-->

30 Okt 2017

Senarai Lagu Konsert Gegar Vaganza 4 Minggu Kedua

Peserta Gegar Vaganza Musim Ke  4, Gegar Vaganza 2017, Gegar Vaganza 4, GV4, Senarai Peserta, Penyanyi, Artis, Lagu Best, Senarai Peserta GV4, Aishah, Liza Hanim, Raja Azura, Haida, Syura, Elyana, Lan Kristal, Hazami, Tia Jinbara, Aqasha, Firman, Ferhad, Senarai Lagu Konsert Gegar Vaganza 2017,
Senarai Lagu Konsert Gegar Vaganza Musim Ke - 4 Minggu Kedua

Tiada peserta yang disingkirkan di konsert pertama Gegar Vaganza Musim Ke -4 (GV4) ini, semuanya layak ke peringkat seterusnya. Di konsert pertama, semua peserta menyanyikan lagu sendiri. Antara peserta Gegar Vaganza musim ke -4 ini terdiri daripada Aishah, Liza Hanim, Raja Azura, Haida, Syura, Elyana, Lan Kristal, Hazami, Tia Jinbara, Aqasha, Firman dan Ferhad. Manakala juri tetap untuk GV4 ini adalah Dato Ramli M.S dan juga Hetty Koes Endang, juri jemputan untuk minggu pertama ini pula adalah Dato Prof. Chef Wan. Semua bintang GV4 ini masih menyengat gitu, Liza Hanim membuat persembahan pembukaan manakala Aishah pula membuat persembahan penutup hehehe. Vokal Aishah memang tak berubah langsung, tetap sama macam dulu - dulu. Liza Hanim pun sama, suara stil merdu macam dulu, Elyana tetap maintain, siap kekalkan trademarknya tak pakai kasut masa menyanyi hehe. 
Peserta Gegar Vaganza Musim Ke  4, Gegar Vaganza 2017, Gegar Vaganza 4, GV4, Senarai Peserta, Penyanyi, Artis, Lagu Best, Senarai Peserta GV4, Aishah, Liza Hanim, Raja Azura, Haida, Syura, Elyana, Lan Kristal, Hazami, Tia Jinbara, Aqasha, Firman, Ferhad, Senarai Lagu Konsert Gegar Vaganza 2017,
Ramai juga yang puji Syura yang kelihatan cantik dan manis, sesuai dengan lagu Nazam Berkasih tu haha. Hazami juga best, Firman pun sedap gila menyanyi tu, memang memberi saingan sengit tu. Aqasha pun okey cuma nampak dia struggle sikit part nada tinggi tu, tapi aku memang suka lagu Embun tu, sedap je dengar. Tia Jinbara pula, memang wow bila dia tarik part tinggi tu, Lagu Seragam Hitam dari Lan Kristal tu memang buat aku menyanyi sekali hahaha. Suara Ferhad pun sama macam dulu, tapi aku teringin nak tengok Ferhad ni nyanyi lagu Rock hehe. Boleh tahan juga suara Raja Azura ni, tapi aku macam tak setuju pula dengan pemilihan lagunya untuk minggu depan, sebab saingan sengit kan, jadi tak boleh salah pilih lagu. Apa pun good luck untuk semua peserta Gegar Vaganza Musim Ke-4 ini. Jom tengok lagu apa yang diorang dapat untuk Minggu Kedua Konsert Gegar Vaganza Musim Ke- 4 ini di bawah.

Aishah ➤ Dingin (Ziana Zain)
Firman ➤ Rindu Serindu - Rindunya (Spoon)
Hazami ➤Setengah Mati Merindu (Judika)
Liza Hanim ➤ Aku Hanya Pendatang (Fransisca Peter)
Lan Kristal ➤ Karam (Zabarjad)
Tia Jinbara ➤ Cenderawasih (Kris)
Elyana ➤ Masih Cinta (Kotak)
Syura ➤ Ku Pendam Sebuah Duka (Khatijah Ibrahim)
Ferhad ➤ Harus Terpisah (Cakra Khan)
Aqasha ➤ Aku (Jamal Abdillah)
Haida ➤ Gubahan Rindu Puisi Syahdu (Fauziah Latiff)
Raja Azura ➤ Apa Yang Ku Cari (Endang S. Taurina)
Miss Banu Signature, Blogger, Blog, Miss Banu, Tandatangan, Blog Miss Banu Story,
Read More »

Nuffnang Makin Meriah Dengan CPUV?

Nuffnang, CPUV, Iklan Nuffnang Di Blog, Blogger, Blog Miss Banu Story, Google Adsense, Blog Kedua,
Nuffnang Makin Meriah Dengan CPUV?

Assalammualaikum..
Serius dah lama tak buat enty pasal Nuffnang ni, walaubagaimanapun aku masih setia dengan Nuffnang ini. Bagi aku tak kisahlah earningnya naik naik sikit - sikit pun, yang penting CPUV tetap ada dan aku perasan juga cpuv untuk bulan September dan Oktober ini agak banyak juga berbanding kebiasaan. Apa pun tu semua rezeki kan, lagi pun Nuffnang ini mudah dan menyenangkan, tak perlu banyak syarat kalau nak letak iklan Nuffnang di blog berbanding yang lain. Lagi pun aku tak mohon google adsense untuk Blog Miss Banu Story ini, kenapa aku tak mohon? sebab aku malas nak rombak balik blog ini hahaha. Apa pun alhamdulilah Blog kedua aku baru saja lulus Google Adsense pada 26 Oktober yang lalu setelah melalui pelbagai perubahan dan rombakan hahaha. Blog kedua tu masih baru, tak begitu banyak entry, jadi tak susahlah nak buat rombakan, cuma kena tukar dan tambah sana sini saja. Semoga kita semua terus dimurahkan rezeki ye.
Miss Banu Signature, Blogger, Blog, Miss Banu, Tandatangan, Blog Miss Banu Story,
Read More »

29 Okt 2017

Tak Nak Sunyi Sepi Lagi GiveAway by ASTraveler

Giveaway, Blogger, Blog, Pemenang, Hadiah Giveaway, Peserta, Senarai,

Jom Join Ramai - Ramai..
Due Date- 20/11/2017
Nak Join boleh Klik Banner di atas ye..
Good Luck untuk semua...

