-->

25 Mei 2017

Sinopsis Drama Hero Seorang Cinderella (Astro)

drama adaptasi novel, drama popular, astro, hero seorang cinderella, novelis anjell, sweet, cinta, ost, pelakon, bintang paling popular #ABPBH30, Fattah Amin, Nur Fazura, Uqasha Senrose, Zizie Izette, Fikri Ibrahim, Aedy Ashraf, Lisdawati,
Sinopsis Drama Hero Seorang Cinderella (Astro)

Assalammualaikum..
Drama yang hangat diperkatakan kini menemui penonton, bermula pada 22 Mei yang lalu. Drama Hero Seorang Cinderella sememangnya dinantikan ramai kerana dikatakan akan mengulangi kejayaan Drama Suri Hati Mr Pilot. Ini ditambah lagi apabila pelakon utama drama ini iaitu Fattah Amin baru saja menang Bintang Paling Popular di ABPBH30 dan pertama kali juga digandingkan dengan pelakon cantik manis Nur Fazura. Lagi pun dah lama tak nampak Fazura berlakon drama bersiri sebab Fazura lebih banyak berlakon filem berbanding drama. Aku rasa Fattah Amin dan Fazura sesuai membawakan watak Nura Medina dan Tengku Ian Uzzam itu. Tak sangka juga Fikri Ibrahim (Lawak Solo) yang start sebagai pelawak lepas itu pengacara dan sekarang ini pelakon pula. Cepat betul karier seni Fikri ini berkembang, murah rezeki gitu. Berbalik pada drama Hero Seorang Cinderella ini, drama ini merupakan adaptasi daripada Novel Hero Seorang Cinderella karya Novelis Terkenal Anjell. Selain pelakon utamanya, drama 24 episod ini turut dilakonkan oleh Uqasha Senrose, Zizie Izette, Fikri Ibrahim, Aedy Ashraf, Lisdawati, Jasmine Suraya, Nina Juren, Azhar Amir, Ahmad Fauzee, Anne Abdullah, Ziha Salleh, Iswan Ismail dan ramai lagi. Apa pun jom tengo sinopsis drama ini dibawah ye.
drama adaptasi novel, drama popular, astro, hero seorang cinderella, novelis anjell, sweet, cinta, ost, pelakon, bintang paling popular #ABPBH30, Fattah Amin, Nur Fazura, Uqasha Senrose, Zizie Izette, Fikri Ibrahim, Aedy Ashraf, Lisdawati,
Sinopsis Drama Hero Seorang Cinderella

Kisah seorang Cinderella bernama Nura Medina dan hero, Tengku Ian Uzzam. Sekali pandang, orang mesti cakap dia sesuai untuk Cinderella versi thriller. Dia cantik tapi muka dia beku. Senyum ikhlasnya mahal. Jelingannya tajam mengalahkan pedang. Semuanya hanya untuk menutup kisah hidupnya. Itulah Nura Medina. Seratus lapan puluh darjah pula dengan heronya. Heronya masih versi Prince Charming. Dia kacak membunuh. Senyumnya ikhlas versi pencair hati. Jelingannya mampu bikin anak dara penasaran. Dan kepulangannya ke Malaysia kali ini bersama satu amanah. Itulah Tengku Ian Uzzam. Nura Medina hidup bersama ibu tiri, Datin Mawar dan kakak tiri, Puteri selepas perkahwinan kedua ayah Medina, Datuk Azizan. Hubungan Medina dengan ayahnya tak begitu rapat kerana selalu dihasut oleh Datin Mawar. Sehingga dia difitnah lalu dihalau keluar rumah oleh Datuk Azizan. Walau apa yang terjadi Tengku Ian selalu dalam hidupnya, muncul sebagai hero penyelamat. Namun ada rahsia disebaliknya? Apakah rahsianya? 

Lagu Tema / OST Hero Seorang Cinderella
Hero Seorang Cinderella Nyanyian Fattah Amin dan Fazura

Miss Banu, Tandatanganu, Miss Syahbanu, Blog Miss Banu Story,

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017