-->

7 Mei 2017

Sinopsis Telemovie Kuntom (Astro Citra)

Poster Telefilem Kuntom Astro Citra Lakonan Nora Danish, Hisyam Hamid, Fendy Bakry, Nadiah M.Din, Ainul Aishah, Telemovie Kuntom, Arahan Osman Ali,
Sinopsis Telemovie Kuntom (Astro Citra) Lakonan Nora Danish dan Hisyam Hamid

Assalammualaikum..
Telemovie Kuntom akan disiarkan di Slot Citra Exclusive Astro Citra dan Mustika HD pada 6 Mei 2017 ini. Telefilem Kuntom ini diarahkan oleh Osman Ali dan dilakonkan oleh Nora Danish, Hisyam Hamid, Fendy Bakry, Nadiah M. Din, Ainul Aishah dan ramai lagi. Telemovie Kuntom ini diterbitkan oleh Nuansa Sdn Bhd, kalau tengok dari iklan telemovie ini yang sering disiarkan di Astro Citra tu, memang nampak menarik je telemovie ini, ini ditambah lagi kehadiran pelakon popular seperti Nora Danish dan Hisyam Hamid, jadi haruslah tengok telemovie Kuntom ini nanti kan. Apa pun jom tengok sinopsis ringkas telemovie ini dibawah ye.

 Sinopsis Telefilem Kuntom

Kuntom, merupakan seorang gadis kampung yang berhijrah ke Kuala Lumpur untuk membuka sebuah kedai hijab. Dia terpaksa bersaing dengan Faris, tuan gedung besar di depan kedainya dan bermulalah perkara-perkara lucu diantara mereka. Tudung yang di design dan di jual oleh Kuntom mendapat sambutan daripada pembeli. Malah hubungan Kuntom dengan Faris juga semakin baik dan mereka saling jatuh cinta. Walaubagaimanapun Girlfriend Faris tidak berpuas hati melihat Faris rapat dengan Kuntom dan cuba melakukan sesuatu untuk memalukan Kuntom dan membuatkan Faris benci dengan Kuntom. Akibat terlalu kecewa, Kuntom kembali ke kampung dan kemudian kawan baik Kuntom meluhkan perasaannya pada Kuntom. Hal ini dirumitkan lagi apabila Faris datang ke kampung Kuntom untuk meminta maaf. Apa yang bakal berlaku seterusnya?.
Miss Banu Signature, Tandatanganku,

2 ulasan:

  1. macam best je cite ni tp xde channel ni..huhu

    BalasPadam
  2. Mesti lawak kan cerita ni . Nice sharing ^^ saya datang nak jemput join giveaway :) akhalilah.blogspot.com/2017/05/giveaway-by-butik-julita-anje-saya-nak.html

    BalasPadam

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017