Miss Banu Signature, Blogger, Blog, Miss Banu, Tandatangan, Blog Miss Banu Story,
Read More »

28 Okt 2017

Final Super Spontan Superstar 2017 Meriah

Kamal Adli Juara Super Spontan Superstar 2017, 8 Finalis Super Spontan Superstar 2017, Kamal Adli, Fad Bocey, Achey Bocey, Ozlyn, Shuk Joras, Mamak Puteh, Shahrol Shiro, Sharif Zero, Artis Undangan, Johan, Zizan, Game, Beku, Emosi Tidak Stabil, Sketsa Mengecut, Sinetron Kehidupan, Muzik Video Karaoke, Dahiku Dahimu, Dato AC Mizal, Amir,
Kamal Adli Juara Super Spontan Superstar 2017

Final Super Spontan Superstar 2017 berlangsung dengan meriah sekali, dari awal rancangan sampailah ke penghujung rancangan berjaya buat aku ketawa dan gelak sekali. Bertambah meriah apabila bekas juara Super Spontan iaitu Johan dan Zizan turut menjadi artis undangan di Pertandingan Akhir Super Spontan Superstar 2017 ini. Antara game yang diorang main di malam final itu adalah game Beku, Emosi Tidak Stabil, Sketsa Mengecut, Sinetron Kehidupan, Muzik Video Karaoke dan akhir sekali game Dahiku Dahimu. Malah Dato Ac Mizal , Amir, Johan dan Zizan turut bermain sekali dalam game terakhir itu iaitu Dahiku Dahimu. Antara yang menarik dalam final ini apabila Zizan dan Kamal Adli bertemu hahaha, maklumlah kedua - duanya sebelum ini ada kaitan dengan Emma Maembong kan, so akhirnya dapat tengok dua - dua sekali kat atas pentas tu. Malah hubungan Zizan dan Kamal Adli juga nampak baik, dan kedua - duanya juga cukup sporting dan gila - gila. Kontroversi Kamal Adli menjadi bahan lawak para peserta hahaha, banyak kali juga nama - Emma Maembong, Zahirah Macwilson dijadikan bahan lawak.
Kamal Adli Juara Super Spontan Superstar 2017, 8 Finalis Super Spontan Superstar 2017, Kamal Adli, Fad Bocey, Achey Bocey, Ozlyn, Shuk Joras, Mamak Puteh, Shahrol Shiro, Sharif Zero, Artis Undangan, Johan, Zizan, Game, Beku, Emosi Tidak Stabil, Sketsa Mengecut, Sinetron Kehidupan, Muzik Video Karaoke, Dahiku Dahimu, Dato AC Mizal, Amir,
Antara game yang menarik yang aku tengok diorang main adalah game Beku dan juga dalam game Emosi Tidak Stabil, part paling best adalah ketika dalam situasi marah sambil main cak cak dan juga tuding - tuding jari tu, memang kelakar habis. Game Sinetron Kehidupan juga best apabila sketsa mereka akan bertukar mengikut muzik. Dalam game Muzik Video Karaoke, Johan dan Zizan akan memberikan step tarian pada peserta. Game Dahiku Dahimu juga best, cuma kelihatan para peserta agak berhati - hati dalam game ini. Dato AC Mizal dan Amir juga sama - sama kalah masa main game ini, part paling best bila diorang salah teka. Apa pun tak puas tengok Johan dan Zizan main game Dahiku Dahimu ni, sebab sekejap sangat, baru cakap sikit, Johan dan tersebut perkataan di dahinya itu dan akhirnya Zizan menang hehehe. Apa pun Kamal Adli menjadi artis pertama yang bukan dari kalangan pelawak yang berjaya menjadi juara. Hope di edisi akan datang akan ada lebih ramai pelakon yang berani jadi peserta Super Spontan ini.

Apa pun memang rasa meriah SS Superstar kali ini, mungkin sebab ada 8 finalis dan lebih ramai berbanding musim -musim terdahulu yang ada 6 finalis saja.

Keputusan Penuh Super Spontan Superstar 2017

Juara - Kamal Adli
Naib Juara - Fad Bocey
Tempat Ketiga - Achey
Tempat Keempat - Ozlyn
Tempat Kelima - Shuk Joras
Tempat Keenam - Mamak Puteh
Tempat Ketujuh - Shahrol Shiro
Tempat Kelapan - Sharif Zero
Kamal Adli Juara Super Spontan Superstar 2017, 8 Finalis Super Spontan Superstar 2017, Kamal Adli, Fad Bocey, Achey Bocey, Ozlyn, Shuk Joras, Mamak Puteh, Shahrol Shiro, Sharif Zero, Artis Undangan, Johan, Zizan, Game, Beku, Emosi Tidak Stabil, Sketsa Mengecut, Sinetron Kehidupan, Muzik Video Karaoke, Dahiku Dahimu, Dato AC Mizal, Amir,
Jom kita imbas kembali siapa yang pernah menang dan bergelar Juara Super Spontan dari musim pertama hingga sekarang:-

Zizan - Juara Super Spontan Musim Pertama (2012)
Jep Sepahtu - Juara Super Spontan Musim Kedua (2013)
Johan - Juara Super Spontan Musim Ke -3 (2014)
Zizan - Juara Super Spontan All Stars (2015)
Johan - Juara Super Spontan Superstar 2016
Kamal Adli - Juara Super Spontan Superstar 2017

Gambar2 di atas credit to Facebook Zon Lawak
Miss Banu Signature, Blogger, Blog, Miss Banu, Tandatangan, Blog Miss Banu Story,
Read More »

27 Okt 2017

Review Drama Korea - Duel

Duel - Korean Drama Review, Duel, Drama Korea Duel, Review By Miss Banu, Sinopsis, Sinopsis Duel, Sains Fiksyen, Teknologi, Suspen, Misteri, Korean Drama, Klon, Polis, Penculikan, Ending Drama Duel, Pelakon Drama Duel, Jung Jae Young, Kim Jung Eun, Yang Se Jong, Seo Eun Su, Lee Na Yoon, Jo Soo Hyang,
Duel - Korean Drama Review

