-->

13 Mei 2017

Strong Woman Do Bong Soon - Korean Drama Review

Korean Drama Review Strong Woman Do Bong Soon, Sinopsis, My Review, Poster Drama Strong Woman Do Bong Soon, Pelakon, Park Bo Young, Park Hyung Sik, Ji Soo, Jang Mi Kwan, Park Bo Mi, An Woo Yeon, Seol In A, Lim Won Hee, Kim Won Hae,
Review Drama Korea - Strong Woman Do Bong Soon

Assalammualaikum..
Hari ini nak buat review Drama Korea yang bertajuk Strong Woman Do Bong Soon yang dilakonkan oleh Park Bo Young, Park Hyung Sik, Ji Soo, Jang Mi Kwan, Park Bo Mi, An Woo Yeon, Seol In A, Lim Won Hee, Kim Won Hae dan ramai lagi. Drama Strong Woman Do Bong Soon ini release pada 24 Februari dan tamat pada 15 April 2017 dan drama ini disiarkan bagi menggantikan drama Solomon's Perjury yang talah tamat episodnya dan kemudiannya akan digantikan pula dengan drama Man To Man. Selain itu, pengarah drama ini juga pernah mengarah drama - drama popular seperti Bad Guy Orange Marmalade, Ms. Temper & Nam Jung Gi dan banyak lagi. Manakala penulis skripnya pula pernah menulis skrip drama My Love Eun Dong. Pelakon Yoon Sang Hyun ada buat kemunculan khas (cameo) untuk drama ini. Tarikan utama drama ini pastilah pada pelakon - pelakon utama drama ini sebab semuanya popular. Selain itu, drama Park Hyung Sik iaitu Hwarang dah habis disiarkan, pastu dengan cepatnya Park Hyung Sik dah muncul dengan drama baru iaitu drama Strong Woman Do Bong Soon. Drama ini merupakan drama pertama Park Hyung Sik memegang watak utama iaitu watak hero berbanding drama - dramanya sebelum ini yang hanya memegang watak sebagai pelakon pembantu. Heroin drama ini adalah Park Bo Young, siapa yang tak kenal dengan Park Bo Young yang popular serta filem - filem lakonannya sentiasa sukses dan box office. 
Korean Drama Review Strong Woman Do Bong Soon, Sinopsis, My Review, Poster Drama Strong Woman Do Bong Soon, Pelakon, Park Bo Young, Park Hyung Sik, Ji Soo, Jang Mi Kwan, Park Bo Mi, An Woo Yeon, Seol In A, Lim Won Hee, Kim Won Hae,
Kalau aku tak silap, drama ini merupakan drama kedua lakonan Park Bo Young selepas drama Oh My Ghost. Park Bo Young ini lebih banyak berlakon filem berbanding drama. Manakala Ji Soo pula merupakan pelakon baru yang semakin popular, first time aku tengok Ji Soo ini adalah menerusi Drama Angry Mom. Scene - scene kelakar dalam drama ini memang lawak terutamanya scene yang melibatkan watak Do Bong Soon lakonan Park Bo Young yang salah faham mengenai majikannya iaitu An Min Hyuk lakonan Park Hyung Sik, dimana Bong Soon tersalah anggap yang An Min Hyuk ini gay dan ingin mengorat lelaki yang disukainya iaitu Gook Doo lakonan Ji Soo. Disebabkan hal salah faham ini maka adalah beberapa scene kelakar dan bromance antara Min Hyuk dan Gook Doo ini hehehe. Pada pendapat aku Park Bo Young ini lebih sesuai kalau berambut panjang, sebab bila dia berambut panjang memang nampak ayu dan cantik. Tapi dalam drama ini Park Bo Young berambut pendek dan menampakkan dirinya comel dan qiut. Walaubagaimanapun aku lebih suka kalau dia berambut panjang berbanding berambut pendek. Manakala Park Hyung Sik memang nampak handsome dalam drama ini. Agak annoying juga bila terlalu banyak pula scene - scene gangster dalam drama ini, aku rasa tak perlu fokus pun pada watak gangster dalam drama ini. Selain itu ada juga kisah cinta tiga segi antara Bong Soon, Min Hyuk dan Gook Doo.
