-->

13 Apr 2017

Money Monster


Assalammualaikum..
Baru - baru ini, aku sempat tonton Filem Money Monster lakonan George Clooney, Julia Roberts, Jack O' Connell, Dominic West, Caitriona Balfe, Giancarlo Esposito dan ramai lagi. Filem Money Monster ini release pada bulan May 2016 dan diarahkan oleh Jodie Foster. Boleh tahan jugalah jalan cerita filem ini terutamanya untuk scene - scene suspen tu. Lakonan para pelakon juga terbaik cuma aku tak fokus sangat part - part saham dan kewangan tu semua, sebab aku lebih suka scene ketika Kyle Budwell menceroboh masuk stesen tv dan mengambil alih serta mengugut Lee Gates yang merupakan pakar kewangan dan juga hos program Money Monster itu. Rancangan tersebut sedang disiarkan secara langsung dan disaksikan oleh ramai penonton. Aku suka watak Julia Roberts dalam Movie ini iaitu sebagai Patty Fenn, yang merupakan seorang Produser program Money Monster ini dan dirinya cuba menenangkan Hos rancangan berkenaan iaitu Lee Gates untuk berdepan dengan situasi bahaya tersebut.
English Movie Review - Money Monster, Senarai Pelakon Money Monster, George Clooney, Julia Roberts, Jack O' Connell, Dominic West, Caitriona Balfe, Giancarlo Esposito, Pengarah Filem Money Monster, Jodie Foster,
Kadang - kadang rasa kesian juga dengan watak Kyle itu yang telah melaburkan semua wangnya kerana mengikut nasihat Lee Gates ketika menonton program Money Monster ini. Bila Kyle dah rugi dan hilang semua duitnya, dirinya berasa tertipu dan menuntut jawapan daripada Lee Gates. Kyle akhirnya mengambil tindakan drastik dengan mengugut untuk membunuh jika permintaannya tidak ditunaikan. Aku juga suka scene ketika Lee Gates cuba menarik perhatian penonton untuk membeli saham kot, Lee Gates dengan sedaya upaya cuba menyakinkan penonton untuk melakukan sesuatu tapi akhirnya usahanya tidak berjaya. Part tak leh blah sekali bila Lee Gates dapat tahu yang polis cuba untuk menembak dirinya dan bukannya Kyle bagi mematikan bom di badannya hehehe dah la siaran langsung pastu boleh pula polis buat plan untuk tembak Lee Gates itu. Selain itu, scene ketika Lee Gates berasa simpati pada Kyle juga menarik, dan akhirnya membuatkan Lee Gates bekerjasama dengan Kyle untuk mencari orang yang bertanggungjawab iaitu Walt Camby.

Ending filem Money Monster ini kira sedih jugalah apabila Kyle akhirnya mati ditembak polis, kelihatan Lee Gates tak nak Kyle mati dan rasa sedih bila Kyle ditembak polis. Walaubagaimanapun selepas semuanya berakhir, rating program Money Monster terus melonjak tinggi disebabkan insiden Kyle Budwell dan Camby itu. Apa pun aku rasa filem Money Monster ini menghiburkan juga dan aku bagi 7 Bintang dari 10 Bintang untuk filem ini.

3 ulasan:

  1. mcm best je.. tak penah tgk lagi

    BalasPadam
  2. kesian kyle, filem aksi rupanya selain saham
    JanjiKita

    BalasPadam
  3. Best gila.. done tengok juga.. 10/10..

    BalasPadam

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017