-->

1 Jun 2017

Sinopsis Drama Seharum Mawar (TV1)

Sinopsis, Drama Melayu, Drama Seharum Mawar, Slot Widuri, TV1, Drama Ramadan, Orang Gaji, Watak, Pelakon, Ika Nabila, Fezrul Khan, Hafidz Roshdi, Jaslin Puasa, Atikah Suhaime, Bil Azali, Usop Wilcha, Noniswara, Aishah Atan, Putri Qaseh,
Sinopsis Drama Seharum Mawar  Slot Widuri TV1

Assalammualaikum..
Drama Seharum Mawar telah mula disiarkan pada 26 Mei 2017 yang lalu di Slot Widuri TV1, drama 30 episod ini disiarkan setiap hari, jam 7.00 malam sepanjang bulan Ramadan ini. Drama ini dilakonkan oleh ramai pelakon hebat seperti Ika Nabila, Fezrul Khan, Hafidz Roshdi, Jaslin Puasa, Atikah Suhaime, Bil Azali, Usop Wilcha, Noniswara, Aishah Atan, Putri Qaseh dan ramai lagi. Drama Seharum Mawar ini diarahkan oleh Amie Maziah dan diterbitkan oleh JS Pictures Sdn Bhd. Aku memang jarang buka TV1, tapi drama Seharum Mawar ini aku tengok juga dan aku rasa jalan cerita dia best dan sesuai disiarkan pada bulan Ramadan ini. Pelakon - pelakon drama ini juga memang berpengalaman dan berbakat besar gitu. Kalau korang terlepas nak tengok drama ini di TV1, korang boleh menonton online di laman web RTM iaitu di myklik.rtm.gov.my. Apa pun jom tengok sinopsis drama ini di bawah ye..
Sinopsis, Drama Melayu, Drama Seharum Mawar, Slot Widuri, TV1, Drama Ramadan, Orang Gaji, Watak, Pelakon, Ika Nabila, Fezrul Khan, Hafidz Roshdi, Jaslin Puasa, Atikah Suhaime, Bil Azali, Usop Wilcha, Noniswara, Aishah Atan, Putri Qaseh,
Sinopsis Drama Seharum Mawar (Widuri TV1)

Mawar tinggal dengan datuknya dan ibu bapanya telah lama tiada, Hidup Mawar makin susah setelah datuknya meninggal dunia. Manakala mak saudaranya tidak begitu mempedulikannya, sebaliknya menginginkan Mawar berkahwin saja dan menjadi isteri kedua pada seorang lelaki kaya di kampung mereka, Walaupun keputusan SPM Mawar, cemerlang, namun disebabkan kesempitan hidup, hasrat untuk menyambung pelajaran perlu dilupakan. Mawar akhirnya melarikan diri dari kampung dan terpaksa bekerja sebagai orang gaji di rumah Puan Hafifah. Di sana, bermula satu kehidupan baharu, dia terpaksa menghadapi kerenah anak-anak Puan Hafifah iaitu Farhan, Armin dan Syakir. Air mata sentiasa mengiringi hari-harinya. Farhan seorang yang panas baran dan sentiasa memarahi Mawar manakala Syakir pula mengalami tekanan emosi dan sentiasa berkurung dalam biliknya. Emosi Syakir yang tidak menentu membuatkan dirinya marah - marah pada Mawar dan kadangkala hanya diam dan memerhati Mawar. Armin pula lebih bertolak ansur dan baik dengan Mawar. Puan Hafifah pula seorang majikan yang baik pada Mawar, dirinya senang dengan personaliti dan sikap Mawar yang rajin dan baik hati itu. Armin pula sudah ada tunang bernama Syirin namun Syirin sentiasa memberikan alasan untuk mengelak dari berkahwin dengan Armin. 

