-->

27 Okt 2017

Review Drama Korea - Duel

Duel - Korean Drama Review, Duel, Drama Korea Duel, Review By Miss Banu, Sinopsis, Sinopsis Duel, Sains Fiksyen, Teknologi, Suspen, Misteri, Korean Drama, Klon, Polis, Penculikan, Ending Drama Duel, Pelakon Drama Duel, Jung Jae Young, Kim Jung Eun, Yang Se Jong, Seo Eun Su, Lee Na Yoon, Jo Soo Hyang,
Duel - Korean Drama Review

Assalammualaikum..
Hari ini tibalah giliran drama Korea Duel untuk aku reviewkan. Drama Duel ini mempunyai 16 episod dan mula disiarkan pada 3 Jun yang lalu dan tamat pada 23 Julai 2017. Selain itu drama ini disiarkan bagi menggantikan drama Tunnel dan kemudian akan digantikan dengan drama Save Me. Manakala pelakon drama Duel ini terdiri daripada Jung Jae Young, Kim Jung Eun, Yang Se Jong, Seo Eun Su, Lee Na Yoon, Jo Soo Hyang. Penulis skrip drama ini pernah menulis skrip untuk drama - drama best seperti Nine: 9 Times Time Travel dan Queen In Hyun's Man. Aku tertarik nak tengok drama ini sebab aku yakin jalan cerita ini suspen dan best, plus Yang Se Jong ada berlakon dalam drama ini okey, siap pegang tiga watak gitu iaitu sebagai Lee Sung Joon, Lee Sung Hoon dan Doktor Lee Yong Sup. Ini juga drama kedua yang bergenre Sains Fiksyen yang aku tengok selepas Drama Circle : Two World Connected. Selain itu pelakon Jung Jae Young ini juga jarang betul berlakon dalam drama bersiri sebab dia lebih banyak berlakon dalam filem, drama Duel ini adalah drama keduanya selepas drama The Assembly.
Duel - Korean Drama Review, Duel, Drama Korea Duel, Review By Miss Banu, Sinopsis, Sinopsis Duel, Sains Fiksyen, Teknologi, Suspen, Misteri, Korean Drama, Klon, Polis, Penculikan, Ending Drama Duel, Pelakon Drama Duel, Jung Jae Young, Kim Jung Eun, Yang Se Jong, Seo Eun Su, Lee Na Yoon, Jo Soo Hyang,
Pelakon Seo Eun Su yang memegang watak Ryu Mi Rae dalam drama ini turut berlakon dalam drama Romantic Doctor Teacher Kim bersama - sama dengan Yang Se Jong. Kini mereka berdua reunion semula dalam drama Duel ini pula. Selain itu ramai juga yang komplen tidak suka dengan watak Choi Jo Hye lakonan Kim Jung Eun yang kelihatan agak kejam dan reaksi mukanya yang sama dan tidak berperasaan tu. Bagi yang tidak suka dengan wataknya itu, aku cadangkan korang tengok juga drama terdahulu Kim Jung Eun yang bertajuk Make A Woman Cry. Lakonan Kim Jung Eun serta jalan cerita drama berkenaan sangat best okey. Tapi aku tak nafikanlah yang aku pun tidak begitu suka dengan wataknya dalam drama ini sebab nampak macam jahat je. Tapi tidak sebenarnya, cuma dia terlalu ingin untuk naik pangkat dengan cepat sebab tulah perangai dia jadi macam tu. Di hujung cerita nanti, wataknya juga memainkan peranan penting untuk memberkas dan mendakwa semua orang jahat dalam drama ini. Baru episod pertama dan kedua drama ini saja dah suspen betul, tapi aku agak kesian dengan watak Lee Sung Joon yang asyik kena pukul dan kena belasah je dalam drama ini, sebab ramai yang menyangka dia adalah orang jahat yang menculik anak perempuan Jang Deuk Cheon sebab mukanya seiras dengan Lee Sung Hoon.
