-->

12 Nov 2017

Drama Korea Bulan Oktober 2017

Drama Korea Bulan Oktober 2017

Dalam bulan Oktober 2017 yang lalu, aku berjaya menghabiskan menonton 3 Drama Korea iaitu Live Up To Your Name, Age Of Youth 2 dan Strongest Deliveryman. Bagi aku ketiga - tiga drama ini memang best especially drama Live Up To Your Name tu. Apa pun kat bawah ini aku ada buat review ringkas setiap drama tersebut hahaha, review panjang berjela kena tunggu lama sikitlah hehehe sebab kena ikut giliran. Apa pun selamat membaca..

1 - Live Up To Your Name
Lepas tengok drama ini terus aku jadi makin suka pula dengan lakonan Kim Nam Gil ini. Malah keserasian hero dan heroin drama ini iaitu Kim Nam Gil dan Kim A Joong memang terbaik betul. Bila scene happy aku pun happy dan bila tiba scene sedih aku pun sedih juga. Part paling sedih mestilah masa diorang berpisah tu, plus diorang datang dari dua dunia berbeza, sorang datang dari zaman Joseon sorang lagi dari zaman moden. Apa pun nasiblah endingnya happy ending kan. Apa pun bagi penggemar drama korea, drama Live Up To Your Name ini memang wajib tonton hehe. Apa pun nantikan review drama ini nanti ye.

2. Age Of Youth 2

Bagi mereka yang dah menonton drama Age Of Youth season 1, haruslah menonton season 2 pula kan. Dalam musim kedua ini terdapat beberapa perubahan dalam pelakon utamanya apabila Park Hae Soo digantikan dengan Ji Woo untuk watak Yoo Eun Jae manakala watak Kang Yi Na yang dilakonkan oleh Ryu Hwa Young digantikan dengan watak baru iaitu Jo Eun lakonan Choi A Ra, tapi Ryu Hwa Young masih berlakon dalam drama ini tapi sebagai cameo saja. Ryu Hwa Young ada muncul dalam satu episod penuh di episod satu, selebihnya dia hanya muncul sekejap saja dalam dua tiga kali saja selepas itu. Tak seronok pula bila watak Kang Yi Na muncul sekejap - sekejap saja, aku juga tak pasti sama ada akan ada Age Of Youth 3 atau pun tidak, sebab kalau ikut dari jalan cerita, diorang boleh kembangkan lagi ke season 3. Watak Song Ji Won mengalami konflik serius dalam musim ini tapi kisah cintanya dengan Im Sung Min masih tergantung lagi dalam musim kedua ini.

3. Strongest Deliveryman
Drama Strongest Deliveryman ini juga best untuk ditonton, jalan ceritanya pun unik sebab mengisahkan tentang suka duka menjadi Delivery Man dan bagaimana diorang mengatasi segala masalah. 4 Pelakon utama Drama Strongest Deliveryman juga terbaik dan adorable yang terdiri daripada Ko Gyung Pyo, Chae Soo Bin, Kim Sun Ho dan Go Won Hee. Ini juga drama pertama Ko Gyung Pyo memegang watak hero utama. Selain itu ramai juga yang suka tengok Kim Sun Ho yang comel dan berlesung pipit itu hahahha. Lakonan Kim Su Ho dalam drama ini memang nampak lebih menyerlah dari dramanya sebelum ini iaitu Good Manager / Chief Kim. Apa pun nantikan review ketiga - tiga drama diatas ini ye.
Miss Banu Signature, Blogger, Blog, Miss Banu, Tandatangan, Blog Miss Banu Story,

1 ulasan:

  1. Wow! Sedap layan citer2 Korea masa cuti Keputeraan Sultan Kelantan skrg.

    P.S. Jemputlah join SPM Fever Giveaway yang sedang berlangsung di blog Abam Kie sehingga 30 Nov 2017. Terima kasih.

    http://www.zukidin.com/2017/11/spm-fever-giveaway.html

    BalasPadam

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017