-->

31 Mei 2017

Sinopsis Drama Andainya Takdir (Samarinda TV3)

sinopsis, drama melayu, andainya takdir, slot samarinda, tv3, masalah rumahtangga, suami, panas baran, drama ramadan, pelakon, shukri yahaya, nina iskandar, puteri balqis, sheila mambo, annie ariffin, adibah yunus, sabhi saddi, putra amaris, dilla ahmad, idris md diah, ikhlas jalil,
Sinopsis Drama Andainya Takdir Slot Samarinda TV3

Assalammualaikum..
Drama Andainya Takdir adalah drama terbaru di Slot Samarinda TV3 bagi menggantikan drama Hajah Heahthrow Kembali yang telah tamat episodnya. Drama 16 episod ini dilakonkan oleh Shukri Yahaya, Nina Iskandar, Puteri Balqis, Sheila Mambo, Annie Ariffin, Adibah Yunus, Sabhi Saddi, Idris Md Diah, Dilla Ahmad, Putra Amaris, Ikhlas Jalis dan ramai lagi. Drama Andainya Takdir ini sudah mula disiarkan di tv3 bermula 29 Mei yang lalu dan drama ini diarahkan oleh Along Kamaludin serta diterbitkan oleh A.Aida Production Sdn Bhd. Sebelum ini Shukri Yahaya berjaya membawakan suami yang penyabar dan romantik dalam drama 7 Hari Mencintaiku dan dalam drama Andainya Takdir pula, dia akan membawakan watak suami yang garang dan panas baran gitu, Wah memang versatil tu. Aku suka tengok Nina Iskandar ni, sebab dia comel dan cantik gitu. Apa pun jom tengok sinopsis drama ini di bawah ye. Selamat Membaca..

Sinopsis Drama Andainya Takdir (Samarinda TV3)

Mengisahkan ketabahan Fatihah (Nina Iskandar) dalam mempertahankan rumah tangganya bersama Airil (Shukri Yahya) yang penuh cabaran. Pasangan suami isteri ini mempunyai seorang puteri yang bernama Aleeya (Puteri Balqis). Kehidupan tiga beranak ini sentiasa dalam keadaan genting kerana Airil merupakan seorang yang panas baran dan cemburu buta. Segala perbuatan Fatihah dipantau oleh Airil dan setiap perbuatan Fatihah yang tidak disukai Airil, Fatihah pasti akan dipukul sehingga lebam. Fatihah yakin bahawa dia mampu bertahan dengan sikap suaminya yang sebegitu demi Aleeya. Namun, kesengsaraannya tidak tertumpu kepada suaminya sahaja, sikap ibu mertuanya pula tidak menyumbangkan sebarang kebaikan dalam perkahwinannya. Ibu mertua Fatihah, Normah (Sheila Mambo) sentiasa bersikap keras kepala, menghasut, dan berprasangka buruk sentiasa membuat Fatihah kegetiran. Normah sememangnya tidak disenangi orang kampungnya kerana sikapnya yang suka menuduh tanpa soal siasat. Fatihah juga tidak terlepas daripada menjadi mangsa buli emosi Normah apabila segala permintaan Fatihah kepada suaminya ditentang olehnya. 
sinopsis, drama melayu, andainya takdir, slot samarinda, tv3, masalah rumahtangga, suami, panas baran, drama ramadan, pelakon, shukri yahaya, nina iskandar, puteri balqis, sheila mambo, annie ariffin, adibah yunus, sabhi saddi, putra amaris, dilla ahmad, idris md diah, ikhlas jalil,
Airil pula sentiasa menyebelahi ibunya sehingga sering membuat Fatihah berasa terpinggir. Pahit getir Fatihah bertambah lagi dengan iparnya, adik kepada Airil, Norlin (Annie Ariffin) yang obses kepada kanak-kanak sentiasa dengki terhadapnya kerana Norlin tidak mampu untuk mempunyai zuriatCemburu dengan Fatihah yang cantik, tambahan pula mempunyai Aleeya, seorang anak yang tidak kurang cantiknya dan bijak, Norlin sentiasa menghasut ibunya untuk memaksa abangnya pulang ke kampung kerana Norlin ingin bermain dengan Aleeya. Sekiranya tidak dituruti permintaannya, Norlin mengugut untuk tidak pulang ke kampung juga. Sungguhpun Airil mempunyai masalah panas baran dan sentiasa memukul Fatihah, dia sebenarnya terlalu menyayangi Fatihah. Airil juga berusaha untuk mengubah sikapnya dengan mempelajari cara-cara untuk mengawal sikap cemburu dan kemarahannya yang melampau itu. Dapatkah perkahwinan Fatihah bersama Airil bertahan? Mampukah Fatihah bertabah dengan segala cabaran kehidupannya? Adakah Normah, Norlin, dan Airil berubah sikap demi mengecapi sebuah keluarga yang harmoni?

P/s- memang stress dan geram tengok drama ni hahaha
Miss Banu Signature, Tandatanganku, Blogger, Blog Miss Banu Story,
Read More »

30 Mei 2017

Drama Adaptasi Novel Biniku Ninja

Drama Adaptasi Novel Biniku Ninja, Novelis, Azlan Andi, Astro Oasis, Sabatini, Pelakon, Jihan Muse, Ungku Hariz, Mark Adam, Zain Hamid, Rumahtangga, Suami, Isteri, perantauan, luar negara,
Drama Adaptasi Novel Biniku Ninja

