-->

23 Mei 2017

Novel Hero Seorang Cinderella ( Baca Online )

Baca Online Novel, Novel Hero Seorang Cinderella, Novelis Anjell, Drama Adaptasi Novel, Astro, Pelakon, Fattah Amin, Fazura, Uqasha Senrose, Zizie Ezette, Aedy Ashraf, watak, Nura Medina, Tengku Ian Uzzam,
Baca Online Novel Hero Seorang Cinderella (Drama Adaptasi Novel)

Assalammualaikum..
Dah banyak Novel karya novelis Anjell telah diadaptasikan menjadi drama bersiri antaranya adalah Eksperimen Cinta, Tundukkan Playboy Itu dan Suamiku Paling Sweet. Terbaru sekali Novel Hero Seorang Cinderella akan dijadikan drama dan disiarkan di Astro Ria. Rasanya semua pun tahu kot, yang Fattah Amin akan menjadi hero drama adaptasi novel ini iaitu sebagai watak Tengku Ian Uzzam. Neelofa awalnya dipilih untuk menjadi heroin drama ini namun atas sebab - sebab tertentu ianya tidak dapat dilakukan dan akhirnya watak Nura Medina menjadi milik Fazura. Lagi pun memang lama Fazura tak berlakon drama bersiri selalunya Fazura berlakon filem saja. Kalau aku tak silap kali terakhir Fazura berlakon drama bertajuk Kisah Cinta (Tv3) sekali dengan Shaheizy Sam masa tu. Rindu juga nak tengok Fazura berlakon drama pula kan, plus Fattah Amin dan Fazura sama - sama menang masa Anugerah Bintang Popular hari itu, jadi makin ramai pula tak sabar nak tengok gandingan Fattah dan Fazura pula. Zizie Izette akan melakonkan watak Puan Sri Mawar manakala Uqasha Senrose akan melakonkan watak sebagai Puteri Emallyn. Berbalik pada novel ini, aku suka tengok kulit buku / muka depan Novel Hero Seorang Cinderella ini sebab cantik dan menarik. Jadi sambil - sambil tengok drama ini nanti di TV, jom baca novel ini secara online, just klik je link kat bawah ni ye. Link - link di bawah ini credit untuk blog penulis novel ini iaitu Anjell.

Baca Novel Online Hero Seorang Cinderella Bab 1 hingga Bab 25

Fattah Amin & Fazura #Fattzura Hero dan Heroin Drama Hero Seorang Cinderella, Pelakon Utama,
Sinopsis Novel Hero Seorang Cinderella

Ini adalah kisah seorang Cinderella dan heronya. Sekali pandang, orang mesti cakap dia sesuai untuk Cinderella versi thriller. Dia cantik tapi muka dia beku. Senyum ikhlasnya mahal. Jelingannya tajam mengalahkan pedang. Semuanya hanya untuk menutup kisah hidupnya. Itulah Nura MedinaSeratus lapan puluh darjah pula dengan heronya. Heronya masih versi Prince Charming. Dia kacak membunuh. Senyumnya ikhlas versi pencair hati. Jelingannya mampu bikin anak dara penasaran. Dan kepulangannya ke Malaysia kali ini bersama satu amanah. Itulah Tengku Ian UzzamMacam mana Tengku Ian boleh menjadi hero seorang Cinderella? Al-kisahnya bermula pada suatu malam. 
Fazura dan Fattah Amin Dalam Drama Hero Seorang Cinderella, Drama Adaptasi Novel, Pelakon, Watak, Nura Medina, Tengku Ian, Novel, Astro,
“Tips. Kalau awak ingat saya malam ni, saya pasti akan selamatkan awak.”- TENGKU IAN UZZAM
Bermulalah misi Tengku Ian untuk mendekati Medina. Terus-menerus si hero selamatkan Cinderellanya. Sehinggalah tersingkapnya satu rahsia. 
“Dunia ni penuh dengan ketidakjujuran. Bila dah kena fitnah, 99.9% pilih untuk percaya.” – NURA MEDINA 
In the situation of 99.9% of distrust, I am your 0.1% that will trust you. Always.” – TENGKU IAN UZZAM 
Itu janji Tengku Ian. Dan apabila Medina berada dalam situasi 99.9% itu, masihkah Tengku Ian menjadi 0.1% dia? Dan berjayakah Tengku Ian menjalankan amanah yang diberikan?
Miss Banu Signature, Tandatanganku, Blog Miss Banu Story,

4 ulasan:

  1. jomkita tgk mlmni... episodpertama kan...adakah gandingan fazura dan fatah amin akan menjadi fenomena seperti nealofa dengan fatah amin? tungguuuu

    BalasPadam
  2. aida da tgk dah citer ni dlm 3-4 episod.
    mcm citer bwg merah bwg putih ekk.
    nice. pelakon nyer semua bagus.

    BalasPadam

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017