-->

2 Dis 2017

Review Drama Korea - Reunited Worlds

Reunited Worlds, Drama Korea, Korean Drama, Artis Korea, Korean Style, Drama Korea Reunited Worlds, Sinopsis Reunited Worlds, Ending, First Love, Misteri, Suspen, Fantasi, Pelakon Drama Reunited Worlds, Yeo Jin Goo, Lee Yeon Hee, Ahn Jae Hyeon, Lee Si Un, Kim Jin Woo, Park Jin Joo, Ahn Kil Kang, Kwang Dong Yeon, Kim Ga Eun, Yoon Sun Woo, Kang Sung Min, My Opinion, My Review, My Feeling, Review By Miss Banu, Reunited Worlds Review, K Drama,
Reunited Worlds - Korean Drama Review

Hari ini aku nak buat review K-Drama yang bertajuk Reunited Worlds yang release pada 19 Julai 2017 dan tamat episodnya pada 21 September yang lalu. Antara Pelakon Drama Reunited Worlds ini adalah Yeo Jin Goo, Lee Yeon Hee, Ahn Jae Hyeon, Lee Si Un, Kim Jin Woo, Park Jin Joo, Ahn Kil Kang, Kwang Dong Yeon, Kim Ga Eun, Yoon Sun Woo, Kang Sung Min dan ramai lagi. Selain itu drama ini disiarkan bagi menggantikan drama Suspicious Partner yang telah tamat episodnya dan kemudiannya akan digantikan dengan Drama While You Were Sleeping lakonan Lee Jong Suk dan Suzy. Writer dan juga pengarah drama ini juga adalah orang yang sama menulis dan juga mengarah drama – drama best sebelum ini seperti drama The Girl Who Sees Smells, Beautiful Gong Shim dan juga Rooftop Prince. Selepas sukses dengan drama Circle : Two World Connected, Yeo Jin Goo kembali dengan drama Reunited Worlds ini yang masih mengekalkan elemen – elemen fantasi dan juga misteri seperti drama terdahulunya. Pelakon Kim Ga Eun yang memegang watak sebagai Sung Young In yang merupakan adik kepada watak Yeo Jin Goo iaitu Sung Hae Sung, dah pernah bergandingan dengan Yeo Jin Goo dalam drama Daebak / The Royal Gambler . Patutlah aku familiar sangat dengan muka Kim Ga Eun ini, kiranya diorang reunion semulalah dalam drama ini.
Reunited Worlds, Drama Korea, Korean Drama, Artis Korea, Korean Style, Drama Korea Reunited Worlds, Sinopsis Reunited Worlds, Ending, First Love, Misteri, Suspen, Fantasi, Pelakon Drama Reunited Worlds, Yeo Jin Goo, Lee Yeon Hee, Ahn Jae Hyeon, Lee Si Un, Kim Jin Woo, Park Jin Joo, Ahn Kil Kang, Kwang Dong Yeon, Kim Ga Eun, Yoon Sun Woo, Kang Sung Min, My Opinion, My Review, My Feeling, Review By Miss Banu, Reunited Worlds Review, K Drama,
Selain itu, dari komen – komen yang aku baca, ramai penonton yang annoying dengan rambut heroin drama ini iaitu Lee Yeon Hee. Malah ramai juga yang komplen bahawa hero dan heroin drama ini kurang serasi dan tidak sesuai gitu. Apa pun aku suka tengok bromance antara watak Yeo Jin Goo dan juga Ahn Jae Hyeon, especially masa scene diorang memasak bersama dan bekerja bersama – sama dalam Food Truck itu. Plus watak Ahn Jae Hyeon dalam drama ini juga sweet dan baik hati gitu. Lupa pula nak bagi tahu yang drama ini mempunyai 40 episod, atau dalam kata lain 20 episod kalau korang campur jumlah masa jadi sejam untuk setiap episod. Baru episod 1 dan episode 2 saja, drama ini dah rasa best, suspen dan misteri, ianya juga berjaya membuatkan aku rasa ingin tahu apa yang akan jadi pada watak Sung Hae Sung seterusnya. Dalam banyak – banyak episod drama ini, episod 