Assalammualaikum..
Novel Biniku Ninja karya Novelis Azlan Andi, akan diadaptasikan menjadi drama bersiri yang akan disiarkan di Astro Oasis / Maya HD bermula 29 Mei ini. Drama Biniku Ninja ini akan dilakonkan oleh pasangan suami isteri iaitu Jihan Muse sebagai watak Sabatini dan juga Ungku Hariz sebagai Azlan. Selain mereka berdua, Mark Adam, Zain Hamid turut berlakon dalam drama Biniku Ninja ini. Rasa macam menarik drama ini kan, jadi haruslah tonton nanti kan. Apa pun jom tengok sinopsis novel ini dibawah ye. Selamat Membaca.
Drama Adaptasi Novel Biniku Ninja, Novelis, Azlan Andi, Astro Oasis, Sabatini, Pelakon, Jihan Muse, Ungku Hariz, Mark Adam, Zain Hamid, Rumahtangga, Suami, Isteri, perantauan, luar negara,
Sinopsis Novel Biniku Ninja (Drama Adaptasi Novel)

Tidak semua Ninja itu bawa samurai. Tidak semua Ninja juga pandai Kungfu. Tidak semua Ninja itu kasar. Yang terlihat hanya matanya nan menyeramkan. Ada satu ninja yang sebenarnya dia bukan Ninja,akan tetapi ia rela disebut Ninja kerana rasa malu dan demi kehormatannya, Biarlah dia dipandang oleh mata jiwa  lain sebagai Ninja, Akan tetapi pada saatnya nanti ia akan  menunjukkan bahawa dirinya adalah bidadari hanya kepada yang telah terHalalkan baginyaTentunya dengan ia yang telah bersiap terhadap julukan beristikan Ninja. Mengisahkan tentang Penulis sebagai watak utama - Seorang pelajar yang susah yang akhirnya berjaya melanjutkan pelajaran di UK dalam bidang seni. Dia bertemu dengan gadis berniqab bernama Sabatini semasa terlibat dengan aktiviti persatuan pelajar. Selepas 3 minggu, beliau menikahi gadis tersebut, dan bermulalah kisah nikah ketika usia muda yang mencabar.Mereka mengembara di negara asing dan kemelut yang dihadapi dalam perjalanan hidup di luar negara.)
Read More »

29 Mei 2017

Sinopsis Telemovie Nota Silam (Astro)

Sinopsis, Telemovie, Astro, Citra Exclusive, Telefilem, Nota Silam, Surat Cinta, Cinta, Komedi, Sweet, Love, Watak, Azrul, Munirah, Azhan, Suraya, Pelakon, Aeril Zafrel, Nadiya Nissa, Syakila Khoriri, Mustaqim Mohamed, Zaidi Omar, Kathy Azean, Redza Minhat, Ahmad Iswazir Ismail,
Sinopsis Telemovie Nota Silam Lakonan Aeril Zafril & Nadiya Nisaa

Assalammulaikum..
Telemovie Nota Silam telah pun disiarkan di Astro Citra dan Mustika HD pada 27 Mei yang lalu. Telemovie arahan Nik Amir Mustapha ini dilakonkan oleh Aeril Zafrel, Nadiya Nissa, Syakila Khoriri, Mustaqim Mohamed, Zaidi Omar, Kathy Azean, Redza Minhat, Ahmad Iswazir Ismail dan ramai lagi. Telemovie Nota Silam ini diterbitkan oleh Lumatic Films. Aku suka jalan cerita telefilem Nota Silam ini kerana ianya unik dan menunjukkan kisah cinta dua zaman iaitu zaman dulu dan zaman sekarang. Selain itu, scene flashback dalam telemovie ini juga best dan kelakar, especially part Munirah berangan - angan tu. Apa pun jom tengok sinopsis telemovie ini di bawah ye..

Sinopsis Telemovie Nota Silam (Astro)

Mengisahkan tentang Munirah yang menjumpai sebuah nota cinta / surat cinta di dalam sebuah buku yang diperolehi secara rambang dari "Blind Date With a Book". Munirah mula berasa teruja dan memutuskan ingin menyiasat dan menemukan pasangan di dalam nota tersebut. Munirah akhirnya berjumpa dengan Azrul yang merupakan anak kepada Azhan yang mana Azhan ini adalah lelaki yang dimaksudkan di dalam nota cinta tersebut. Munirah cuba memujuk Azrul untuk membantunya dalam misi menemukan ayah Azrul dengan kekasih lamanya yang bernama Suraya. Awalnya Azrul berasa pelik dan sedikit rimas dengan perangai Munirah yang sangat berminat dengan kisah cinta ayahnya itu. Namun dia akhirnya setuju dan turut berasa ingin tahu tentang kisah cinta ayahnya dengan Suraya itu. Azrul dan Munirah mula mencari dan mengumpul semua surat - surat cinta antara Azhan dan Suraya itu dan cuba mengetahui apa sebenarnya yang berlaku antara Azhan dan Suraya itu. Tidak banyak maklumat yang mereka dapat berdasarkan nota - nota cinta itu lalu memaksa Azrul untuk bertanya sendiri pasal Suraya pada ayahnya. Ayah Azrul ada menceritakan sedikit tentang Suraya pada Azrul dan akhirnya Azrul dan Munirah mengetahui yang Suraya ada membuka warung di tepi jalan dan mereka selalu berkunjung ke situ dan turut membawa ayah Azrul bersama mereka.