Assalammualaikum..
Hari ini tibalah giliran drama Korea Duel untuk aku reviewkan. Drama Duel ini mempunyai 16 episod dan mula disiarkan pada 3 Jun yang lalu dan tamat pada 23 Julai 2017. Selain itu drama ini disiarkan bagi menggantikan drama Tunnel dan kemudian akan digantikan dengan drama Save Me. Manakala pelakon drama Duel ini terdiri daripada Jung Jae Young, Kim Jung Eun, Yang Se Jong, Seo Eun Su, Lee Na Yoon, Jo Soo Hyang. Penulis skrip drama ini pernah menulis skrip untuk drama - drama best seperti Nine: 9 Times Time Travel dan Queen In Hyun's Man. Aku tertarik nak tengok drama ini sebab aku yakin jalan cerita ini suspen dan best, plus Yang Se Jong ada berlakon dalam drama ini okey, siap pegang tiga watak gitu iaitu sebagai Lee Sung Joon, Lee Sung Hoon dan Doktor Lee Yong Sup. Ini juga drama kedua yang bergenre Sains Fiksyen yang aku tengok selepas Drama Circle : Two World Connected. Selain itu pelakon Jung Jae Young ini juga jarang betul berlakon dalam drama bersiri sebab dia lebih banyak berlakon dalam filem, drama Duel ini adalah drama keduanya selepas drama The Assembly.
Duel - Korean Drama Review, Duel, Drama Korea Duel, Review By Miss Banu, Sinopsis, Sinopsis Duel, Sains Fiksyen, Teknologi, Suspen, Misteri, Korean Drama, Klon, Polis, Penculikan, Ending Drama Duel, Pelakon Drama Duel, Jung Jae Young, Kim Jung Eun, Yang Se Jong, Seo Eun Su, Lee Na Yoon, Jo Soo Hyang,
Pelakon Seo Eun Su yang memegang watak Ryu Mi Rae dalam drama ini turut berlakon dalam drama Romantic Doctor Teacher Kim bersama - sama dengan Yang Se Jong. Kini mereka berdua reunion semula dalam drama Duel ini pula. Selain itu ramai juga yang komplen tidak suka dengan watak Choi Jo Hye lakonan Kim Jung Eun yang kelihatan agak kejam dan reaksi mukanya yang sama dan tidak berperasaan tu. Bagi yang tidak suka dengan wataknya itu, aku cadangkan korang tengok juga drama terdahulu Kim Jung Eun yang bertajuk Make A Woman Cry. Lakonan Kim Jung Eun serta jalan cerita drama berkenaan sangat best okey. Tapi aku tak nafikanlah yang aku pun tidak begitu suka dengan wataknya dalam drama ini sebab nampak macam jahat je. Tapi tidak sebenarnya, cuma dia terlalu ingin untuk naik pangkat dengan cepat sebab tulah perangai dia jadi macam tu. Di hujung cerita nanti, wataknya juga memainkan peranan penting untuk memberkas dan mendakwa semua orang jahat dalam drama ini. Baru episod pertama dan kedua drama ini saja dah suspen betul, tapi aku agak kesian dengan watak Lee Sung Joon yang asyik kena pukul dan kena belasah je dalam drama ini, sebab ramai yang menyangka dia adalah orang jahat yang menculik anak perempuan Jang Deuk Cheon sebab mukanya seiras dengan Lee Sung Hoon.
Duel - Korean Drama Review, Duel, Drama Korea Duel, Review By Miss Banu, Sinopsis, Sinopsis Duel, Sains Fiksyen, Teknologi, Suspen, Misteri, Korean Drama, Klon, Polis, Penculikan, Ending Drama Duel, Pelakon Drama Duel, Jung Jae Young, Kim Jung Eun, Yang Se Jong, Seo Eun Su, Lee Na Yoon, Jo Soo Hyang, Gif, Animated Picture, Gambar Bergerak,
Muka Lee Sung Joon dan Lee Sung Hoon memang seiras betul dan awalnya ramai yang menyangka mereka kembar tapi bukan, mereka sebenarnya adalah manusia klon, Lee Sung Hoon ini dari awal cerita sampailah dekat hujung - hujung cerita memang sentiasa jahat. Tapi nanti di Ending Drama Duel ini nanti akan ada plot twist gitu. Apa pun pujian untuk Yang Se Jong juga kerana berjaya membawakan ketiga - tiga watak dengan baik sekali, lagi pun bukan senang nak bawa banyak watak kan, sekejap jadi watak baik pastu kena tukar jadi watak jahat pula. Selain itu dalam drama ini juga tidak akan ada kisah cinta langsung ye, walaupun Lee Sung Joon dan Ryu Mi Rae berkawan baik tapi agak mustahil untuk mereka bercinta kerana wajah Lee Sung Joon itu seiras wajah ayahnya iaitu Lee Yong Sup. Pendek katanya Lee Sung Joon dan Lee Sung Hoon adalah manusia klon kepada ayah Ryu Mi Rae. Apa pun aku suka melihat perubahan hubungan antara Jang Deuk Cheon dan juga Lee Sung Joon. Awalnya Jang Deuk Cheon benci betul dengan Lee Sung Joon kerana menyangka dia bersubahat dalam kes penculikan anaknya itu. Namun lama - kelamaan hubungan mereka jadi lebih baik dan saling tolong - menolong serta saling ambil berat antara satu sama lain.
Duel - Korean Drama Review, Duel, Drama Korea Duel, Review By Miss Banu, Sinopsis, Sinopsis Duel, Sains Fiksyen, Teknologi, Suspen, Misteri, Korean Drama, Klon, Polis, Penculikan, Ending Drama Duel, Pelakon Drama Duel, Jung Jae Young, Kim Jung Eun, Yang Se Jong, Seo Eun Su, Lee Na Yoon, Jo Soo Hyang,
Masa menonton drama ini aku terfikir juga sebab apalah Lee Sung Hoon yang jahat itu menculik anak Jang Deuk Cheon ini. Rupanya Lee Sung Hoon sebenarnya berdendam pada Jang Deuk Cheon yang menjadi punca pada kematian ibu angkatnya. Lee Sung Hoon juga turut berdendam dengan Lee Sung Joon kerana menyangka Lee Sung Joon sengaja meninggalkannya bersendirian dan akhirnya dirinya terpaksa menderita bertahun - tahun lamanya, apabila dia dijadikan sebagai subjek / bahan uji kaji oleh para doktor di sebuah syarikat terkemuka. Apa pun Lee Sung Joon ini memang baik betul, cuma kesian bila dia sering kena pukul dan juga sering sakit kerana manusia klon tidak boleh hidup lama. Aku suka part bila Lee Sung Hoon jadi baik tu, adorable gitu, sayangnya masa ending drama ini dia tidak dapat bersama dengan Lee Sung Joon itu. Apa pun watak jahat yang paling dibenci sekali dalam drama ini adalah pengasas dan ketua syarikat terkemuka itu, dialah yang menjadi punca segalanya, malah dia juga sangat tamak orangnya. Walaubagaimanapun memang best menonton drama Korea Duel ini, penuh suspen dan misteri gitu, pendek katanya memang berbaloi menonton drama ini dan aku bagi 8.8 Bintang dari 10 Bintang untuk drama Duel ini.

Baca ni juga➔ Sinopsis Drama Korea - Duel
Miss Banu Signature, Blogger, Blog, Miss Banu, Tandatangan, Blog Miss Banu Story,
Read More »

SEGMEN BLOGGER AKTIF 2017 – MRSZACOM

segmen, blogger aktif, blogger, hadiah, peserta, pemenang.
Jom Join Ramai - Ramai..
Due Date- 27 Oktober 2017 (11.59 PM)
Nak join boleh Klik Banner diatas ye..
Good Luck untuk semua..

