-->

12 Jan 2018

SEJARAH ASEAN

Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN), ASEAN History, Sejarah ASEAN, Sejarah, History, Deklarasi ASEAN, 8 Ogos 1967, 10 Negara Anggota ASEAN, Malaysia, Indonesia, Filipina, Singapura, Thailand, Brunei, Vietnam, Laos, Myanmar, Kemboja, ASEAN 50,
Sejarah ASEAN 

Hari ini jom belajar Sejarah sikit hehehe, rindu pula dengan subjek Sejarah masa sekolah dulu - dulu hehe. Jom kita ketahui serba sedikit mengenai Sejarah ASEAN ini okey. Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN) mula dibentuk dengan penubuhan sebuah pertubuhan yang dikenali sebagai Persatuan Asia Tenggara (Association of Southeast Asia atau ASA) yang dianggotai oleh FilipinaMalaysia dan Thailand pada tahun 1961. ASA merupakan asas kepada pembentukan ASEAN sekarang. pada 8 Ogos 1967, lima pemimpin - Menteri Luar IndonesiaFilipinaMalaysiaSingapura dan Thailand (Adam Malik, Narciso R. Ramos, Tun Abdul RazakS. Rajaratnam dan Thanat Khoman) - duduk bersama di dewan utama Jabatan Hal Ehwal Luar di Bangkok, Thailand dan menandatangani satu dokumen yang kini dikenali sebagai "Deklarasi ASEAN".  Brunei menganggotai ASEAN pada 8 Januari 1984 iaitu seminggu selepas mencapai kemerdekaan. Hanya selepas 11 tahun kemudian barulah ASEAN menerima anggota baharu. Vietnam menjadi anggota yang ketujuh pada 28 Julai 1995. Laos dan Myanmar menjadi anggota dua tahun kemudiannya, iaitu pada 23 Julai 1997. Walaupun Kemboja sudah menyertai ASEAN bersama-sama Myanmar dan Laos, negara itu terpaksa menangguh disebabkan masalah politik dalam negara tersebut. Kemboja menyertai semula ASEAN pada 30 April 1999.

Gambar di atas credit to Harian Metro.
Sumber: Wikipedia
Miss Banu Signature, Blogger, Blog, Miss Banu, Tandatangan, Blog Miss Banu Story,

4 ulasan:

  1. Bagus untuk kita ambil tahu soal sejarah sebab ada banyak pengajaran dari orang dulu

    Salam perkenalan

    BalasPadam
  2. Wahh belajar sejarah pulak Fatin malam ni. Hehee teringat dulu kelas sejarah je mesti tidur. Hahaaa :p

    BalasPadam
  3. teringat belajar ni time study dulu

    BalasPadam

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017