Walaubagaimanapun penerimaan Suraya tidak seperti yang mereka jangkakan, Suraya kelihatan tidak begitu suka dengan niat Azrul dan Munirah untuk menyatukannya dengan Azhan kembali. Dia selesa hidup sendirian, kemudian Azhan dan Suraya menasihati Munirah dan Azrul agar melupakan semuanya kerana mereka bahagia dengan kehidupan masing - masing. Selepas itu, Azrul mula putus asa untuk menyatukan ayahnya dan Suraya dan memutuskan untuk move on. Berbeza pula dengan Munirah, kerana dia masih dengan misinya untuk menyatukan Azhan dan Suraya. Berlaku pergaduhan kecil antara Azrul dan Munirah kerana hal ini dan akhirnya Munirah pengsan. Azrul akhirnya mengetahui yang Munirah sebenarnya sakit dan tidak mempunyai masa yang lama untuk hidup. Munirah mempunyai satu hajat, iaitu untuk menyatukan semua kisah cinta. Azrul akhirnya menyedari yang dirinya jatuh cinta pada Munirah dan meluahkan isi hatinya itu, namun Munirah menolak dan mula menjauhkan diri dari Azrul, Ayah Azrul mencadangkan pada Azrul supaya menulis surat cinta pada Munirah. Manakala Azhan juga mula menulis surat pada Suraya seperti waktu dulu - dulu. Apa yang bakal berlaku seterusnya?
Miss Banu Signature, miss banu, blog miss banu story, tandatanganku, blogger,
Read More »

Resepi Agar - Agar Milo Susu Yang Lazat

Resepi, Agar - Agar, Milo, Susu, Makanan, Pencuci Mulut, Dessert, Recipe, Lazat, Sedap, Manis,
Resepi Agar - Agar Milo Susu Yang Lazat

Assalammualaikum..
Alhamdulilah Ramadan datang lagi, Marhaban Ya Ramadhan.
Masa bulan puasa inilah yang teringin nak makan macam - macam kan, selalunya masa berbuka puasa aku memang suka makan Agar - Agar Milo Susu ini selain nasi, sedap sangat, nak menyediakannya juga mudah, senang dan tidak mengambil masa yang lama pun. Di bawah ini aku sertakan sekali resepinya.
Resepi Agar - Agar Milo Susu, Buku Resepi, Resepi, Dessert, Pencuci Mulut, Raya, Ramadan, Puasa, Makanan, Berbuka Puasa,
Resepi Agar - Agar Milo Susu

BAHAN-BAHAN:
  • 1 paket serbuk agar- agar
  • 2 sudu besar gula pasir
  • 7 sudu besar Milo
  • 1 cawan susu pekat
  • 500ml air panas
  • 500ml air kosong
CARA-CARA :
  1. Bancuh Milo, susu pekat dengan 500ml air panas dalam jug.
  2. Dalam periuk yg sesuai, masukkan serbuk agar-agar & gula & 500ml air kosong. Kacau hingga rata.
  3. Campurkan bancuhan Milo kedalam periuk.
  4. Letakkan periuk atas api sederhana. Kacau hingga mendidih. Tutup api.
  5. Tuang dalam bekas agar-agar. Sejukkan pada suhu bilik sebelum dimasukkan dalam peti ais (Gambar dan Resepi credit to -> Buku Resepi )
Berita Baik buat semua, ada sale besar - besaran di Lazada iaitu Marhaban Ya Ramadhan and Riang Ria Raya Sale yang berlangsung pada 19 May ini hingga 30 June 2017, dimana korang boleh dapat special discount hingga 90% tau. Berbaloi - baloi Shopping Di Lazada ini, harga semua berpatutan. 
Delicious Ramadhan: Kitchen Appliances
Bazaar Ramadhan() : Groceries 

Resepi Agar - Agar Milo Susu ini tidak memerlukan bahan yang banyak pun, sebab ianya mudah disediakan, malah korang boleh dapatkan bahan - bahan untuk memasak resepi ini di Lazada gitu.
Milo, Murah, Diskaun, Lazada, Shopping Online,
Milo antara bahan wajib untuk resepi ini, ada diskaun kalau korang beli Milo di Lazada ini

Susu, Susu Pekat, Susu Pekat Manis, Krimer Manis,
Stainless Steel Milk Pot With Bakelite Handle di Lazada, Shopping Online,

Stainless Steel Multipurpose Conditioning Pot Stock, Periuk, shopping online, lazada,
Selamat Membeli - Belah di Lazada..
Miss Banu Signature, tandatanganu, Blog Miss Banu Story, Blogger,
Read More »

28 Mei 2017

Resepi Biskut Raya Semperit Susu

resepi, kuih raya, biskut, semperit, semperit susu, biskut raya, bahan - bahan, cara - cara na buat semperit susu, hari raya, ramadan, aidilfitri,
Resepi Biskut Raya - Semperit Susu

Assalammualaikum..
Sempena bulan puasa ini, mesti ramai yang tengah cari - cari resepi untuk buat kuih raya / biskut raya untuk dijual mahu pun untuk dimakan sendiri hehehe. Biskut Semperit ini antara biskut raya kegemaran aku, sedap betul, masih terbayang - bayang lagi rasa sedapnya itu hehe. Biskut semperit ini setakat 2 balang je memang tak cukup, harus berbalang - balang hahaha. Walaubagaimanapun Resepi Semperit Susu yang aku kongsikan dalam entry ini bukanlah resepi dari aku ye. Sebaliknya aku ambil resepi ini dari facebook. Credit untuk owner resepi ini beserta gambar resepinya sekali ye. Aku ambil resepi ini dari FB Jom Belajar Buat Biskut. Kebiasaannya, kuih raya ini semua aku beli saja, jarang buat sebab aku tak beli oven lagi, Nanti kalau ada ada oven bolehlah aku try resepi Semperit Susu ini nanti kan. Untuk bahan - bahan dan cara nak membuat Biskut Semperit Susu ini, bolehlah lihat di bawah ye. Selamat Mencuba. 

Resepi Biskut Raya - Semperit Susu

Bahan - Bahan & Cara - Cara nak membuat Semperit Susu

3 cawan Butercup
1 cawan Susu Pekat Manis
(Satukan semua bahan ni dan kacau sebati guna senduk)

Masukkan 2 sdb Tepung Beras
Kacau lagi..
Masukkan 4sdb Tepung Kastard
Masukkan pula 4 1/ 4 cawan Tepung Jagung dan uli sebati.