Miss Banu Signature, Blogger, Blog, Miss Banu, Tandatangan, Blog Miss Banu Story,
Read More »

26 Okt 2017

Sinopsis Drama Red Velvet (Astro)

Drama Melayu, Astro, Drama Red Velvet, Baca Online, Novel Red Velvet, Drama Adaptasi Novel, Drama Red Velvet, Drama Melayu, Drama Bersiri, Astro, Watak, Izzat, Helena, Suhaila, Fareeq, Pelakon Drama Red Velvet, Neelofa, Alif Satar, Hafidz Roshdi, Amira Othman, Nina Nadira, Nadya Syahera, OST Red Velvet, Sinopsis Drama Red Velvet, Ending Red Velvet,
Sinopsis Drama Red Velvet Lakonan Neelofa & Alif Satar

Assalammualaikum..
Drama Red Velvet yang menggandingkan Neelofa dan Alif Satar sudah mula disiarkan di Slot MegaDrama Astro Ria dan Ria HD bermula 23 Oktober 2017 yang lalu. Drama Red Velvet ini disiarkan bagi menggantikan Drama Awak Suka Saya Tak yang telah tamat episodnya. Pelakon Drama Red Velvet ini terdiri daripada Alif Satar, Neelofa, Hafidz Roshdi, Amira Othman, Nina Nadira, Sharifah Shahora, Alif Hadi, Fatin Afeefa, Nadya Syahera, Hani Nazrina, Nasz Sally, Qara Lyana dan ramai lagi. Drama ini juga adalah adaptasi daripada Novel Red Velvet karya Novelis Acik Lana dan drama ini mempunyai 20 episod. Selain itu drama ini diarahkan oleh Hadith Omar dan diterbitkan oleh Cube Film Sdn Bhd. Nampak menarik juga drama ini, plus watak Izzat itu memang sesuai dengan Alif Satar tu. Manakala watak Helena lakonan Neelofa itu memang unik sikit dan lain dari yang lain. Apa pun jom tengok sinopsis drama ini di bawah ye.
Drama Melayu, Astro, Drama Red Velvet, Baca Online, Novel Red Velvet, Drama Adaptasi Novel, Drama Red Velvet, Drama Melayu, Drama Bersiri, Astro, Watak, Izzat, Helena, Suhaila, Fareeq, Pelakon Drama Red Velvet, Neelofa, Alif Satar, Hafidz Roshdi, Amira Othman, Nina Nadira, Nadya Syahera, OST Red Velvet, Sinopsis Drama Red Velvet, Ending Red Velvet,
Sinopsis Drama Red Velvet

Helena tidak mempedulikan tohmahan mahupun kata-kata nista orang sekeliling bila dia ingin berkahwin dengan Fareeq yang merupakan suami orang, iaitu suami kepada Suhaila. Suhaila sendiri telah berjumpa Helena dan meminta Helena supaya tidak menggangu suaminya lagi, namun Helena langsung tidak mengendahkan permintaan Suhaila itu. Perhubungan mereka dapat dihidu oleh Dato Fauzan lalu mencadangkan Helena dihantar ke luar negara untuk menyambung pelajaran. Helena yang enggan, nekad melarikan diri dan merancang berkahwin dengan Fareeq. Malangnya, Fareeq tidak menepati janjinya menyebabkan Helena kecewa setengah mati. 
Drama Melayu, Astro, Drama Red Velvet, Baca Online, Novel Red Velvet, Drama Adaptasi Novel, Drama Red Velvet, Drama Melayu, Drama Bersiri, Astro, Watak, Izzat, Helena, Suhaila, Fareeq, Pelakon Drama Red Velvet, Neelofa, Alif Satar, Hafidz Roshdi, Amira Othman, Nina Nadira, Nadya Syahera, OST Red Velvet, Sinopsis Drama Red Velvet, Ending Red Velvet,
Dalam mengharungi kehidupannya yang huru-hara, Helena bertemu dengan Izzat yang sinis, ego, berlagak tak bertempat. Semua ini menambahkan kekusutan di kepala Helena. Baker bajet hot yang bekerja di bakeri cabuk itu sentiasa mencari pasal dengan Helena. Ada sahaja yang tak kena di matanya. Dan keadaan semakin tegang apabila keadaan memaksa Helena bekerja dengan Izzat di bakeri yang sama. Hinggalah, hati mereka bertaut dengan kasih. Namun, rahsia Helena terbongkar sewaktu mereka berdua asyik bercinta. Macam mana bila lelaki yang anti homewrecker, berdepan dengan homewrecker itu sendiri? Apa yang bakal berlaku seterusnya? Dapatkah hubungan cinta Izzat dan Helena bertaut semula?.

Lagu Tema / OST Red Velvet
➔ Sesungguhnya Aku Nyanyian Alif Satar

Baca ni jugak ➔ Baca Online Novel Red Velvet

Miss Banu Signature, Blogger, Blog, Miss Banu, Tandatangan, Blog Miss Banu Story,
Read More »

25 Okt 2017

Unrequited Love

Scene From Korean Drama Reply 1988, Drama Korea, Review Reply 1988,
Unrequited Love

Dekat atas ini adalah scene dari Drama Korea Reply 1988, hehehe, ikutkan dalam drama Reply 1988 memang ada banyak scene - scene best dan kelakar, walaupun latar masa drama ini adalah tahun 1988. Aku juga ada buat review Drama ini sebelum ini, jadi kalau korang nak baca review Drama Korea Reply 1988 ini, boleh Klik ➔ SiNi..
Miss Banu Signature, Blogger, Blog, Miss Banu, Tandatangan, Blog Miss Banu Story,
Read More »

24 Okt 2017

Baca Online Novel Red Velvet

Baca Online, Novel Red Velvet, Drama Adaptasi Novel, Drama Red Velvet, Drama Melayu, Drama Bersiri, Astro, Watak, Izzat, Helena, Suhaila, Fareeq, Pelakon Drama Red Velvet, Neelofa, Alif Satar, Hafidz Roshdi, Amira Othman, Nina Nadira, Nadya Syahera, OST Red Velvet, Sinopsis Novel Red Velvet,
Baca Online Novel Red Velvet (Drama Adaptasi Novel)

Novel Red Velvet karya Novelis terkenal Acik Lana akan diadaptasikan menjadi drama bersiri dan disiarkan di Astro Ria bermula 23 Oktober ini. Ada ramai pelakon best dan popular yang berlakon dalam drama adaptasi novel Red Velvet ini seperti Neelofa, Alif Satar, Hafidz Roshdi, Amira Othman, Nina Nadira, Nadya Syahera dan ramai lagi. Novel ini akan diadaptasikan menjadi Drama Red Velvet yang mempunyai 20 episod. Watak Izzat akan dilakonkan oleh Alif Satar, manakala watak Helena akan dilakonkan oleh Neelofa. Selain itu Hafidz Roshdi akan memegang watak sebagai Fareeq, Amira Othman sebagai Suhaila, Nina Nadira sebagai Izzati dan lain - lain lagi. Lagu Tema / OST Drama Red Velvet ini akan dinyanyikan oleh Alif Satar yang bertajuk Sesungguhnya Aku. Jadi sambil - sambil tengok drama Red Velvet ini di Astro Ria, korang juga boleh baca novel Red Velvet ini secara online juga, caranya dengan klik link di bawah ini ye. Selamat Menonton dan Selamat Membaca.

