-->

12 Mei 2017

THE AMERZING BLOGSLIST: ALL ABOUT MY TESIS

 THE AMERZING BLOGSLIST: ALL ABOUT MY TESIS, SEGMEN BLOGLIST,

Jom Join Ramai - Ramai..
Due Date- 18 May 2017
Nak join boleh Klik Banner di atas ye..

Write a very short review post about AMERZING:-
Blog Amerzing ini simple, kemas dan nice..tengok jela header blog AMERZING tu, rare dan unik habis hehehe. Nampak bersih dan kemas blog Amerzing ni sebab dia gunakan warna putih di bahagian background tu.

a story about THE MOST AMAZING THING THAT HAS HAPPENED IN YOUR LIFE.
⏩ Tajuk soalan ni memang agak memeningkan juga sebab kisah aku ni takde yang amazing sangat pun hahaha sebab semuanya biasa - biasa saja. Aku nak share satu peristiwa yang nampak biasa, tapi bila kita yang mengalaminya memang rasa cuak, takut dan scary habis haha tapi jangan risaulah sebab ini bukan kisah seram okey. Ini kisah masa aku di Final Year di UM, masa ni memang semua student tengah berhempas pulas untuk siapkan tesis masing - masing. Nak dijadikan cerita, keesokannya aku perlu buat beberapa copy tesis aku dengan lengkapnya untuk dihantar ke kedai untuk dibuat jadi bentuk buku. Jadi sebelum tu mestilah aku kena print siap - siap dalam 3 copy keseluruhan tesis aku tu, dan untuk print tu mestilah kena guna kertas yang banyak dan juga ink printer yang cukup. Bila semua dah sedia, boleh pula printer aku rosak, mana tak cuak, takut, gabra, semua ada hahaha. Masa - masa genting ni lah printer nak rosak bagai, memang tekanan sungguh sebab housemate aku yang lain dah settle print tesis masing - masing dan printer mereka semua pun dah habis ink. Nak print kat cybercafe pun tak boleh, sebab leceh kerana aku nak print banyak dan aku kena guna kertas yang berkualiti. So nak tak nak kenalah pergi beli printer baru, disebabkan aku dah jadi cuak, tertekan, gabra sebab kes printer dan tesis aku yang tak siap lagi, maka aku memerlukan seorang kawan untuk teman aku pergi beli printer baru, sebab aku tak boleh berfikir dengan betul masa ni hahaha.

Tapi sayangnya semua housemate aku agak busy sebab sibuk nak study untuk final exam, ada juga yang sakit kaki dan sebagainya. Masa tengah cuak dan takut ni takde pula yang nak teman tapi nasiblah dalam ramai - ramai tu ada seorang kawan yang merangkap coursemate yang juga tinggal satu kawasan perumahan yang sama tapi tinggal di blok yg berlainan nak tolong temankan aku. Memang nasib baiklah, ada orang nak tolong masa tengah susah, jadi aku dan member aku ni pergi Mid Valleylah untuk beli printer baru ni. Bila dah beli dan bawa balik rumah, boleh pula printer baru ni buat hal pula, printer baru ni tak nak berfungsi guna laptop aku, tapi nasib baiklah printer tu okey bila guna laptop roommate aku. Memang Alhamdulilah sangatlah, bayangkan kalau printer baru tu tak berfungsi juga, boleh pengsan jadinya muahahaha. Bila dah settle print tesis aku tu, memang rasa lega sangatlah, semua masalah dan stress berlalu pergi gitu. Sampai sekarang aku masih ingat lagi ingat jasa baik kawan aku ni yang tolong teman aku tu hehehe. Bila dah hantar tesis tu mestilah berdebar - debar pula nak tunggu resultnya kan, aku siap termimpi - mimpi lagi yang aku dapat C dalam Tesis aku tu hahaha. Alhamdulilah segala susah payah yang aku alami masa siapkan tesis ni berbaloi juga sebab dapat A dalam tesis aku tu. Alhamdulilah.

Tandatanganku, Blog Miss Banu Story, My Signature,

4 ulasan:

  1. Ya Allah, baca cerita nih rasa takut pulak nak masuk degree bulan depan hahaha... Permudahkanlah urusan... Tahniah jugak dapat A utk thesis.. senior ckp sapa dapat A nih dikira dewa hahahahha... Tahniah tahniah. Thanks juga sebab sudi join. Your story is AMAZING!

    BalasPadam
  2. ishh kalau saya ni dah kalut dah. tak tahu nak buat apa.

    BalasPadam
  3. Hi, I'm here for the final judgment for the AMERZING Bloglist winners. Maybe you will be one of 'em. Wait for the announcement on this 3 June 2017. Cheers!!!

    BalasPadam
  4. assalamualaikum,

    blogwalking dari segmen yang sama
    https://lovelysunshine93.blogspot.my/2017/05/the-amerzing-bloglist-believe-in-myself.html

    BalasPadam

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017