Adunan mestilah agak lembut,  kalau masih keras, tambah butter. .

Terap dan biarkan 20 minit dan bakar..
Suhu 160 selama 20 minit
Api atas dan bawah..

*Adunan saya buat ini dapat dalam 200pcs
Kalau nak buat sikit boleh bahagikan 2
Tandatanganku, miss banu, blog miss banu story,
Read More »

27 Mei 2017

Selamat Berpuasa & Salam Ramadan

Selamat Berpuasa, Ramadan, Bersahur, Berbuka, Hadis Nabi,
P/s- Selamat Bersahur & Selamat Berbuka Puasa nanti yer..
Miss Banu, Tandatanganku, Blog Miss Banu Story,

Read More »

26 Mei 2017

Sinopsis Drama Turki Magnificent Century (Astro)

Drama Turki Magnificient Century / Muhteşem Yüzyıl, Sinopsis, Astro Prima, Abad Kejayaan, Malaysia, Ottoman Empayar, Kerajaan Turki Uthmaniyah, Sultan Sulaiman, Sulaiman Al Qanuni, Alexandra, Hurrem, Mahidevran, Raja, Sultan, Sejarah, Sejarah Turki, gundik, Permaisuri, Sultanah, Astro Prima, Cinta, Watak, Pargali Ibrahim, Hatije, Kisah Benar, Khalifah Islam, Perempuan Simpanan, Sequel, The Magnificent Century: Kösem, Pelakon, Halit Ergenç, Meryem Uzerli, Nebahat Çehre, Okan Yalabık, Nur Fettahoğlu, Selma Ergeç, Selim Bayraktar, Filiz Ahmet
Sinopsis Drama Turki Magnificent Century (Astro)

Assalammualaikum..
Drama Turki yang bertajuk Magnificient Century / MuhteÅŸem Yüzyıl tengah hangat disiarkan di Astro Prima, setiap hari Isnin hingga Jumaat, jam 7 malam dan ulangannya pada pukul 1 pagi. Ini juga adalah kali pertama aku menonton drama bersiri Turki. Drama Turki Magnificent Century ini adalah drama yang berlatarbelakangkan sejarah Turki, Sejarah Kerajaan Uthmaniyah dan kisah Sultan Sulaiman yang merupakan Sultan Kerajaan Uthmaniyah yang kesepuluh dan paling lama memerintah dari tahun 1520 sehinggalah kematian beliau pada tahun 1566. Walaubagaimanapun drama ini lebih memfokuskan tentang masalah dan konflik yang berlaku dalam istana Sultan Sulaiman, part perang - perang semua itu tak banyak pun sebab cerita ini lebih fokus tentang gundik Sultan Sulaiman yang bernama Alexandra / Hurrem Hatun yang bermula dari seorang hamba sebelum diangkat menjadi permaisuri. Antara pelakon yang membintangi drama ini terdiri daripada Halit Ergenç, Meryem Uzerli, Nebahat Çehre, Okan Yalabık, Nur FettahoÄŸlu, Selma Ergeç, Selim Bayraktar, Filiz Ahmet dan ramai lagi. Drama Turki ini mempunyai 4 season dan kesemuanya mempunyai 139 episod. Musim pertama mempunyai 24 episod, musim kedua pula mempunyai 39 episod, musim ketiga ada 40 episod dan musim terakhir iaitu musim ke-4 mempunyai 36 episod. Aku tak pasti sama ada Astro akan menyiarkan 139 episod itu sekaligus atau pun dia siarkan ikut musim juga hehe. 
Drama Turki Magnificient Century / Muhteşem Yüzyıl, Sinopsis, Astro Prima, Abad Kejayaan, Malaysia, Ottoman Empayar, Kerajaan Turki Uthmaniyah, Sultan Sulaiman, Sulaiman Al Qanuni, Alexandra, Hurrem, Mahidevran, Raja, Sultan, Sejarah, Sejarah Turki, gundik, Permaisuri, Sultanah, Astro Prima, Cinta, Watak, Pargali Ibrahim, Hatije, Kisah Benar, Khalifah Islam, Perempuan Simpanan, Sequel, The Magnificent Century: Kösem, Pelakon, Halit Ergenç, Meryem Uzerli, Nebahat Çehre, Okan Yalabık, Nur Fettahoğlu, Selma Ergeç, Selim Bayraktar, Filiz Ahmet,
Disebabkan aku memang minat hal - hal sejarah ini, jadi mestilah kena tonton drama ini kan, plus aku juga pernah belajar tentang Sejarah Timur Tengah yang memang aku dah lupa pun apa yang aku belajar masa kat Universiti dulu hehehe. Tapi yang pasti memang aku ada belajar pasal Kerajaan Uthmaniyah ini. Walaubagaimanapun drama ini tidaklah menceritakan tentang details pasal kerajaan Uthmaniyah ini sebab lebih fokuskan tentang hal - hal menarik yang berlaku  dalam istana sajaDalam season pertama drama ini yang tengah ditayangkan di Astro, dapat dilihat persaingan sengit antara gundik kesayangan Sultan Sulaiman iaitu Alexandra / Hurrem yang ingin menjadi permaisuri dan juga isteri Sultan Sulaiman iaitu Sultanah Mahidevran. Kadang - kadang kesian juga dengan Mahidevran ini, disisihkan macam tu je, sebab suaminya dah berkenan dengan perempuan lain. Macam - macam kes jadi antara Mahidevran dan Hurrem ini antara kes curi cincin, kes pukul, kes meracun dan sebagainya. Aku juga suka tengok kisah percintaan antara Orang Kanan Sultan iaitu Pargali Ibrahim dengan adik perempuan sultan iaitu Hatije. Comel je diorang bercinta senyap - senyap, tapi bila aku baca sinopsis drama ini untuk semua season, memang tragis betul kisah cinta mereka berdua nanti, sebab Ibrahim akan curang dengan Hatije dan ada skandal pula dengan Nigar Kalfa. Kemudian Sultan akan bunuh Ibrahim dan Hatije pula akan memutuskan hubungan persaudaraan antara dirinya dengan Sultan Sulaiman dan macam - macam perkara tragis yang akan berlaku dalam musim kedua, ketiga dan keempat nanti.
Drama Turki Magnificient Century / Muhteşem Yüzyıl, Sinopsis, Astro Prima, Abad Kejayaan, Malaysia, Ottoman Empayar, Kerajaan Turki Uthmaniyah, Sultan Sulaiman, Sulaiman Al Qanuni, Alexandra, Hurrem, Mahidevran, Raja, Sultan, Sejarah, Sejarah Turki, gundik, Permaisuri, Sultanah, Astro Prima, Cinta, Watak, Pargali Ibrahim, Hatije, Kisah Benar, Khalifah Islam, Perempuan Simpanan, Sequel, The Magnificent Century: Kösem, Pelakon, Halit Ergenç, Meryem Uzerli, Nebahat Çehre, Okan Yalabık, Nur Fettahoğlu, Selma Ergeç, Selim Bayraktar, Filiz Ahmet,
Drama ini juga dah disiarkan di banyak negara - negara lain. Di Indonesia, drama ini dah disiarkan pada tahun 2014 dengan nama drama ini ditukar kepada Abad Kejayaan. Dekat Malaysia baru sekarang nak disiarkan, kiranya ketinggalan kereta api jugalah ni hehe. Lepas Drama Magnificent Century ini tamat, akan ada pula sequelnya yang bertajuk The Magnificent Century: Kösem, yang mana jalan ceritanya bermula, 37 tahun selepas kematian Sultan Sulaiman. Berbalik pada drama yang disiarkan di Astro Prima ini, Lepas baca keseluruhan sinopsis drama ini, macam tak percaya pula Ibrahim itu akan curang, dah lah kisah percintaannya dengan Hatije tu sweet je sebelum keduanya akan berkahwin. Tak sangka juga yang Nigar Kalfa memang ada hati pada Ibrahim sejak awal lagi. Aku tak naklah letak spoiler banyak- banya dalam entry ini hehehe aku hanya bagi spoiler sikit - sikit je hehe. Aku akan sertakan sekali sinopsis Drama Turki Magnificent Century untuk musim pertama di bawah ini ye. Selamat membaca dan selamat menonton ye.
Drama Turki Magnificient Century / Muhteşem Yüzyıl, Sinopsis, Astro Prima, Abad Kejayaan, Malaysia, Ottoman Empayar, Kerajaan Turki Uthmaniyah, Sultan Sulaiman, Sulaiman Al Qanuni, Alexandra, Hurrem, Mahidevran, Raja, Sultan, Sejarah, Sejarah Turki, gundik, Permaisuri, Sultanah, Astro Prima, Cinta, Watak, Pargali Ibrahim, Hatije, Kisah Benar, Khalifah Islam, Perempuan Simpanan, Sequel, The Magnificent Century: Kösem, Pelakon, Halit Ergenç, Meryem Uzerli, Nebahat Çehre, Okan Yalabık, Nur Fettahoğlu, Selma Ergeç, Selim Bayraktar, Filiz Ahmet,
Sinopsis Drama Magnificent Century