Walaubagaimanapun, lama - kelamaan, sikap Syakir mula berubah, dirinya mula sedar dan ingin memperbaiki hidupnya. Manakala Armin pula dah putus dengan Syirin disebabkan Syirin curang dengannya. Farhan pula masih dengan sikap lamanya. Mawar kini makin baik dengan Syakir dan Armin. Apa yang akan berlaku seterusnya? adakah anak - anak puan Hafifah akan jatuh hati pada Mawar?.

Watak Pelakon Dalam Drama Seharum Mawar
Ika Nabila sebagai Mawar
Hafidz Roshdi sebagai Farhan
Fezrul Khan sebagai Syakir
Jaslin Puasa sebagai Armin
Usop Wilcha sebagai Tuan Jamal
Atikah Suhaime sebagai Syirin
Noniswara sebagai Puan Hafifah

Lagu Tema / OST Seharum Mawar
Kembali Ke Pangkal Kasih Nyanyian Fatin Afeefa
Miss Banu Signature, Miss Banu, Blogger, Tandatangan, Blog Miss Banu Story,

24 ulasan:

  1. Hahaha... Xmissed skali langsung citer ni stakat arini....balik bazaar trus layan... Citer dia mmg best... Plakon lak mmg mnghayati sungguh2 watak... Mmg best!

    BalasPadam
  2. Mawar bercinta dgn siapa nanti ye?

    BalasPadam
    Balasan
    1. tak pasti pula, sebab ada 3 calon kan, Syakir, Armin dan Farhan hehe

      Padam
  3. Kemiskinan mematangkan seseorang manakala kekayaan melenyapkan rasa simpati

    BalasPadam
  4. Lepas sahur xsengaja aq tengk cite nii..terus jatuh hati nk tahu episod setrusnya..

    BalasPadam
  5. Dengar kata mawar bercinta dgn farhan... tp xconfirm la,desas desus..hihi... tp lg best klu mawar dgn armin.

    BalasPadam
    Balasan
    1. saya pun ada terdengar benda yg sama hahaha, kalau betul Mawar dengan Farhan, camnelah nanti kan, dahla farhan tu playboy, better Mawar dengan Armin or Syakir..

      Padam
    2. setuju kalau dgn armin...romantik gituu

      Padam
  6. Memang tak ketinggalan tengok drama ni. Sentiasa tertunggu2 episod seterusnya. Seisi keluarga lah layan drama ni😍

    BalasPadam
    Balasan
    1. kann, drama ini sesuai ditonton seisi keluarga, ada pengajaran pula tu :)

      Padam
  7. Saya secara tak sengaja terjatuh cinta dengan drama seharum mawar ni. Saya dan suami pun terlayan cerita ni. Best sangat. Feel ja jalan cerita. The best!

    BalasPadam
  8. Alaa jgn laa mawar bcinta dgn farhan.. dengan armin plz.. hihi

    BalasPadam
  9. Best cerita ni....tak miss pun tengok....pelakon pun hebat2...tak sabar nak tau ending story nanti

    BalasPadam
  10. Best lah cite ni, bnyk pengajrn n kdg2 jln cite mawar n armin sangat sweet, hehehe

    BalasPadam
  11. Kalau termissed cerita nie kol7..tgk kol 4pagi.hihi...tvi pn ade jugak....kol 8 dgn kol2.30pg..selalu nya tgk tv1 aje..hihi

    BalasPadam
  12. xpernah lagi tengok cite ni... memang terbaik. Harap Mawar ngn Armin la. cite yang sarat dengan pengajaran dan nilai kehidupan masyarakat kita dan agama.

    BalasPadam
  13. Sapa nama pelakon yg pembantu perempuan kat office tu ? Kalau nama dia dalam cerita ni norza tak silap...

    BalasPadam
  14. Spe tau ending dye cam ne.?? Xtgkk plkk..last tgk msa syakir dh blh jalan tu pkai tongkat..mawar ngn spa last2.????

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mawar ngn farhan..dlm msa yg sma armin pn nk kt mawar tp dy brkorban utk adik dy farhan..frust tgk sbb bkn dgn armin..huhu

      Padam
  15. Mana nak cari full drama seharum mawar ni

    BalasPadam

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017