-->

6 Mei 2017

Bocey Juara Berganda MLM2017

MLM2017, Poster Peserta Maharaja Lawak Mega 2017, Bocey Juara Berganda Maharaja Lawak Mega 2017, Finalis MLM2017, Puteh, Zero, Dzawin, Shiro, Bocey, Pemenang, Juara,
Bocey Juara Berganda Maharaja Lawak Mega 2017

Assalammualaikum..
Berakhir sudah Maharaja Lawak Mega 2017 yang menobatkan kumpulan Bocey sebagai pemenang atau Juara Maharja Lawak Mega 2017. Ini bermakna Bocey yang dianggotai oleh Fad, Abam dan Achey berjaya menjadi juara Maharaja Lawak Mega buat kali kedua secara berturut - turut, bermula dengan Juara MLM2016 dan kini juara MLM2017 pula, kiranya juara bergandalah kan hehehe. Tahniah diucapkan buat kumpulan Bocey, murah rezeki diorang kan, menang lagi tahun ini, walaupun mendapat saingan sengit dari finalis lain seperti kumpulan Puteh, Zero, Dzawin dan Shiro. Ramai juga yang tak puas hati apabila kumpulan Zero tidak menang mahupun berada dalam kelompok top three kerana Zero memperoleh tempat keempat untuk MLM2017 kali ini. Kumpulan Zero dikatakan agak konsisten sepanjang musim ini, namun markah dikira berdasarkan persembahan di malam final ini bukannya sepanjang 12 minggu MLM2017 berlangsung. Apa pun rezeki masing - masinglah kan, Kumpulan Shiro menjadi Naib Juara Maharaja Lawak Mega 2017 ini, nampaknya kumpulan Shiro masih belum dapat merasa menjadi juara Maharaja Lawak Mega lagi, namun diharapkan kumpulan Shiro tidak berputus asa dan terus mencuba, begitu juga dengan peserta lain. 
MLM2017, Maharaja Lawak Mega 2017, Finalis MLM2017, Bocey, Shiro, Dzawin, Zero, Puteh,
Ramai juga penonton yang sukakan persembahan peserta Solo dari Indonesia iaitu Dzawin, yang kelihatan agak menyerlah di malam Final ini, sekaligus berjaya menang tempat ketiga MLM2017 ini. Kumpulan Puteh pula mendapat tempat kelima, manakala tema untuk final Maharaja Lawak Mega 2017 ini adalah Bebas dan Muzikal. Kelihatan kumpulan Bocey agak menyerlah dalam kedua - dua sketsa mereka, namun aku lebih sukakan sketsa kedua mereka yang agak meriah dan happening itu. Manakala kumpulan Zero pula nampak menyerlah dan kreatif di sketsa pertama mereka namun sketsa kedua mereka kelihatan agak terlalu santai dan biasa. Kalau sketsa kedua mereka juga best, pastinya peluang mereka lebih cerah. Manakala Dzawin juga kelihatan menyerlah di kedua - dua sketsanya, manakala kumpulan Puteh pula aku rasa kelakar jugalah di sketsa pertama tapi biasa - biasa saja di sketsa kedua mereka, namun pemilihan lagu di tema muzikal mereka memang best. Bagi kumpulan Shiro pula, aku rasa sketsa pertama mereka best dan kreatif kerana turut menggunakan juri dan penonton dalam sketsa mereka namun sketsa kedua mereka agak sedikit santai tapi masih menghiburkan kerana ada banyak mesej dan nilai - nilai murni dalam sketsa mereka. Apa pun semua peserta dah melakukan yang terbaik dan telah berjaya menghiburkan penonton selama 12 minggu ini, Tahniah buat semua peserta.


Tandatanganku, My Signature, Blog Miss Banu Story,

4 ulasan:

  1. Sy tgok separuh je finale mlm td sbb mengantuk. X apa ptg ni tgok yg ulangan punya...

    BalasPadam
  2. Tak sempat tgok smpai abis sebab hujan lebat sekali guruh kilat. Huuu

    Apa2 pun bocey mmg ptut menang. Hee

    BalasPadam
  3. xpernah layan MLM ni sbb tak subscribe channel dia.

    BalasPadam
  4. aida x tgk langsung MLM thn ni.
    da delete channel warna.
    sebab boring dah asyik berulang lawak yg sama.
    bocey maintain best. tu yg boleh menang.
    shiro masih tak berjaya dpt juara...

    BalasPadam

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017