Baca Online, Novel Red Velvet, Drama Adaptasi Novel, Drama Red Velvet, Drama Melayu, Drama Bersiri, Astro, Watak, Izzat, Helena, Suhaila, Fareeq, Pelakon Drama Red Velvet, Neelofa, Alif Satar, Hafidz Roshdi, Amira Othman, Nina Nadira, Nadya Syahera, OST Red Velvet, Sinopsis Novel Red Velvet,
Sinopsis Novel Red Velvet

Helena tidak mempedulikan tohmahan mahupun kata-kata nista orang sekeliling bila dia ingin berkahwin dengan Fareeq yang merupakan suami orang. Lantaklah! Janji dia bahagia. Malangnya, Fareeq tidak menepati janjinya untuk mengahwini Helena. Perbuatannya itu menyebabkan Helena kecewa setengah mati. Dalam mengharungi kehidupannya yang huru-hara, Helena bertemu dengan Izzat yang sinis, ego, berlagak tak bertempat. Semua ini menambahkan kekusutan di kepala Helena. Baker bajet hot yang bekerja di bakeri cabuk itu sentiasa mencari pasal dengan Helena. Ada sahaja yang tak kena di matanya. Dan keadaan semakin tegang apabila keadaan memaksa Helena bekerja dengan Izzat di bakeri yang sama. Hinggalah… hati mereka bertaut dengan kasih. Namun, rahsia Helena terbongkar sewaktu mereka berdua asyik menyulam cinta. Macam mana bila lelaki yang anti homewrecker, berdepan dengan homewrecker itu sendiri?“Mungkin dia tak sweet macam kek bergula, Tak berharta seperti putera raja, Tapi cintanya yang paling manis di jiwa.”
Miss Banu Signature, Blogger, Blog, Miss Banu, Tandatangan, Blog Miss Banu Story,
Read More »

23 Okt 2017

Juara AF Megastar Milik Idayu

Idayu Juara AF Megastar 2017, Finalis AF Megastar, Bob, Syamel, Shahir, Marsha, Lagu Best, Undian, Markah Juri, Pemenang, Juara,
Idayu Juara AF Megastar 2017

Akhirnya terjawab sudah siapa juara AF Megastar 2017 ini, setelah 8 minggu bertanding, Idayu akhirnya dinobatkan menjadi Juara AF Megastar dan menewaskan pesaing terdekatnya seperti Bob, Syamel, Marsha dan Shahir. Syamel turut memenangi Anugerah Ultimate Performer AF Megastar manakala Marsha pula memenangi Anugerah Terlajak Megastar dari Dherbs. Ketika pengumuman pemenang dibuat, tiada pengumuman untuk pemenang tempat kedua hingga kelima. Aku nak tahu juga siapa yang jadi naib juara, tempat ketiga dan lain - lain lagi. Tapi Idayu menepati ramalan ramai untuk menjadi juara. Di Konsert Akhir AF Megastar ini, semua finalis menyampaikan 2 buah lagu, satu lagu baru dan satu lagi lagu pilihan mereka (Cover Version). 
Idayu Juara AF Megastar 2017, Finalis AF Megastar, Bob, Syamel, Shahir, Marsha, Lagu Best, Undian, Markah Juri, Pemenang, Juara,
Lagu - lagu baru kesemua finalis AF Megastar ini best - best belaka, antara yang sedap di dengar seperti lagu baru Bob yang bertajuk Terbuang Dalam Pelukan. Lagu Marsha, Shahir, Idayu dan Syamel juga sedap di dengar. Part pengumuman pemenang tu tiada langsung unsur - unsur suspen, diorang terus nyalakan lampu kat tempat Idayu berdiri dan dialah juaranya. Lagi best kalau diorang macam main - main sikit dengan lampu tu baru lagi best hahaha. Persembahan semua finalis di Konsert Final AF Megastar ini memang terbaik, vokal semua mantap dan powerful gitu.  Apa pun tahniah buat Idayu.
Miss Banu Signature, Blogger, Blog, Miss Banu, Tandatangan, Blog Miss Banu Story,
Read More »

22 Okt 2017

Amy Mastura & Shuib Gagal Ke Final Super Spontan Superstar 2017

Amy Mastura Dan Shuib Gagal Ke Final Super Spontan Superstar 2017

Assalammualaikum..
Nampaknya kumpulan King Musang tewas tipis pada kumpulan Tenggiling Taiko di persaingan Separuh Akhir Super Spontan Superstar 2017. Maka dengan itu, Amy Mastura dan Shuib dari kumpulan King Musang terpaksa disingkirkan. Ini juga adalah kali pertama berlaku, apabila ketua kumpulan boleh disingkirkan. Selalunya ketua kumpulan memang akan dapat terus ke final, tapi berbeza pula kali ini apabila Shuib yang merupakan ketua kumpulan King Musang disingkirkan. Atau mungkin juga Shuib menawarkan diri untuk disingkirkan kerana terlibat dengan program lain ke seterusnya membuka peluang orang lain untuk ke final?. Entahlah tapi itu tekaan aku saja, selain itu aku juga sudah dapat mengagak yang Amy Mastura akan tersingkir sekiranya kumpulan King Musang tewas. Sayangnya kan sebab Amy Mastura memang menyerlah di Super Spontan ini dan sememangnya layak untuk ke Final Super Spontan Superstar 2017. Kamal Adli pula terselamat dari disingkirkan kerana telah dipilih oleh Dato Afdlin Shauki untuk mendapat imuniti, sekaligus berjaya untuk ke final, setelah gagal pada tahun lalu.
Selain itu, selalunya hanya 6 peserta yang akan layak ke pusingan akhir Super Spontan, tapi kali ini berbeza pula bila lapan peserta terpilih untuk ke final. Ini mungkin juga sebab Super Spontan Superstar hanya ada 8 minggu berbanding musim - musim lalu. Aku perasan juga yang kebanyakan pertandingan di Astro makin pendek tempoh siarannya iaitu hanya 8 minggu berbanding 9 atau 10 minggu sebelum ini. Tak lama lagi 6 minggu bertanding dah final hahahaha. Berbalik pada Super Spontan Superstar 2017 ini, ada game baru yang diorang mainkan di minggu semi final ini iaitu Sketsa Bertopi. Siti Elizad dan Ezad Lazim menjadi artis undangan untuk minggu ini, antara game yang diorang main di minggu semi final ini terdiri daripada Game Jamuan Cik Kiah, Maju Mundur, Cerita Atas Lantai, Sketsa Bertopi dan Lagu Untukmu. Dato Dr Fazley menjadi komentator undangan untuk minggu ini. Finalis Super Spontan Superstar 2017 terdiri daripada Achey, Mamak Puteh, Shahrol Shiro, Sharif Zero, Ozlynn, Kamal Adli, Syuk Joras dan Fad Bocey.
Miss Banu Signature, Blogger, Blog, Miss Banu, Tandatangan, Blog Miss Banu Story,
Read More »

