 2018, Tandatanganku, Miss Banu, Tandatangan Miss Banu, Miss_Syahbanu,

2 ulasan:

  1. Assalamualaikum dan salam sabtu dari Ibu. Singgah blog walking.

    BalasPadam
  2. Maznee singgah bertamu di blog sis mulan. Selamat menjamu selera ya

    BalasPadam

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017