Duel - Korean Drama Review, Duel, Drama Korea Duel, Review By Miss Banu, Sinopsis, Sinopsis Duel, Sains Fiksyen, Teknologi, Suspen, Misteri, Korean Drama, Klon, Polis, Penculikan, Ending Drama Duel, Pelakon Drama Duel, Jung Jae Young, Kim Jung Eun, Yang Se Jong, Seo Eun Su, Lee Na Yoon, Jo Soo Hyang, Gif, Animated Picture, Gambar Bergerak,
Muka Lee Sung Joon dan Lee Sung Hoon memang seiras betul dan awalnya ramai yang menyangka mereka kembar tapi bukan, mereka sebenarnya adalah manusia klon, Lee Sung Hoon ini dari awal cerita sampailah dekat hujung - hujung cerita memang sentiasa jahat. Tapi nanti di Ending Drama Duel ini nanti akan ada plot twist gitu. Apa pun pujian untuk Yang Se Jong juga kerana berjaya membawakan ketiga - tiga watak dengan baik sekali, lagi pun bukan senang nak bawa banyak watak kan, sekejap jadi watak baik pastu kena tukar jadi watak jahat pula. Selain itu dalam drama ini juga tidak akan ada kisah cinta langsung ye, walaupun Lee Sung Joon dan Ryu Mi Rae berkawan baik tapi agak mustahil untuk mereka bercinta kerana wajah Lee Sung Joon itu seiras wajah ayahnya iaitu Lee Yong Sup. Pendek katanya Lee Sung Joon dan Lee Sung Hoon adalah manusia klon kepada ayah Ryu Mi Rae. Apa pun aku suka melihat perubahan hubungan antara Jang Deuk Cheon dan juga Lee Sung Joon. Awalnya Jang Deuk Cheon benci betul dengan Lee Sung Joon kerana menyangka dia bersubahat dalam kes penculikan anaknya itu. Namun lama - kelamaan hubungan mereka jadi lebih baik dan saling tolong - menolong serta saling ambil berat antara satu sama lain.
Duel - Korean Drama Review, Duel, Drama Korea Duel, Review By Miss Banu, Sinopsis, Sinopsis Duel, Sains Fiksyen, Teknologi, Suspen, Misteri, Korean Drama, Klon, Polis, Penculikan, Ending Drama Duel, Pelakon Drama Duel, Jung Jae Young, Kim Jung Eun, Yang Se Jong, Seo Eun Su, Lee Na Yoon, Jo Soo Hyang,
Masa menonton drama ini aku terfikir juga sebab apalah Lee Sung Hoon yang jahat itu menculik anak Jang Deuk Cheon ini. Rupanya Lee Sung Hoon sebenarnya berdendam pada Jang Deuk Cheon yang menjadi punca pada kematian ibu angkatnya. Lee Sung Hoon juga turut berdendam dengan Lee Sung Joon kerana menyangka Lee Sung Joon sengaja meninggalkannya bersendirian dan akhirnya dirinya terpaksa menderita bertahun - tahun lamanya, apabila dia dijadikan sebagai subjek / bahan uji kaji oleh para doktor di sebuah syarikat terkemuka. Apa pun Lee Sung Joon ini memang baik betul, cuma kesian bila dia sering kena pukul dan juga sering sakit kerana manusia klon tidak boleh hidup lama. Aku suka part bila Lee Sung Hoon jadi baik tu, adorable gitu, sayangnya masa ending drama ini dia tidak dapat bersama dengan Lee Sung Joon itu. Apa pun watak jahat yang paling dibenci sekali dalam drama ini adalah pengasas dan ketua syarikat terkemuka itu, dialah yang menjadi punca segalanya, malah dia juga sangat tamak orangnya. Walaubagaimanapun memang best menonton drama Korea Duel ini, penuh suspen dan misteri gitu, pendek katanya memang berbaloi menonton drama ini dan aku bagi 8.8 Bintang dari 10 Bintang untuk drama Duel ini.

Baca ni juga➔ Sinopsis Drama Korea - Duel
Miss Banu Signature, Blogger, Blog, Miss Banu, Tandatangan, Blog Miss Banu Story,

2 ulasan:

  1. Jemput singgah :)

    https://messarah.blogspot.my/2017/10/review-shopping-di-website-sgshop.html

    BalasPadam

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017