21 Okt 2017

Sinopsis Drama Dia Lakonan Janna Nick & Irwansyah (TV3)

Drama Melayu, Drama Dia, Drama Eksklusif TV3, 60 Episod, Pelakon Malaysia, Pelakon Indonesia, Sinopsis, Pelakon Drama Dia,Janna Nick, Irwansyah, Izara Aishah, Adi Putra, Sandrinna Michelle Skornicki, Aleza Shadan, Zamarul Hisham, Emma Maembong, Farouk Hussain, Fazlina Ahmad Daud, Tash Yong, Taib Zamannuri, Mawar Rashid, Kevin Andrean, Juliana Moechtar, First Love, Jodoh, Kahwin Paksa, Cinta, Watak, Adit, Aira, Emelda, Drama Bersiri,
Sinopsis Drama Dia Lakonan Janna Nick Dan Irwansyah (TV3)

Assalammualaikum..
Drama Eksklusif di TV3 yang bertajuk Dia telah pun mula disiarkan pada 14 Oktober 2017 yang lalu, setiap Jumaat hingga Ahad. Drama Dia ini mempunyai 60 episod dan boleh dikatakan antara drama Melayu yang terpanjang episodnya di TV3. Lebih menarik lagi, apabila drama Dia ini juga menggabungkan pelakon Malaysia dan juga pelakon Indonesia. Pelakon Drama Dia ini terdiri daripada Janna Nick, Irwansyah, Izara Aishah, Adi Putra, Sandrinna Michelle Skornicki, Aleza Shadan, Zamarul Hisham, Emma Maembong, Farouk Hussain, Fazlina Ahmad Daud, Tash Yong, Taib Zamannuri, Mawar Rashid, Kevin Andrean, Juliana Moechtar dan ramai lagi. Selain itu drama ini diarahkan secara bersama oleh Eoon Shuhaini, Omar Olly Alaydrus dan Zamri Zakaria serta diterbitkan oleh OrangeTree Production Sdn Bhd dan Limelight Pictures. Aku juga ada tengok episod awal drama ini, memang nampak menarik drama ini, Apa pun jom tengok sinopsis drama ini di bawah ye..
Drama Melayu, Drama Dia, Drama Eksklusif TV3, 60 Episod, Pelakon Malaysia, Pelakon Indonesia, Sinopsis, Pelakon Drama Dia,Janna Nick, Irwansyah, Izara Aishah, Adi Putra, Sandrinna Michelle Skornicki, Aleza Shadan, Zamarul Hisham, Emma Maembong, Farouk Hussain, Fazlina Ahmad Daud, Tash Yong, Taib Zamannuri, Mawar Rashid, Kevin Andrean, Juliana Moechtar, First Love, Jodoh, Kahwin Paksa, Cinta, Watak, Adit, Aira, Emelda, Drama Bersiri,
Sinopsis Drama Dia (TV3)

Mengisahkan Adit, seorang pemuda jujur dan rajin yang telah menerima surat wasiat arwah bapanya. Adit bakal mewarisi empayar perniagaan di Malaysia dan telah dipaksa berkahwin dengan anak kenalan ayahnya di Malaysia. Biarpun Adit sudah punya pilihan hati, tetapi dia terpaksa akur dengan keputusan ayahnya demi mereliasikan impian ayahnya itu. Adit (Irwansyah) telah dijodohkan dengan Emelda (Izara Aishah), walaupun Adit sebenarnya amat mencintai Aira (Janna Nick). Oleh kerana patah hati, Aira telah membawa diri ke tempat lain dan bekerja sebagai seorang penulis. Adit berusaha untuk menjaga dan memberi kasih sayang kepada Emelda dengan sepenuh hati.
Drama Melayu, Drama Dia, Drama Eksklusif TV3, 60 Episod, Pelakon Malaysia, Pelakon Indonesia, Sinopsis, Pelakon Drama Dia,Janna Nick, Irwansyah, Izara Aishah, Adi Putra, Sandrinna Michelle Skornicki, Aleza Shadan, Zamarul Hisham, Emma Maembong, Farouk Hussain, Fazlina Ahmad Daud, Tash Yong, Taib Zamannuri, Mawar Rashid, Kevin Andrean, Juliana Moechtar, First Love, Jodoh, Kahwin Paksa, Cinta, Watak, Adit, Aira, Emelda, Drama Bersiri,
 Namun, jodohnya dengan Emelda tidak berpanjangan apabila isterinya itu meninggal dunia ketika melahirkan bayi sulung mereka yang diberi nama Icha Aulia (Sandrinna Michelle Skornicki). Pada masa yang sama, Adit harus berdepan ujian untuk merapatkan hubungan Icha dengan keluarga arwah isterinya. Konflik bertambah apabila Adit bertemu semula dengan Aira, wanita yang pernah dicintainya sebelum dia membina rumahtangga bersama Emelda. Walaubagaimanapun, Aira kini rapat dengan Zaid (Adi Putra) yang telah lama mendambakan cinta Aira. Pelbagai rintangan dan dugaan harus dilalui Adit. Adakah dia cukup tabah untuk mengharungi kesemua ujian yang menimpa hidupnya ini? Apakah kesudahannya? Adakah Aira dan Adit akan bersatu juga akhirnya?.

Lagu Tema / OST Dia
Tajuk Lagu ⏩ Dia Nyanyian Dayang Nurfaizah
Miss Banu Signature, Blogger, Blog, Miss Banu, Tandatangan, Blog Miss Banu Story,
Read More »

20 Okt 2017

2nd GIVEAWAY ATIEHILMI.COM ft. 1ST DENTAL CLINIC

2nd GIVEAWAY ATIEHILMI.COM ft. 1ST DENTAL CLINIC, Blogger, Senarai Peserya, Pemenang, Blog, Blog Miss Banu Story,

Jom Join Ramai - Ramai..
Due Date - 30 Oktober 2017
Nak Join boleh Klik Banner ye.
Good Luck untuk semua.

