-->

28 Jul 2017

Sinopsis Drama Dendam Aurora (Astro)

Sinopsis, Drama Melayu, Drama Bersiri, Astro Prima, Maya HD, Drama Dendam Aurora, Telenovela Itali Tuscan Passion, Drama 100 episod, Tanah Rata Cameron Highlands, Cinta, Love, OST Dendam Aurora, Lagu Nisan Cinta, Pelakon, Nabila Huda, Ungku Ismail Aziz, Anzalna Nasir, Shah Iskandar, Dian P Ramlee, Dato’ Eizlan Yusof, Tony Eusoff, Fezrul Khan, Aedy Ashraff, Octavia Manrose, Emilie Haniff, Mia Nasir, Zila Bakarin, Adam Lee, Nikki Palikat, Dato' Sri Raja Rezza Shah, Marissa Yasmin, Alex Yank, Chew Kin Wah, Sharifah Shahora, Zuraini Kassim, Hafiz Halim,
Sinopsis Drama Dendam Aurora (Astro) Lakonan Nabila Huda & Ungku Ismail

Assalammualaikum..
Drama Dendam Aurora adalah drama terbaru di Slot Tiara, Astro Prima dan Maya HD bagi menggantikan Drama Semusim Rindu yang telah tamat episodnya. Drama ini telah mula bersiaran pada 25 Julai 2017 yang lalu dan dilakonkan oleh ramai pelakon hebat seperti Nabila Huda, Ungku Ismail Aziz, Anzalna Nasir, Shah Iskandar, Dian P Ramlee, Dato’ Eizlan Yusof, Tony Eusoff, Fezrul Khan, Aedy Ashraff, Octavia Manrose, Emilie Haniff, Mia Nasir, Zila Bakarin, Adam Lee, Nikki Palikat, Dato' Sri Raja Rezza Shah, Marissa Yasmin, Alex Yank, Chew Kin Wah, Sharifah Shahora, Zuraini Kassim, Hafiz Halim dan ramai lagi. Drama Dendam Aurora ini mempunyai 100 episod dan merupakan adaptasi daripada telenovela Itali yang bertajuk Tuscan Passion. Selain itu drama ini diarahkan Feroz Kader dan Mohd Riza Baharudin serta diterbitkan oleh Global Station Sdn Bhd. Selain dibarisi oleh ramai pelakon best, aku juga turut sukakan lokasi shooting drama ini yang dibuat di Cameron Highlands, cantik betul tempatnya, jalan cerita pun nampak best. Apa pun jom tengok sinopsis drama ini di bawah ye, Selamat Membaca..
Sinopsis, Drama Melayu, Drama Bersiri, Astro Prima, Maya HD, Drama Dendam Aurora, Telenovela Itali Tuscan Passion, Drama 100 episod, Tanah Rata Cameron Highlands, Cinta, Love, OST Dendam Aurora, Lagu Nisan Cinta, Pelakon, Nabila Huda, Ungku Ismail Aziz, Anzalna Nasir, Shah Iskandar, Dian P Ramlee, Dato’ Eizlan Yusof, Tony Eusoff, Fezrul Khan, Aedy Ashraff, Octavia Manrose, Emilie Haniff, Mia Nasir, Zila Bakarin, Adam Lee, Nikki Palikat, Dato' Sri Raja Rezza Shah, Marissa Yasmin, Alex Yank, Chew Kin Wah, Sharifah Shahora, Zuraini Kassim, Hafiz Halim,
Sinopsis Drama Dendam Aurora