While hunting in the woods, a young 26-year-old Süleyman is informed that his father Sultan Selim has died. He rides to Constantinople alongside his best friend, Pargalı Ä°brahim, to take the throne. Meanwhile, a Ukrainian girl named Alexandra gets kidnapped in a Tartar slave raid. Her parents and sister are killed. She is finally sold to the Topkapı Palace in Istanbul, and accepted into the Sultan's harem. Nigar (one of the main Harem leaders) explains to Alexandra that if she behaves herself and does as she is told, she will be summoned by the Sultan, and if she gives him a son, she will rule the world as a Sultana. After capturing the Sultan's attention, she spends a night with him and eventually falls in love with him. After converting to Islam, Süleyman changes her name to Hürrem ("who brings joy to one's face"). Subsequently, she gives birth to her first son, Åžehzade 
Mehmed, and rises to the top of the court. 
Drama Turki Magnificient Century / Muhteşem Yüzyıl, Sinopsis, Astro Prima, Abad Kejayaan, Malaysia, Ottoman Empayar, Kerajaan Turki Uthmaniyah, Sultan Sulaiman, Sulaiman Al Qanuni, Alexandra, Hurrem, Mahidevran, Raja, Sultan, Sejarah, Sejarah Turki, gundik, Permaisuri, Sultanah, Astro Prima, Cinta, Watak, Pargali Ibrahim, Hatije, Kisah Benar, Khalifah Islam, Perempuan Simpanan, Sequel, The Magnificent Century: Kösem, Pelakon, Halit Ergenç, Meryem Uzerli, Nebahat Çehre, Okan Yalabık, Nur Fettahoğlu, Selma Ergeç, Selim Bayraktar, Filiz Ahmet,
At the same time, Mahidevran, a senior hatun (lady) and mother of the Sultan's eldest son, Mustafa, gets worried when she notices Süleyman is not spending time with her anymore. A year later, Hürrem gives birth to her first and only daughter, Mihrimah Sultan. Meanwhile Süleyman departs for his campaign in Belgrade and kills the husband of a woman name Victoria, who will be later sent to kill the Sultan. Also, Leo, Hürrem's fiance during her early life in the Crimea, arrives in an attempt to find her. Hürrem who discovers his presence tries to hide the truth, but Ä°brahim decides to use it as against her. Victoria who has been renamed to Sadika following entering the harem, becomes a favourite of everyone, and a trusted servant. After many intrigues, she attempts to assassinate Süleyman, by holding a dagger on his throat. Meanwhile, because of the rivalry and developing hatred between Ä°brahim and Hürrem, he tries to blackmail and poison her but Leo saves her by eating the poisoned Turkish delight and dies, proving his love and honor.