Korean Drama Review Strong Woman Do Bong Soon, Sinopsis, My Review, Poster Drama Strong Woman Do Bong Soon, Pelakon, Park Bo Young, Park Hyung Sik, Ji Soo, Jang Mi Kwan, Park Bo Mi, An Woo Yeon, Seol In A, Lim Won Hee, Kim Won Hae,
Tak boleh blah dengan Gook Doo ni, yang langsung tak sedar yang dirinya juga sukakan Bong Soon, siap boleh couple dengan perempuan lain lagi tapi dalam masa yang sama sangat mengambil berat pada Do Bong Soon, kenapalah dia boleh tak sedar dengan perasaannya sendiri hehehe. Bila Bong Soon dah sukakan Min Hyuk barulah Gook Doo sedar yang semuanya sudah terlambat. Walaubagaimanapun jalan cerita drama 16 episod ini agak lemah dan kurang best bagi aku, ikutkan hati nak je aku drop drama ini dari terus menontonnya. Tapi disebabkan pelakonnya dan aku dah tengok dari awal, maka aku habiskan juga menonton drama ini. Drama ini tidak kena dengan citarasa aku, nasib baiklah cerita pasal penculik dan pembunuh bersiri dalam drama ini agak best dan aku suka scene penculik itu dengan beraninya menyamar dan datang ke pejabat An Min Hyuk untuk membalas dendam pada Min Hyuk dan Bong Soon. Nasiblah kuasa dan kekuatan Bong Soon kembali semula dan dia dapat menyelamatkan dirinya dan semua orang. Selain itu scene ketika diorang semua berpakat nak menangkap penculik itu juga best dan bijak. Lagu tema / OST Strong Woman Do Bong Soon ini juga biasa - biasa saja bagi aku, lagi pun aku tak begitu fokus sangat pada OST drama ini, banyak juga scene - scene yang aku skip sebab aku rasa scene itu tak begitu penting mahu pun best.
Korean Drama Review Strong Woman Do Bong Soon, Sinopsis, My Review, Poster Drama Strong Woman Do Bong Soon, Pelakon, Park Bo Young, Park Hyung Sik, Ji Soo, Jang Mi Kwan, Park Bo Mi, An Woo Yeon, Seol In A, Lim Won Hee, Kim Won Hae,
Aku rasa drama ini kurang unsur - unsur suspen walaupun ada scene - scene yang sedikit mendebarkan tapi tidak begitu banyak. Apa pun aku suka poster drama ini sebab nampak comel sangat kan hehehe. Ending drama ini memang happy endinglah kan, bila Bong Soon akhirnya kahwin dengan Min Hyuk dan kemudian dapat 2 anak perempuan yang lasak dan kuat macam mak dia gak hehehe. Tak logik juga endingnya sebab anak Bong Soon masih kecil lagi tapi dia sibuk nak jadi superhero untuk menyelamatkan orang lain, sedangkan anak dekat rumah terbiar sebab suami dia dan orang lain susah nak jaga anak dia yang pandai pukul orang walaupun masih kecil hehehe. Keseluruhannya drama ini biasa - biasa saja bagi aku, dan aku bagi 5.8 Bintang dari 10 Bintang untuk drama ini..
My Signature, Blog Miss Banu Story, Miss Banu Signature,

6 ulasan:

  1. Cerita ni comel sangattttttt. Awal awal tu sakit hati betul dekat boyoung dengan jisoo taktau kenapa, tapi at the end rasa macam comelll sangat haha. Hyungsik forever comel :)))

    BalasPadam
  2. cite ni kalau ikutkan mmg biasa je...cuma humor tu lebih sikit :)

    BalasPadam
  3. Ucing singgah sini.selamat menonton drama korea (^_^).

    BalasPadam
  4. Tak silap My wifey gilew sangat citer nih...

    BalasPadam
  5. suka jisoo dari drama Sassy Go Go. asyik jadi second hero je jisoo ni, bila mau jadi hero drama..hihi

    BalasPadam
  6. Bagi saya cerita ni memang best gila🤩...mmg taste sayalah & my fav kdrama ever sbb drama ni comel...lagi2 part park hyung sik dgn park bo young....still tk boleh move on lagi😩...tgklah dlm 2,3 tahun lagi nk rewatch balik sbb nanti igt2 lupa...kalau nk rewatch skrg masih segar dlm ingatan..haha😂

    BalasPadam

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017