Miss Banu Signature, Blogger, Blog, Miss Banu, Tandatangan, Blog Miss Banu Story,
Read More »

19 Okt 2017

Kos Penjagaan Kesihatan Di Malaysia

Berapakah Kos Penjagaan Kesihatan Di Malaysia?, Kos, Murah, Mahal, Doktor, Hospital Kerajaan VS Hospital Swasta,  Kos Penjagaan Kesihatan Di Malaysia,
Kos Penjagaan Kesihatan Di Malaysia -  Hospital Kerajaan VS Hospital Swasta

Assalammualaikum
Infografik diatas menunjukkan perbandingan kos penjagaan kesihatan di Hospital Kerajaan dan Swasta. Memang nampak jelas, kos di Hospital Kerajaan lebih murah berbanding di hospital swasta. Aku sendiri pun memang pergi hospital kerajaan, tapi bagi yang berkemampuan, tak salah untuk ke hospital swasta tu kan. Apa pun tepuk dada tanya selera. Dari sibuk nak memilih hospital mana tu, lebih baik kita saling mendoakan antara satu sama lain, semoga semuanya dikurniakan kesihatan yang baik serta sihat sentiasa. Amin..
Miss Banu Signature, Blogger, Blog, Miss Banu, Tandatangan, Blog Miss Banu Story,
Read More »

18 Okt 2017

My Father Is Strange - Korean Drama Review

Drama Korea, Korean Drama, Sinopsis, Drama My Father Is Strange, Korean Drama Review, Review By Miss Banu, Kisah Kekeluargaan, Pelakon, Pelakon Drama My Father Is Strange, Kim Young Chul, Kim Hae Sook, Lee Joon, Jung So Min, Lee Yu Ri, Ryu Hwa Young, Ryu Soo Young, Min Jin Woong, Lee Mi Do, Ahn Hyo Seop, Song Ok Suk, Kang Seok Woo, Cerita Korea, Rahsia, Sweet, Kisah Cinta,
Review Drama Korea - My Father Is Strange

Assalammualaikum..
Hari ini aku nak buat Review Drama Korea My Father Is Strange pula, drama ini mempunyai 52 episod dan mula disiarkan pada 4 Mac yang lalu dan tamat pada 27 Ogos 2017. Drama My Father Is Strange ini disiarkan bagi menggantikan drama The Gentleman Of Wolgyesu Tailor Shop yang telah tamat episodnya dan kemudian drama ini akan digantikan dengan drama baru yang bertajuk My Golden Life. Drama My Father Is Strange ini menarik kerana dibarisi pelakon - pelakon terkenal dan popular dan hampir separuh daripada pelakon drama ini aku kenal hahaha. Pelakon Drama My Father Is Strange ini terdiri daripada Kim Young Chul, Kim Hae Sook, Lee Joon, Jung So Min, Lee Yu Ri, Ryu Hwa Young, Ryu Soo Young, Min Jin Woong, Lee Mi Do, Ahn Hyo Seop, Song Ok Suk, Kang Seok Woo dan ramai lagi. Drama ini berkisarkan tentang kisah kekeluargaan yang menarik dan suspen gitu. Ianya mengisahkan tentang keluarga bahagia Byun Han Soo yang mempunyai 4 orang anak, setiap dari mereka mempunyai kisah yang tersendiri, begitu juga dengan Byun Han Soo yang menyimpan satu rahsia besar dari anak - anaknya. Keluarga Byun Han Soo mula mengalami konflik dengan kehadiran Ahn Joong Hee yang merupakan seorang selebriti yang dikatakan adalah anak sulung Byun Han Soo dengan wanita lain.
Drama Korea, Korean Drama, Sinopsis, Drama My Father Is Strange, Korean Drama Review, Review By Miss Banu, Kisah Kekeluargaan, Pelakon, Pelakon Drama My Father Is Strange, Kim Young Chul, Kim Hae Sook, Lee Joon, Jung So Min, Lee Yu Ri, Ryu Hwa Young, Ryu Soo Young, Min Jin Woong, Lee Mi Do, Ahn Hyo Seop, Song Ok Suk, Kang Seok Woo, Cerita Korea, Rahsia, Sweet, Kisah Cinta,
Namun kisah sebenar dan kebenaran tentang Ahn Joong Hee jauh lebih serius dari yang disangka oleh anak - anak Byun Han Soo itu. Drama ini mula menarik apabila Ahn Joong Hee decide untuk tinggal sekali bersama Byun Han Soo dan terpaksa melalui kesukaran untuk bergaul dan berbaik dengan adik beradiknya yang lain yang melancarkan perang dingin terhadapnya. Memang kesian tengok Ahn Joong Hee ketika ini, namun semuanya start berubah bila Mi Young yang merupakan anak ketiga Byun Han Soo mula terbuka hati untuk berbaik dengan Ahn Joong Hee. Keadaan makin tak terkawal bila Ahn Joong Hee dan Mi Young saling jatuh cinta dan buatkan diorang hampir gila sebab menyangka mereka jatuh cinta pada adik beradik sendiri hehehe. Keadaan mula menjadi rumit bila Ahn Joong Hee mengetahui perkara sebenar tentang Byun Han Soo dan juga siapa ayahnya yang sebenar dan membuatkan Ahn Joong Hee menjadi marah manakala Byun Han Soo dan isterinya merasa bersalah. Bagi aku jalan cerita drama ini memang best, seronok menontonnya, manakala pelakon drama ini juga memberikan lakonan yang terbaik. Banyak scene - scene emosional dalam drama ini yang melibatkan watak Lee Joon, Lee Yu Ri, Jung So Min, Kim Hae Sook dan Kim Youg Chul.
Drama Korea, Korean Drama, Sinopsis, Drama My Father Is Strange, Korean Drama Review, Review By Miss Banu, Kisah Kekeluargaan, Pelakon, Pelakon Drama My Father Is Strange, Kim Young Chul, Kim Hae Sook, Lee Joon, Jung So Min, Lee Yu Ri, Ryu Hwa Young, Ryu Soo Young, Min Jin Woong, Lee Mi Do, Ahn Hyo Seop, Song Ok Suk, Kang Seok Woo, Cerita Korea, Rahsia, Sweet, Kisah Cinta,
Selain itu turut diselitkan kisah cinta dalam drama ini, tapi aku lebih suka kisah cinta antara Ahn Joong Hee dan Mi Young kerana kisah cinta diorang agak complicated sikit. Kisah cinta antara Hye Young dan Jung Hwan agak kurang menarik bagi aku, paling sweet dan kelakar mestilah kisah cinta Ra Young dan Park Cheol Soo itu. Antara scene menarik dalam drama ini yang aku suka adalah ketika Ahn Joong Hee dah berbaik - baik dengan semua adik beradiknya yang lain, sweet sangat tengok diorang bergurau senda semua, plus seluruh ahli keluarga turut menyokong kerjaya seni Ahn Joong Hee yang merupakan seorang pelakon. Mereka sentiasa memberikan sokongan yang positif buat Ahn Joong Hee. Kemudian scene ketika Ahn Joong Hee marah dan scene pengakuan Byun Han Soo dan Isterinya Na Young Sil tentang perkara sebenar pada Ahn Joong Hee itu juga sangat menyayat hati. Selain itu scene ketika di mahkamah yang mana Hye Young membela ayahnya di mahkamah itu juga best. Konflik antara Mi Young dan Kim Yoo Joo juga menarik kerana Mi Young selalu dibuli oleh Yoo Joo ketika di zaman sekolah dulu tapi bila Yoo Joo bakal menjadi kakak iparnya membuatkan semuanya mula menjadi rumit. Pendek katanya semua scene - scene sedih dan emosional dalam drama ini memang terbaik. Malah drama ini juga turut mendapat rating yang tinggi untuk setiap episod dan popular di Korea.
Drama Korea, Korean Drama, Sinopsis, Drama My Father Is Strange, Korean Drama Review, Review By Miss Banu, Kisah Kekeluargaan, Pelakon, Pelakon Drama My Father Is Strange, Kim Young Chul, Kim Hae Sook, Lee Joon, Jung So Min, Lee Yu Ri, Ryu Hwa Young, Ryu Soo Young, Min Jin Woong, Lee Mi Do, Ahn Hyo Seop, Song Ok Suk, Kang Seok Woo, Cerita Korea, Rahsia, Sweet, Kisah Cinta,
Selain itu aku juga kagum dengan lakonan Song Ok Suk dalam drama ini, yang mana dia membawakan watak ibu mertua pada Hye Young. Namun wataknya agak kelakar dan sedikit bimbo dalam drama ini berbanding wataknya yang tegas dalam drama Missing Nine sebelum ini. Ending drama My Father Is Strange ini memang happy endinglah kan, segala persoalan terjawab dan semua yang bergaduh pun telah berbaik. Apa pun aku bagi 8.5 Bintang dari 10 Bintang untuk drama ini.
Miss Banu Signature, Blogger, Blog, Miss Banu, Tandatangan, Blog Miss Banu Story,
Read More »