*Tak silap aku Meryem Uzerli yang melakonkan watak Hurrem itu akan berlakon sehingga musim ketiga saja atas sebab - sebab tertentu. Untuk musim ke-4 wataknya akan digantikan dengan pelakon lain yang lebih berusia.

Update- 1/6/2017
Info TerkiniAstro telah menarik keluar Tayangan Drama Magnificent Century setelah mendapat bantahan dari banyak pihak. Jadi mungkin ada drama lain yang ganti kot. Walaubagaimanapun drama Magnificent Century ini still ada kat Youtube lagi dengan english subtitle.
Update- 6/12/2017
Drama Magnificent Century ini telah pun disiarkan semula di Astro Bella & Mustika HD, setiap isnin - jumaat, jam 11 malam.
Update- 17/3/2018
Drama Magnificent Century telah memasuki musim kedua dan masih bersiaran di Astro Bella & Mustika HD
Update- 31/5/2018
➣ Drama Magnifient Century musim kedua telah tamat episodnya pada 28/5/2018 dan kemudian digantikan dengan drama Thailand. Mungkin musim ketiga Magnificent Century akan ditayangkan semula tak lama lagi.

Miss Banu Signature, Tandatanganku, Miss Banu, Blog Miss Banu Story,
Read More »

25 Mei 2017

Sinopsis Drama Hero Seorang Cinderella (Astro)

drama adaptasi novel, drama popular, astro, hero seorang cinderella, novelis anjell, sweet, cinta, ost, pelakon, bintang paling popular #ABPBH30, Fattah Amin, Nur Fazura, Uqasha Senrose, Zizie Izette, Fikri Ibrahim, Aedy Ashraf, Lisdawati,
Sinopsis Drama Hero Seorang Cinderella (Astro)

Assalammualaikum..
Drama yang hangat diperkatakan kini menemui penonton, bermula pada 22 Mei yang lalu. Drama Hero Seorang Cinderella sememangnya dinantikan ramai kerana dikatakan akan mengulangi kejayaan Drama Suri Hati Mr Pilot. Ini ditambah lagi apabila pelakon utama drama ini iaitu Fattah Amin baru saja menang Bintang Paling Popular di ABPBH30 dan pertama kali juga digandingkan dengan pelakon cantik manis Nur Fazura. Lagi pun dah lama tak nampak Fazura berlakon drama bersiri sebab Fazura lebih banyak berlakon filem berbanding drama. Aku rasa Fattah Amin dan Fazura sesuai membawakan watak Nura Medina dan Tengku Ian Uzzam itu. Tak sangka juga Fikri Ibrahim (Lawak Solo) yang start sebagai pelawak lepas itu pengacara dan sekarang ini pelakon pula. Cepat betul karier seni Fikri ini berkembang, murah rezeki gitu. Berbalik pada drama Hero Seorang Cinderella ini, drama ini merupakan adaptasi daripada Novel Hero Seorang Cinderella karya Novelis Terkenal Anjell. Selain pelakon utamanya, drama 24 episod ini turut dilakonkan oleh Uqasha Senrose, Zizie Izette, Fikri Ibrahim, Aedy Ashraf, Lisdawati, Jasmine Suraya, Nina Juren, Azhar Amir, Ahmad Fauzee, Anne Abdullah, Ziha Salleh, Iswan Ismail dan ramai lagi. Apa pun jom tengo sinopsis drama ini dibawah ye.
drama adaptasi novel, drama popular, astro, hero seorang cinderella, novelis anjell, sweet, cinta, ost, pelakon, bintang paling popular #ABPBH30, Fattah Amin, Nur Fazura, Uqasha Senrose, Zizie Izette, Fikri Ibrahim, Aedy Ashraf, Lisdawati,
Sinopsis Drama Hero Seorang Cinderella

Kisah seorang Cinderella bernama Nura Medina dan hero, Tengku Ian Uzzam. Sekali pandang, orang mesti cakap dia sesuai untuk Cinderella versi thriller. Dia cantik tapi muka dia beku. Senyum ikhlasnya mahal. Jelingannya tajam mengalahkan pedang. Semuanya hanya untuk menutup kisah hidupnya. Itulah Nura Medina. Seratus lapan puluh darjah pula dengan heronya. Heronya masih versi Prince Charming. Dia kacak membunuh. Senyumnya ikhlas versi pencair hati. Jelingannya mampu bikin anak dara penasaran. Dan kepulangannya ke Malaysia kali ini bersama satu amanah. Itulah Tengku Ian Uzzam. Nura Medina hidup bersama ibu tiri, Datin Mawar dan kakak tiri, Puteri selepas perkahwinan kedua ayah Medina, Datuk Azizan. Hubungan Medina dengan ayahnya tak begitu rapat kerana selalu dihasut oleh Datin Mawar. Sehingga dia difitnah lalu dihalau keluar rumah oleh Datuk Azizan. Walau apa yang terjadi Tengku Ian selalu dalam hidupnya, muncul sebagai hero penyelamat. Namun ada rahsia disebaliknya? Apakah rahsianya? 