39 paling sedih, apabila Hae Sung meluangkan masa bercuti dengan adik – beradiknya yang lain. Terutamanya ketika scene diorang ramai – ramai sedang makan dan berborak dengan gembiranya ala – ala picnic gitu, tapi tiba – tiba salah seorang adik Hae Sung iaitu Young In menangis dan kemudian adik beradik yang lain automatik turut menangis serentak, terus suasana tu bertukar dari happy pada sedih gila – gila. Sampai aku pun rasa sedih sekali masa tengok scene ini huhuuhu.
Reunited Worlds, Drama Korea, Korean Drama, Artis Korea, Korean Style, Drama Korea Reunited Worlds, Sinopsis Reunited Worlds, Ending, First Love, Misteri, Suspen, Fantasi, Pelakon Drama Reunited Worlds, Yeo Jin Goo, Lee Yeon Hee, Ahn Jae Hyeon, Lee Si Un, Kim Jin Woo, Park Jin Joo, Ahn Kil Kang, Kwang Dong Yeon, Kim Ga Eun, Yoon Sun Woo, Kang Sung Min, My Opinion, My Review, My Feeling, Review By Miss Banu, Reunited Worlds Review, K Drama,
Selain itu aku juga suka tengok hubungan persahabatan Hae Sung dengan kawan – kawan lamanya yang masih baik dan sentiasa tolong menolong itu. Paling best bila Sung Hae Sung turut mempunyai kuasa luar biasa seperti sangat kuat, mampu mendengar dengan baik, walaupun berada di tempat yang jauh serta dapat memasak dengan rasa yang sempurna. Tapi yang kelakarnya bila Hae Sung tidak dapat menggunakan handphone, asal dia pegang handphone tu, line akan bertukar jadi tak clear. Ingatkan hanya Hae Sung yang mati kemudian hidup balik, tapi ada beberapa orang yang sama macam Hae Sung juga. Scene paling sedih mestilah scene ketika Hae Sung memberitahu tentang dirinya pada semua kawan – kawannya itu. Malah penerimaan Jung Won terhadap kenyataan yang dia akan lenyap pada bila – bila masa tu juga sedih. Lagu Tema / OST Reunited Worlds ini juga best – best belaka manakala ending Drama Reunited Worlds ini memang sedih tapi sudah dijangka ianya akan terjadi, jadi penonton tidaklah rasa terkejut sangat kan. Ada yang konfius tentang sama ada Hae Sung kembali semula atau pun ianya adalah imaginasi Jung Won sahaja ketika di babak ending itu. Tapi bagi pendapat aku, Hae Sung memang dah lenyap masa tu dan Hae Sung kembali itu hanyalah bayangan dan imaginasi Jung Won saja.  Apa pun drama ini boleh tahan best juga dan aku bagi 8 Bintang dari 10 Bintang untuk drama Korea ini.
Reunited Worlds, Drama Korea, Korean Drama, Artis Korea, Korean Style, Drama Korea Reunited Worlds, Sinopsis Reunited Worlds, Ending, First Love, Misteri, Suspen, Fantasi, Pelakon Drama Reunited Worlds, Yeo Jin Goo, Lee Yeon Hee, Ahn Jae Hyeon, Lee Si Un, Kim Jin Woo, Park Jin Joo, Ahn Kil Kang, Kwang Dong Yeon, Kim Ga Eun, Yoon Sun Woo, Kang Sung Min, My Opinion, My Review, My Feeling, Review By Miss Banu, Reunited Worlds Review, K Drama,
Kalau Korang nak baca Sinopsis Lengkap Drama Korea Reunited Worlds ini, bolehlah Klik sini ye ➔ Sinopsis Penuh Drama Korea Reunited Worlds
Miss Banu Signature, Blogger, Blog, Miss Banu, Tandatangan, Blog Miss Banu Story,

1 ulasan:

  1. Drama korea mmg lain daripada lain dan meletop. No wonder jadi fenomena seluruh dunia.

    BalasPadam

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017