-->

3 Ogo 2017

Sinopsis Drama My Darling Inspektor Daniel (Astro)

Drama Melayu, Drama Baru, My Darling Inspektor Daniel, Sinopsis, OST, Cinta, Polis, Slot Mega Drama, Astro, Astro Ria, Pelakon, Senarai Pelakon Drama My Darling Inspektor Daniel, Aaron Aziz, Elizad Sharifuddin, Erra Fazira, Elizabeth Tan, Dazrin Kamaruddin, Zalfa Zin, Syafiq Mishak, Najwa Jaafar, Shahir AF8, Zarul Umbrella, Skop Productions,
Sinopsis Drama My Darling Inspektor Daniel

Assalammualaikum..
Drama My Darling Inspektor Daniel adalah drama terbaru di slot Mega Drama Astro, yang disiarkan bagi menggantikan Drama Mencintaimu Mr Photographer yang telah tamat episodnya. Drama ini dilakonkan oleh Aaron Aziz, Elizad Sharifuddin, Erra Fazira, Elizabeth Tan, Dazrin Kamaruddin, Zalfa Zin, Syafiq Mishak, Najwa Jaafar dan ramai lagi. Shahir AF8 dan Zarul Umbrella turut membuat kemunculan istimewa dalam drama ini. Selain itu, drama 20 episod ini telah pun mula disiarkan di Astro Ria bermula 31 Julai yang lalu, serta diarahkan oleh Aziz M. Osman dan diterbitkan oleh Skop Productions Sdn Bhd. Nampak macam best drama ini kan, pastu dibarisi oleh pelakon hebat gitu. Dah lama tak tengok Erra Fazira pegang watak polis, last sekali Erra pegang watak polis dalam Filem Gerak Khas The Movie rasanya. Selain itu, ini juga adalah kali pertama aku lihat Elizabeth Tan berlakon. Apa pun jom tengok sinopsis drama ini di bawah ye..

Sinopsis Drama My Darling Inspektor Daniel

Mengisahkan tentang Inspektor Daniel yang berpindah ke balai polis baru. Disana dia berkenalan dan bekerja dengan Inspektor Hannah, yang mula menaruh perasaan kepadanya. Sementara itu, Maya yang merupakan seorang model mula paranoid apabila ada "stalker" yang cuba menganggu dan mendekati dirinya. Maya mengambil keputusan untuk membuat laporan polis dan Inspektor Daniel ditugaskan untuk menguruskan kes tersebut. Inspektor Daniel dan Maya mula rapat dan menyebabkan Inspektor Hannah mula cemburu. Apa yang bakal berlaku seterusnya?.

Lagu Tema / OST My Darling Inspektor Daniel
⏩ Darling Nyanyian Elizabeth Tan
Miss Banu Signature, Blogger, Blog, Miss Banu, Tandatangan, Blog Miss Banu Story,

6 ulasan:

  1. salam singgah blogwalking sini hihi

    BalasPadam
  2. Dari segmen sama
    https://marblemomo.blogspot.com/
    singgah sini yaa ^.^

    BalasPadam
  3. Assalamualaikum,
    singgah blogwalking dari Segmen Nak URL Blog #31

    www.myarosli.com

    BalasPadam
  4. Confirm ramai yg suka cerita ni

    BalasPadam
  5. semalam nampak ada orang puji elizabeth tan pandai berlakon

    BalasPadam
  6. Tengok juga sekali-sekala, tapi watak Maya yang dibawa oleh Elizabeth tak berapa nak menjadi. Agak kaku haha.

    http://panphila.blogspot.my

    BalasPadam

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017