Lagu Tema / OST Hero Seorang Cinderella
Hero Seorang Cinderella Nyanyian Fattah Amin dan Fazura

Miss Banu, Tandatanganu, Miss Syahbanu, Blog Miss Banu Story,
Read More »

24 Mei 2017

Sinopsis Drama Ku Kirim Cinta ( Akasia TV3)

sinopsis, drama melayu, slot akasia, tv3, ku kirim cinta, ramadan, poster, pelakon, ayda jebat, redza rosli, Fahad Iman, Julia Marin, Roy Azman, Nadia Mustafa, Shahrolnizam, Wilma Muhammad, cinta,
Sinopsis Drama Ku Kirim Cinta Slot Akasia TV3

Assalammualaikum..
Drama Ku Kirim Cinta adalah drama terbaru di Slot Akasia, bagi menggantikan drama Shhh I Love You yang telah tamat episodnya. Drama ini sudah pun disiarkan di Tv3, bermula 22 Mei yang lalu dan dilakonkan oleh Ayda Jebat, Redza Rosli, Fahad Iman, Julia Marin, Roy Azman, Nadia Mustafa, Shahrolnizam, Wilma Muhammad dan ramai lagi. Drama Ku Kirim Cinta ini diarahkan oleh Raja Ahmad Alauddin dan diterbitkan oleh Saphire Screen Sdn Bhd. Kalau tengok Sinopsis drama ini memang nampak menarik jalan ceritanya dan gandingan Ayda Jebat dan Redza Rosli ini memang dinantikan juga sebab ada yang kata, kedua - duanya memang tengah hangat bercinta gitu selepas membintangi drama ini. Kalau tak silap aku, Drama lakonan Redza Rosli iaitu Seindah Takdir Cinta ditayangkan pada Ramadan tahun lalu manakala Ramadan tahun ini juga, drama lakonan Redza Rosli yang disiarkan, bezanya dalam drama ini dia jadi hero utama, murah rezeki Redza Rosli ni :) Apa pun jom tengok sinopsis drama ini di bawah ye.
sinopsis, drama melayu, slot akasia, tv3, ku kirim cinta, ramadan, poster, pelakon, ayda jebat, redza rosli, Fahad Iman, Julia Marin, Roy Azman, Nadia Mustafa, Shahrolnizam, Wilma Muhammad, cinta,
Sinopsis Drama Ku Kirim Cinta ( Akasia TV3)

Zarul dan Nisha terkenal sebagai pasangan paling romantik di kolej mereka. Kehebatan Zarul merangkai ayat-ayat cinta memang memukau. Selepas menamatkan pengajian Diploma, Nisha ditawarkan belajar di Australia, manakala Zarul meneruskan pengajian ijazah di tanah air. Ketika Nisha di Autsralia, percintaan mereka diteruskan lewat e-mail dan WhatsApp. Setahun kemudian, Zarul disahkan menghidapi leukimia tahap kritikal dan hayatnya tidak lama. Zarul menyembunyikan penyakitnya daripada Nisha dan membalas kiriman rindu Nisha seperti biasa. Apabila keadaan Zarul makin kritikal, Zarul meminta sepupunya Farhan menyamar sebagai dia untuk membalas e-mail dan WhatsApp Nisha kerana tidak mahu pelajaran Nisha terganggu. Jika dia ditakdirkan meninggal, Zarul mahu Farhan terus melayani Nisha sehingga Nisha habis belajar.

Lagu Tema / OST Ku Kirim Cinta
Akhirnya Cinta Nyanyian Salma
Selamat Tinggal Cinta Nyanyian 6ixth Sense

tandatanganku, miss banu, blog miss banu story, my signature,
Read More »

23 Mei 2017

Sinopsis Telemovie Mengharap Sebuah Keredhaan

Sinopsis, Telemovie, Telefilem, Mengharap Sebuah Keredhaan, TV9, Slot Skrin Di 9, Isu Dadah, Pelakon Aeril Zafrel, Nad Zainal, Nam Ron,
Sinopsis Telemovie Mengharap Sebuah Keredhaan Lakonan Aeril Zafrel & Nad Zainal

Assalammualaikum...
Telemovie Mengharap Sebuah Keredhaan telah pun disiarkan di slot Skrin Di 9 (TV9) pada 22 Mei yang lalu. Telemovie arahan Sabri Yunus ini dilakonkan oleh Nam Ron, Aeril Zafriel, Nad Zainal, Fana Azizan dan ramai lagi. Telemovie Mengharap Sebuah Keredhaan ini diterbitan oleh Mache All Star United Sdn Bhd. Nad Zainal nampa cute dan comel dalam telemovie ini sebab gaya rambutnya yang berubah jadi pendek tu hehe. Jalan cerita telemovie ini berkisarkan tentang dadah yang menghancurkan segala impian Syima. Apa pun jom tengok sinopsis telemovie ini dibawah ye..
Sinopsis, Telemovie, Telefilem, Mengharap Sebuah Keredhaan, TV9, Slot Skrin Di 9, Isu Dadah, Pelakon Aeril Zafrel, Nad Zainal, Nam Ron,
Sinopsis Telemovie Mengharap Sebuah Keredhaan