17 Okt 2017

October Book Giveaway by Blog Siqahiqa

October Book Giveaway by Blog Siqahiqa, Giveaway, Blogger, Blog, Peserta, Pemenang, Sponsor, Hadiah,

Jom Join Ramai - Ramai..
Due Date- 12/11/2017
Nak join boleh Klik Banner diatas ye..
Good Luck untuk semua peserta ye..

Miss Banu Signature, Blogger, Blog, Miss Banu, Tandatangan, Blog Miss Banu Story,
Read More »

16 Okt 2017

Top 5 Akademi Fantasia Megastar 2017

Top 5, Finalis AF Megastar, 2017, Akademi Fantasia Megastar, Amir, Amir Jahari, Tersingkir, Semi Final, Konsert, Separuh Akhir, Bintang AF, Nyanyian, Penyanyi, Astro, Lagu Best, Lagu Solo, Lagu Duet, Idayu, Bob, Marsha, Syamel, Shahir, Guest Artist, Dayang Nurfaizah, Siti Nordiana, Jaclyn Victor, Azharina, Black Hanifah, Awi Rafael,
Top 5 dan Finalis AF Megastar

Assalammualaikum..
Selesai sudah Konsert Separuh Akhir AF Megastar ini dan keputusan mengenai Finalis / Top 5 turut diketahui umum serta menyaksikan Amir dan Amir Jahari tersingkir. Finalis AF MEGASTAR 2017 adalah Idayu, Bob, Marsha, Syamel dan Shahir. Separuh Akhir Konsert AF Megastar berlangsung dengan meriah dan diserikan dengan kehadiran penyanyi hebat seperti Jaclyn Victor, Siti Nordiana, Dayang Nurfaizah, Azharina, Awi Rafael, Black Hanifah dan ramai lagi yang akan berduet dengan para peserta. Ada 2 lagu tugasan untuk peserta iaitu lagu solo dan lagu duet manakala Dato M.Nasir menjadi juri jemputan untuk minggu ini. Antara kejutan yang berlaku di minggu semi final ini adalah apabila Dato Ramli M.S dan Dato M.Nasir memberikan standing ovation pada Idayu selepas selesai membuat persembahan untuk lagu duet. Malah Idayu juga disuruh oleh Dato Ramli MS untuk menyanyikan lagu Raya Dato M. Nasir untuk menguji Idayu dan selepas itu Idayu mendapat standing ovation. Apa pun memang sedap suara Idayu nyanyi lagu raya tu hehehe, masa final nanti konform lagi sengit ni. Bob juga turut mendapat komen positif dan pujian dari Dato Ramli MS dan Dato M.Nasir. Tapi bila Bob berduet dengan Dayang Nurfaizah tu, nampak suara Bob tenggelam sikit sebab suara Dayang sangat powerful

Minggu lalu dan minggu ini nampak Syamel sedikit tenggelam tapi suara Syamel tetap sedap manakala Amir dan Amir Jahari seperti salah pilih lagu dah. Marsha seperti biasa sentiasa konsisten manakala Shahir pula buat pertama kalinya menyanyikan lagu english secara berduet dengan Awi Rafael. Di minggu suku akhir yang lalu, kelihatan Bob mendapat markah tertinggi namun di pusingan separuh akhir ini, Idayu pula yang mendapat markah tertinggi. Manakala Marsha dan Syamel juga pernah mendapat markah tertinggi. Kelihatan persaingan untuk merebut gelaran juara AF Megastar sangat sengit okey, sebab siapa - siapa saja akan menang. Apa - apa pun untuk minggu semi final ini kelihatan Idayu dan Bob memang all out. Aku harap di konsert akhir AF Megastar ini nanti, semua peserta akan pilih lagu yang tepat serta all out. Agak - agak korang siapa yang akan jadi juara AF Megastar nanti??. Pilihan aku mestilah Bob dan Idayu.

Keputusan Markah Juri dan Undian Di Konsert Separuh Akhir AF Megastar
Keputusan, Result, Markah Juri, Undian Peminat, Konsert Separuh Akhir AF Megastar, Top 5, Finalis AF Megastar, 2017, Akademi Fantasia Megastar, Amir, Amir Jahari, Tersingkir, Semi Final, Konsert, Separuh Akhir, Bintang AF, Nyanyian, Penyanyi, Astro, Lagu Best, Lagu Solo, Lagu Duet, Idayu, Bob, Marsha, Syamel, Shahir, Guest Artist, Dayang Nurfaizah, Siti Nordiana, Jaclyn Victor, Azharina, Black Hanifah, Awi Rafael,
Miss Banu Signature, Blogger, Blog, Miss Banu, Tandatangan, Blog Miss Banu Story,
Read More »

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017