Mengisahkan tentang seorang wanita bernama Aurora Abdullah (Nabila Huda) yang dipenjarakan selama 8 tahun di atas kesalahan membunuh. Aurora kemudiannya dibebaskan lebih awal dari waktu ditetapkan kerana berkelakuan baik. Walaupun ditegah oleh neneknya Octavia Milner (Dian P. Ramlee), Aurora mengambil keputusan untuk pulang ke Tana Rata, Cameron Highlands, Pahang setelah dibebaskan demi membersihkan namanya dan nama keluarganya yang telah tercalar setelah dia dituduh membunuh Dato’ Hamzah (Tony Eusoff). Kemunculan semula Aurora di Tanah Rata membuatkan keadaan menjadi tegang yang mana semua orang terkejut dengan kehadirannya terutama Harris (Ungku Ismail Aziz), yang merupakan bekas kekasih Aurora dan juga anak kepada Dato’ Hamzah. Pada waktu itu, Harris yang juga pemilik ladang Teh besar di Tanah Rata sudah ditunangkan dengan Putri Adrina (Anzalna Nasir), bakal pewaris kepada Engku Azhar (Dato’ Eizlan Yusof), pemilik ladang sayuran terbesar di Malaysia. Aurora terkejut apabila mengetahui yang perniagaan keluarganya kini menanggung hutang yang banyak dan dipinggirkan oleh orang kampung. Perusahaan teh mereka yang dijalankan Octavia semakin muflis. 
Sinopsis, Drama Melayu, Drama Bersiri, Astro Prima, Maya HD, Drama Dendam Aurora, Telenovela Itali Tuscan Passion, Drama 100 episod, Tanah Rata Cameron Highlands, Cinta, Love, OST Dendam Aurora, Lagu Nisan Cinta, Pelakon, Nabila Huda, Ungku Ismail Aziz, Anzalna Nasir, Shah Iskandar, Dian P Ramlee, Dato’ Eizlan Yusof, Tony Eusoff, Fezrul Khan, Aedy Ashraff, Octavia Manrose, Emilie Haniff, Mia Nasir, Zila Bakarin, Adam Lee, Nikki Palikat, Dato' Sri Raja Rezza Shah, Marissa Yasmin, Alex Yank, Chew Kin Wah, Sharifah Shahora, Zuraini Kassim, Hafiz Halim,
Dengan bantuan dan sokongan Ustaz Hakim Hamzah(Fezrul Khan), Aurora nekad untuk membangunkan perusahaan keluarganya. Kehadiran Aurora di Tanah Rata juga pada masa yang sama membuatkan pengusaha-pengusaha yang bersubahat dengan Engku Azhar bimbang jika rahsia kematian Dato’ Hamzah bocor. Mereka nekad untuk memastikan kehidupan Aurora terus sukar dan rahsia mereka tidak diketahui sesiapa. Didorong rasa benci, Haikal Hamzah (Shah Iskandar) pula ingin membalas dendam kepada Aurora di atas pembunuhan ayahnya. Hasil siasatannya, beliau mendapat tahu bahawa Aurora tidak bersalah. Rasa kesal dan malu ini membawa kepada perasaan cinta pada diri dan semangat perjuangan Aurora. Manakala Harris yang sudah ditunangkan dengan Putri Adrina pula pada masa yang sama semakin cemburu dengan adiknya yang semakin rapat dengan Aurora. Engku Azhar pula gembira dengan perkembangan hubungan Haikal dan Aurora kerana beliau sudah lama tidak menyukai Harris. Walau bagaimanapun, beliau terpaksa merestui dan akur dengan keputusan anak kesayangannya Putri Adrina yang tetap berkeras untuk berkahwin dengan Harris. Perkahwinan Harris dan Putri Adrina merumitkan lagi konflik di antara tiga keluarga besar di Tanah Rata tersebut.

Lagu Tema / OST Dendam Aurora
➔ Nisan Cinta Nyanyian Siti Nordiana dan Jaclyn Victor

👉👉 Biodata Terkini Hannah Delisha
Miss Banu Signature, Blogger, Blog, Miss Banu, Tandatangan, Blog Miss Banu Story,

8 ulasan:

  1. Dah tertinggal 2 episod...
    Nak cari dan tengok semula..hehe..

    BalasPadam
  2. macam best dari sinopsis nya
    kena terjah nampknya

    BalasPadam
  3. Best cerita ni..omg 100 episod tu...xsabarr

    BalasPadam
  4. Mmg x miss cerita ni.best

    BalasPadam
  5. Aku dah naik menyampah dah dgn drama ni,watak dlm drama semua nya jahat sapa yg baik pun x tau,jahat yg sanggup bunuh orang.saya dah x tengok drama ni lg.

    BalasPadam
  6. Panjang sgt meleret2... Sayang.. Patut buat siri berb3za.. Dh rs malas nak ikuti

    BalasPadam

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017