-->

31 Mei 2017

Sinopsis Drama Andainya Takdir (Samarinda TV3)

sinopsis, drama melayu, andainya takdir, slot samarinda, tv3, masalah rumahtangga, suami, panas baran, drama ramadan, pelakon, shukri yahaya, nina iskandar, puteri balqis, sheila mambo, annie ariffin, adibah yunus, sabhi saddi, putra amaris, dilla ahmad, idris md diah, ikhlas jalil,
Sinopsis Drama Andainya Takdir Slot Samarinda TV3

Assalammualaikum..
Drama Andainya Takdir adalah drama terbaru di Slot Samarinda TV3 bagi menggantikan drama Hajah Heahthrow Kembali yang telah tamat episodnya. Drama 16 episod ini dilakonkan oleh Shukri Yahaya, Nina Iskandar, Puteri Balqis, Sheila Mambo, Annie Ariffin, Adibah Yunus, Sabhi Saddi, Idris Md Diah, Dilla Ahmad, Putra Amaris, Ikhlas Jalis dan ramai lagi. Drama Andainya Takdir ini sudah mula disiarkan di tv3 bermula 29 Mei yang lalu dan drama ini diarahkan oleh Along Kamaludin serta diterbitkan oleh A.Aida Production Sdn Bhd. Sebelum ini Shukri Yahaya berjaya membawakan suami yang penyabar dan romantik dalam drama 7 Hari Mencintaiku dan dalam drama Andainya Takdir pula, dia akan membawakan watak suami yang garang dan panas baran gitu, Wah memang versatil tu. Aku suka tengok Nina Iskandar ni, sebab dia comel dan cantik gitu. Apa pun jom tengok sinopsis drama ini di bawah ye. Selamat Membaca..

Sinopsis Drama Andainya Takdir (Samarinda TV3)

Mengisahkan ketabahan Fatihah (Nina Iskandar) dalam mempertahankan rumah tangganya bersama Airil (Shukri Yahya) yang penuh cabaran. Pasangan suami isteri ini mempunyai seorang puteri yang bernama Aleeya (Puteri Balqis). Kehidupan tiga beranak ini sentiasa dalam keadaan genting kerana Airil merupakan seorang yang panas baran dan cemburu buta. Segala perbuatan Fatihah dipantau oleh Airil dan setiap perbuatan Fatihah yang tidak disukai Airil, Fatihah pasti akan dipukul sehingga lebam. Fatihah yakin bahawa dia mampu bertahan dengan sikap suaminya yang sebegitu demi Aleeya. Namun, kesengsaraannya tidak tertumpu kepada suaminya sahaja, sikap ibu mertuanya pula tidak menyumbangkan sebarang kebaikan dalam perkahwinannya. Ibu mertua Fatihah, Normah (Sheila Mambo) sentiasa bersikap keras kepala, menghasut, dan berprasangka buruk sentiasa membuat Fatihah kegetiran. Normah sememangnya tidak disenangi orang kampungnya kerana sikapnya yang suka menuduh tanpa soal siasat. Fatihah juga tidak terlepas daripada menjadi mangsa buli emosi Normah apabila segala permintaan Fatihah kepada suaminya ditentang olehnya. 
sinopsis, drama melayu, andainya takdir, slot samarinda, tv3, masalah rumahtangga, suami, panas baran, drama ramadan, pelakon, shukri yahaya, nina iskandar, puteri balqis, sheila mambo, annie ariffin, adibah yunus, sabhi saddi, putra amaris, dilla ahmad, idris md diah, ikhlas jalil,
Airil pula sentiasa menyebelahi ibunya sehingga sering membuat Fatihah berasa terpinggir. Pahit getir Fatihah bertambah lagi dengan iparnya, adik kepada Airil, Norlin (Annie Ariffin) yang obses kepada kanak-kanak sentiasa dengki terhadapnya kerana Norlin tidak mampu untuk mempunyai zuriatCemburu dengan Fatihah yang cantik, tambahan pula mempunyai Aleeya, seorang anak yang tidak kurang cantiknya dan bijak, Norlin sentiasa menghasut ibunya untuk memaksa abangnya pulang ke kampung kerana Norlin ingin bermain dengan Aleeya. Sekiranya tidak dituruti permintaannya, Norlin mengugut untuk tidak pulang ke kampung juga. Sungguhpun Airil mempunyai masalah panas baran dan sentiasa memukul Fatihah, dia sebenarnya terlalu menyayangi Fatihah. Airil juga berusaha untuk mengubah sikapnya dengan mempelajari cara-cara untuk mengawal sikap cemburu dan kemarahannya yang melampau itu. Dapatkah perkahwinan Fatihah bersama Airil bertahan? Mampukah Fatihah bertabah dengan segala cabaran kehidupannya? Adakah Normah, Norlin, dan Airil berubah sikap demi mengecapi sebuah keluarga yang harmoni?

P/s- memang stress dan geram tengok drama ni hahaha
Miss Banu Signature, Tandatanganku, Blogger, Blog Miss Banu Story,

6 ulasan:

  1. Balasan
    1. mmg sentiasa geram tgk drama ni hehehe

      Padam
  2. TENGOK JUga sekerat-sekerat geram haha

    BalasPadam
  3. oic. gini citer nya.
    aida ada tgk 1 episod.
    tertgk :)
    x dpt la nak tgk, ngantok! hi hi hi...

    BalasPadam
  4. Boleh naik darah tngok cite nii..dari awal smpai akhir pnuh dgn emosi marah..hahah

    BalasPadam

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017