Mengisahkan Syima yang merupakan seorang anak yang baik, namun hidupnya sengsara kerana bapanya Talib merupakan seorang penagih dadah. Tanpa mengetahui siapa Amir yang sebenarnya, Syima berkahwin dengannya. Syima merasakan Amir seorang lelaki yang baik dan bertanggungjawab. Talib kemudiannya mengetahui yang menantunya itu merupakan seorang pengedar dadah. Amir menyuruh Talib untuk membantunya mengedar dadah dan Talib agak keberatan kerana dia hanya seorang penagih dan bukannya pengedar. Namun akhirnya Talib mengikut saja arahan Amir itu. Kawan Syima yang kecewa melihat Syima berkahwin memberitahunya yang Amir bukanlah seorang lelaki yang baik kerana dia merasakan Amir itu pengedar dadah. Namun Syima langsung tidak mempercayainya. Setelah Syima pulang ke rumah, Syima mengetahui kebenarannya, apabila suaminya Amir juga terlibat dengan dadah. Syima mengamuk dan memutuskan untuk keluar dari rumah itu, ketika tengah mengemas bajunya, dia terjumpa dadah dibawah katil lalu bertindak membuang semua dadah itu ke dalam sungai. Selepas itu Syima ke balai polis dan melaporkan kegiatan ayahnya dan suaminya itu. 
Sinopsis, Telemovie, Telefilem, Mengharap Sebuah Keredhaan, TV9, Slot Skrin Di 9, Isu Dadah, Pelakon Aeril Zafrel, Nad Zainal, Nam Ron,
Amir mula marah apabila dadahnya yang disimpan di rumah itu hilang dan akhirnya bergaduh besar dengan Talib. Ketika Amir ingin membunuh Talib itu, polis datang tepat pada masanya. Syima kemudiannya menziarahi kubur ibunya dan berjanji untuk setia menunggu ayah dan suaminya pulang di suatu hari nanti.
Miss Banu Signature, Tandatanganku, Miss Banu, Blog Miss Banu Story
Read More »

Novel Hero Seorang Cinderella ( Baca Online )

Baca Online Novel, Novel Hero Seorang Cinderella, Novelis Anjell, Drama Adaptasi Novel, Astro, Pelakon, Fattah Amin, Fazura, Uqasha Senrose, Zizie Ezette, Aedy Ashraf, watak, Nura Medina, Tengku Ian Uzzam,
Baca Online Novel Hero Seorang Cinderella (Drama Adaptasi Novel)

Assalammualaikum..
Dah banyak Novel karya novelis Anjell telah diadaptasikan menjadi drama bersiri antaranya adalah Eksperimen Cinta, Tundukkan Playboy Itu dan Suamiku Paling Sweet. Terbaru sekali Novel Hero Seorang Cinderella akan dijadikan drama dan disiarkan di Astro Ria. Rasanya semua pun tahu kot, yang Fattah Amin akan menjadi hero drama adaptasi novel ini iaitu sebagai watak Tengku Ian Uzzam. Neelofa awalnya dipilih untuk menjadi heroin drama ini namun atas sebab - sebab tertentu ianya tidak dapat dilakukan dan akhirnya watak Nura Medina menjadi milik Fazura. Lagi pun memang lama Fazura tak berlakon drama bersiri selalunya Fazura berlakon filem saja. Kalau aku tak silap kali terakhir Fazura berlakon drama bertajuk Kisah Cinta (Tv3) sekali dengan Shaheizy Sam masa tu. Rindu juga nak tengok Fazura berlakon drama pula kan, plus Fattah Amin dan Fazura sama - sama menang masa Anugerah Bintang Popular hari itu, jadi makin ramai pula tak sabar nak tengok gandingan Fattah dan Fazura pula. Zizie Izette akan melakonkan watak Puan Sri Mawar manakala Uqasha Senrose akan melakonkan watak sebagai Puteri Emallyn. Berbalik pada novel ini, aku suka tengok kulit buku / muka depan Novel Hero Seorang Cinderella ini sebab cantik dan menarik. Jadi sambil - sambil tengok drama ini nanti di TV, jom baca novel ini secara online, just klik je link kat bawah ni ye. Link - link di bawah ini credit untuk blog penulis novel ini iaitu Anjell.

Baca Novel Online Hero Seorang Cinderella Bab 1 hingga Bab 25

Fattah Amin & Fazura #Fattzura Hero dan Heroin Drama Hero Seorang Cinderella, Pelakon Utama,
Sinopsis Novel Hero Seorang Cinderella

Ini adalah kisah seorang Cinderella dan heronya. Sekali pandang, orang mesti cakap dia sesuai untuk Cinderella versi thriller. Dia cantik tapi muka dia beku. Senyum ikhlasnya mahal. Jelingannya tajam mengalahkan pedang. Semuanya hanya untuk menutup kisah hidupnya. Itulah Nura MedinaSeratus lapan puluh darjah pula dengan heronya. Heronya masih versi Prince Charming. Dia kacak membunuh. Senyumnya ikhlas versi pencair hati. Jelingannya mampu bikin anak dara penasaran. Dan kepulangannya ke Malaysia kali ini bersama satu amanah. Itulah Tengku Ian UzzamMacam mana Tengku Ian boleh menjadi hero seorang Cinderella? Al-kisahnya bermula pada suatu malam. 
Fazura dan Fattah Amin Dalam Drama Hero Seorang Cinderella, Drama Adaptasi Novel, Pelakon, Watak, Nura Medina, Tengku Ian, Novel, Astro,
“Tips. Kalau awak ingat saya malam ni, saya pasti akan selamatkan awak.”- TENGKU IAN UZZAM
Bermulalah misi Tengku Ian untuk mendekati Medina. Terus-menerus si hero selamatkan Cinderellanya. Sehinggalah tersingkapnya satu rahsia. 
“Dunia ni penuh dengan ketidakjujuran. Bila dah kena fitnah, 99.9% pilih untuk percaya.” – NURA MEDINA 
In the situation of 99.9% of distrust, I am your 0.1% that will trust you. Always.” – TENGKU IAN UZZAM 
Itu janji Tengku Ian. Dan apabila Medina berada dalam situasi 99.9% itu, masihkah Tengku Ian menjadi 0.1% dia? Dan berjayakah Tengku Ian menjalankan amanah yang diberikan?
Miss Banu Signature, Tandatanganku, Blog Miss Banu Story,
Read More »

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017