-->

1 Sep 2017

Senarai Drama Korea Yang Dah Habis Tonton (Ogos 2017)

Senarai Drama Korea Yang Dah Habis Tonton (Ogos 2017)

Assalammualaikum..
Bulan Ogos 2017 berjaya menghabiskan menonton 4 Drama Korea yang best, yang penuh suspen dan seronok ditonton walaupun ada beberapa drama yang episodnya sangat panjang tapi memang berbaloi menontonnya hehehe. Ada juga drama Korea yang baru aku tonton tapi tak pasti lagi nak teruskan atau drop drama tersebut. Antara drama Korea yang aku drop adalah School 2017 dan juga Bride Of Habaek. Apa pun jom tengok drama apa yang best sangat tu, yang aku dah tonton di bawah ini.
Korean Drama, My Father Is Strange, Drama Korea, Pelakon, Lee Yu Ri, Lee Joon, Jung So Min, Ryu Hwa Young
1 ➤ Father Is Strange
Drama My Father Is Strange ini disiarkan di saluran KBS World dan mempunyai 52 episod dan baru saja habis disiarkan di Korea. Drama ini dibarisi oleh ramai pelakon best yang aku suka seperti Lee Yu Ri, Lee Joon, Jung So Min, Ryu Hwa Young dll. Jalan cerita yang berkonsepkan kekeluargaan ini memang seronok ditonton yang mengisahkan tentang sebuah keluarga bahagia namun ibu bapa kepada 4 orang anak yang sudah dewasa ini menyimpan sebuah rahsia besar yang menyedihkan. Aku akan buat review drama ini nanti, jadi tungguuuu..
Korean Drama, Drama Korea, Woman Of Dignity, Senarai, Pelakon, Kim Hee Seon, Kim Sun Ah, Ending, Misteri, OST Best,
2 ➤ Woman Of Dignity
Drama Woman Of Dignity ini juga sangat best untuk ditonton dan mempunyai 20 episod. Dibarisi oleh 2 pelakon wanita yang hebat iaitu Kim Hee Seon dan Kim Sun Ah, jalan cerita dia sangat best sebab ala - ala misteri gitu serta berkisarkan tentang Park Bok Ja yang sangat mengagumi, admire dan ingin menjadi seperti Woo Ah Jin yang merupakan seorang wanita cantik yang baik hati, kaya dan sempurna dalam segala segi. Park Bok Ja cuba mendekati Woo Ah Jin dengan menjadi penjaga kepada bapa mertua Woo Ah Jin yang sakit, sebelum akhirnya menjadi ibu mertua kepada Woo Ah Jin. Disebabkan Park Bok Ja banyak musuh dan akhirnya dibunuh, persoalannya siapa yang membunuhnya? nantikan reviewnya..
Korean Drama, Drama Korea, Misteri, Polis, Jenayah, Peguam, Pendakwaraya, Mahkamah, Rasuah, Korupsi, Secret Forest, Stranger, Forest Of Secret, Pelakon, Cho Seung Woo, Bae Doo Na,
3 ➤ Secret Forest
Drama ini turut dikenali sebagai Stranger, Forest of Secret dan mempunyai 16 episod serta dilakonkan oleh pelakon hebat seperti Cho Seung Woo, Bae Doo Na dll. Aku tertarik tengok drama ini sebab pelakonnya kerana Cho Seung Woo dan Bae Doo Na sangat jarang berlakon drama tau, diorang memang asyik berlakon filem saja, tapi disebabkan jalan cerita drama ini unik dan best jadi dapatlah kita tengok diorang berlakon dalam drama juga akhirnya. Walaupun tak ada adegan cinta dalam drama ini tapi ianya dah sangat best sebab suspen gitu. Mengisahkan tentang Hwang Si Mok yang menjalani pembedahan otak ketika kecil membuatkan dia tidak berperasaan seperti orang normal yang lain. Namun dia merupakan seorang pendakwaraya yang hebat yang menyiasat sebuah kes jenayah yang seterusnya bersangkut paut dengan institusi guaman yang sepatutnya menghukum penjenayah tapi sebaliknya menjadi penjenayah. Apa pun nantikan reviewnya okey.
Korean Drama, You Are Too Much, Drama Korea, Best, Happy Ending, Dendam, Weird Family, Pelakon, Uhm Jung Hwa, Ku Hye Sun, Jang Hee Jin, Jung Gyu Woon, Kang Tae Oh,
4 ➤ You Are Too Much
 Drama You Are Too Much ini memang antara drama favorite aku, mempunyai 50 episod dan baru saja habis disiarkan di Korea. Watak - watak dalam drama ini memang hampir semuanya melampau sesuai betul dengan tajuk drama ini hahaha. Heroin drama ini sepatutnya Ku Hye Sun dan dia sempat berlakon dalam drama ini sebanyak 6 episod sebelum menarik diri disebabkan sakit dan akhirnya diganti oleh Jang Hee Jin. Tak sangka ending drama ini sangat sweet dan happy ending walaupun jalan ceritanya sangat suspen, menarik dan mendebarkan. Pelakon dalam drama ini memang semuanya sangat terbaik dan merupakan salah satu drama yang membuktikan hero kedua drama ini juga boleh dapat heroin berbanding hero utama hahaha. Apa pun nantikan Review drama ini nanti ye.

Bagi yang tercari - cari drama apa yang best untuk ditonton, aku rekomenkan korang tengok 4 drama diatas ini sebab memang gerenti best hehehe, plus ending setiap drama diatas juga happy ending dan tak menyakitkan hati haha. Selain 4 drama diatas aku juga menonton drama Bad Thief Good Thief yang masih disiarkan, baru episod 31 macam tu. Drama lain pula aku ada tonton Reunited Worlds, The King Loves, Duel, tapi masih tak pasti nak teruskan menonton atau pun drop terus hahaha. 
Miss Banu Signature, Blogger, Blog, Miss Banu, Tandatangan, Blog Miss Banu Story,

3 ulasan:

  1. Memang tengah mencari drama untuk dilayan ni. Thanks share ni

    BalasPadam
  2. Selamat tengahari & salam aidil adha

    Banyak nya drama

    tak ada masa nak tonton

    BalasPadam
  3. yg father is strange tu baru tgk sampai ep 5 haritu sbb saja nak tunggu sampai habis baru tgk hehe lpas ni boleh lah layan.

    try lah jugak tgk strongest deliveryman,criminal minds,manhole & save me. the king loves tu pulak saya tak tgk sbb org kata tak best hahaha

    BalasPadam

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017