-->

3 Sep 2017

Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck Dan Haryati

Filem Adaptasi Novel, Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck, Novel Karya Hamka, Filem Indonesia, Watak, Hayati, Zainuddin, Aziz, Ending, Drama Malaysia Haryati, 2003, Saidin, Azam, Pelakon Drama Haryati, Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck Malay Version In Drama Haryati, Pelakon Drama Haryati, Umie Aida, Rusdi Ramli, Aqasha, Watie Sadali, Haryati 2, Senarai Pelakon Filem Indonesia Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck, Herjunot Ali, Pevita Pearce, Reza, Rahadian,
Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck Dan Haryati

Assalammualaikum..
Hari itu sempat tengok filem Indonesia yang bertajuk Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck di Astro Citra. Filem ini diadaptasikan daripada Novel Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck karya Hamka dan filem ini release pada tahun 2013. Novel ini memang popular dan terkenal di Indonesia dan juga Malaysia. Malah di Malaysia sendiri ada drama dan juga teater yang dibuat berdasarkan Novel ini. Apa pun memang best filem Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck ini terutamanya part Aziz dan Hayati tinggal kat rumah Zainuddin itu dan tak sangka juga Zainuddin akan buat keputusan terburu - buru dengan menyuruh Hayati pergi dari hidupnya. Scene ketika Hayati nak naik kapal tu pun best, Ending filem ini memang sedihlah kan tapi ada mesej positif disebaliknya. Ketika menonton filem ini juga membuatkan aku teringat pula pada Drama Haryati yang diarahkan oleh Erma Fatima dan disiarkan pada tahun 2002 / 2003 lakonan Umie Aida, Rusdi Ramli, Aqasha, Watie Sadali dan ramai lagi. Drama Haryati ini juga adalah adaptasi daripada Novel Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck, no wonderlah bila tengok filem ini membuatkan aku teringatkan jalan cerita drama Haryati ini sebab masing - masing berdasarkan Novel Hamka itu.
Filem Adaptasi Novel, Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck, Novel Karya Hamka, Filem Indonesia, Watak, Hayati, Zainuddin, Aziz, Ending, Drama Malaysia Haryati, 2003, Saidin, Azam, Pelakon Drama Haryati, Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck Malay Version In Drama Haryati, Pelakon Drama Haryati, Umie Aida, Rusdi Ramli, Aqasha, Watie Sadali, Haryati 2, Senarai Pelakon Filem Indonesia Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck, Herjunot Ali, Pevita Pearce, Reza, Rahadian,
Walaubagaimanapun Drama Haryati ini mempunyai sedikit perbezaan kerana tidak mengikut 100 peratus jalan cerita seperti dalam novel, hanya di part awal dan di pertengahan saja yang sama, malah nama watak - watak juga sedikit berbeza. Serta ianya tidak melibatkan kapal langsung dan Haryati juga tidak mati di ending drama tersebut cuma dia telah meninggalkan kekasihnya buat kali kedua dan kemudian cinta tak kesampaian mereka disambung pula oleh generasi baru iaitu anak - anak mereka hahaha dalam drama Haryati 2 yang disiarkan pada tahun 2004. Namun pada ending drama Haryati 2 itu, barulah Haryati dapat bersatu dan berkahwin dengan kekasihnya itu dalam usia mereka yang dah tua. Apa pun still happy endinglah juga kan. Lagi pun drama Haryati itu selalu benar diulang siar kembali di saluran RTM dulu, membuatkan aku sampai hafal jalan cerita drama tu hahaha. Tapi sekarang ini, drama ini dah tak disiarkan dah di TV, plus aku cari poster drama ni kat google pun tak jumpa okey hahaha. Apa pun versi drama dan juga filemnya memang best dan terbaik.
Filem Adaptasi Novel, Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck, Novel Karya Hamka, Filem Indonesia, Watak, Hayati, Zainuddin, Aziz, Ending, Drama Malaysia Haryati, 2003, Saidin, Azam, Pelakon Drama Haryati, Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck Malay Version In Drama Haryati, Pelakon Drama Haryati, Umie Aida, Rusdi Ramli, Aqasha, Watie Sadali, Haryati 2, Senarai Pelakon Filem Indonesia Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck, Herjunot Ali, Pevita Pearce, Reza, Rahadian,
Kalau korang nak baca sinopsis drama Haryati 2 boleh Klik ➔ SiNi..
Miss Banu Signature, Blogger, Blog, Miss Banu, Tandatangan, Blog Miss Banu Story,

2 ulasan:

  1. Cerita ini memang banyak sindiran dan kritikan sosial

    perbezaan darjat dan sebagainya

    BalasPadam
  2. Belum berkesempatan nak baca novel Tenggelamnya Kapal tu

    hanisamanina.com

    BalasPadam

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017