-->

17 Sep 2017

Super Spontan Superstar 2017 Minggu Kedua

Super Spontan Superstar 2017, Zulin Aziz Tersingkir, Minggu Kedua, Kumpulan, Team, King Musang, Tenggiling Taiko, Peserta Super Spontan Superstar 2017, Shuib, Achey, Kamal Adli, Fikri Ibrahim, Zulin Aziz, Amy Mastura, Fad Bocey, Atu Zero, Syuk Joras,  Ozlynn, Sharifah Shahira, Mamak Puteh, Sharif Zero, Rahim Joras, Shahrol Shiro, Danial Lawak Solo, Game, Permainan, Duduk Bongkok Berdiri Dan Baring, Pantun Dua Kerat, Cerita Sampai Kecut, Game Apa Maksud Kau, Demonstrasi.
Zulin Aziz Tersingkir Di Minggu Kedua Super Spontan Superstar 2017

Assalammualaikum..
Super Spontan Superstar 2017 kembali dengan barisan peserta yang best dan lebih seimbang, tahun ini juga tidak kelihatan kelibat Johan sebagai peserta, ini mungkin kerana Johan sudah bergelar Juara pada tahun 2016, jadi kali ini dia tidak masuk. Tauke juga tidak masuk Super Spontan tahun ini. Apa pun Peserta Super Spontan Superstar 2017 kali ini terdiri daripada Shuib yang merupakan ketua kumpulan King Musang, manakala Kamal Adli, Fikri Ibrahim, Zulin Aziz, Amy Mastura, Fad Bocey, Atu Zero dan Syuk Joras menjadi ahli kumpulan King Musang. Achey Bocey menjadi ketua kumpulan Tenggiling Taiko yang turut dianggotai oleh Ozlynn, Sharifah Shahira, Mamak Puteh, Sharif Zero, Rahim Joras, Shahrol Shiro dan Danial Lawak Solo. Di minggu pertama tiada penyingkiran, namun di minggu kedua Super Spontan Superstar 2017 ada penyingkiran. Agak mengejutkan juga bila kumpulan Tenggiling Taiko menang di minggu kedua ini sebab aku ingatkan kumpulan King Musang yang menang. Akhirnya Zulin Aziz dari kumpulan King Musang tersingkir di minggu kedua ini.
Super Spontan Superstar 2017, Zulin Aziz Tersingkir, Minggu Kedua, Kumpulan, Team, King Musang, Tenggiling Taiko, Peserta Super Spontan Superstar 2017, Shuib, Achey, Kamal Adli, Fikri Ibrahim, Zulin Aziz, Amy Mastura, Fad Bocey, Atu Zero, Syuk Joras,  Ozlynn, Sharifah Shahira, Mamak Puteh, Sharif Zero, Rahim Joras, Shahrol Shiro, Danial Lawak Solo, Game, Permainan, Duduk Bongkok Berdiri Dan Baring, Pantun Dua Kerat, Cerita Sampai Kecut, Game Apa Maksud Kau, Demonstrasi.
Antara game yang diorang main di minggu kedua Super Spontan Superstar 2017 ini adalah game Duduk, Bongkok, Berdiri dan Baring, best juga game ini bila dah tambah satu posisi lagi iaitu baring, memang peserta senang nak keliru main game ni haha, lagi best kalau diorang bergerak sangat pantas, memang lagi keliru dan kelakar, seterusnya diorang main game Pantun Dua Kerat, kelihatan Zulin pulun habis game ni, Zulin terror main game Pantun Dua Kerat ni. Kemudian diorang main pula game Cerita Sampai Kecut dan game Apa Maksud Kau / Kau Dah Kenapa!. Akhir sekali diorang main game Demonstrasi. Walaubagaimanapun Nasib tak menyebelahi Zulin untuk SS Superstar 2017 kali ini. Apa pun aku harap Amy Mastura tak tersingkir awal nanti, sebab Amy Mastura best dan sangat sporting bila main game, pastu suka tengok dia melatah kat Super Spontan tu hehehe.

Miss Banu Signature, Blogger, Blog, Miss Banu, Tandatangan, Blog Miss Banu Story,

2 ulasan:

  1. sempat tgok siaran ulangan aje.

    BalasPadam
  2. Selamat berhujung minggu sis mulan. Semoga berehat dan dapat manfaat ke kerja esok

    BalasPadam

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017