-->

30 Apr 2017

Sinopsis Telemovie Isteriku Cikguku Cerekarama TV3

Sinopsis Telemovie Isteriku Cikguku Cerekarama TV3, Senarai Pelakon Telefilem Isteriku Cikguku, Pelakon, Syafiq Kyle, Izara Aishah, Arash Mohd, Syazuwan Hassan, Sabhi Saddi, Fazlina Ahmad Daud, Lan Siro,
Sinopsis Telemovie Isteriku Cikguku Cerekarama TV3

Assalammualaikum..
Telefilem Isteriku Cikguku akan disiarkan di Slot Cerekarama TV3 pada 29 April ini, jam 9 malam. Telemovie Isteriku Cikguku ini dilakonkan oleh ramai pelakon best seperti Syafiq Kyle, Izara Aishah, Arash Mohd, Syazuwan Hassan, Sabhi Saddi, Fazlina Ahmad Daud, Lan Siro dan ramai lagi. Telemovie ini diarahkan oleh Along Kamaludin dan diterbitkan oleh A. Aida Production Sdn Bhd. Nampak macam menarik telemovie ini kan, apa pun jom tengok sinopsis ringkas telemovie ini di bawah ye.

Sinopsis Telemovie Isteriku Cikguku

Maria gembira apabila menerima tawaran menjadi seorang guru di sebuah sekolah menengah. Walaubagaimanapun, segala harapannya berubah apabila memasuki sekolah itu. Dia bertemu seorang pelajar nakal yang bernama Azlan dan Azlan sering membuat masalah dan berani mengugut Maria. Ketika di Kem Motivasi, Azlan telah cedera semasa berada di dalam hutan dan Marialah yang menjaga Azlan di hospital. Sejak itu Azlan mula jatuh cinta pada cikgunya itu dan mula meluahkan perasaannya pada Maria namun Maria cuba menolak dengan baik. Walaubagaimanapun Maria akhirnya mencabar Azlan untuk mendapat keputusan yang cemerlang dalam SPM sebagai syarat untuk menjadi Boyfriendnya. 
Azlan akhirnya berjaya dalam SPM namun Maria pula menjauhkan diri padanya. 

Maria kemudian bertemu dengan Nazri yang merupakan bekas kekasihnya dan seterusnya Maria memilih untuk bersama Nazri berbanding Azlan. Walaubagaimanapun Nazri menipu Maria dan ingin berkahwin dengan orang lain. Maria kemudiannya melanjutkan pelajarannya ke luar negara selama 2 tahun. Selepas dia kembali ke Malaysia, dia secara tidak sengaja terserempak dengan Azlan semula. Azlan kini sudah banyak berubah dan semakin matang berbanding dulu. Ketika Maria mahu membuka hatinya pada Azlan, housemate Maria mendedahkan satu rahsia bahawa Azlan dah berkahwin dan mempunyai anak. Hal ini menyebabkan Maria menjauhkan diri semula dari Azlan. Apa yang bakal berlaku seterusnya?. 
My Signature, Tandatanganku, Miss Banu Signature, Blog Miss Banu Story,

3 ulasan:

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017