-->

11 Mac 2017

Sinopsis Telemovie Kekasih Elektrik (Astro Citra)

Telemovie Kekasih Elektrik lakonan Redza Minhat, Siti Saleha, Amerul Affendi, Bront Palarae
Sinopsis Telemovie Kekasih Elektrik (Astro Citra) Lakonan Siti Saleha & Redza Minhat

Assalammualaikum..
Selepas Telemovie Cupid, giliran Telemovie Kekasih Elektrik pula akan disiarkan di Astro Citra pada 11 Mac ini. Telefilem Kekasih Elektrik ini dilakonkan oleh Redza Minhat, Siti Saleha, Amerul Affendi, Bront Palarae, Iedil Putra, Beto Kusyairi dan ramai lagi. Telemovie Kekasih Elektrik ini diarahkan oleh Razaisyam Rashid dan diterbitkan oleh Playground Productions Sdn Bhd. Rasa macam lama tak tengok Redza Minhat ni berlakon lepas Filem Kil tu hehehe. Apa pun nampak menarik juga telemovie Kekasih Elektrik ni, tajuk telemovie pun dah unik, so jom tengok sinopsis ringkas telemovie ini dibawah ye..
Hero dan Heroin Telemovie Kekasih Elektrik iaitu Redza Minhat dan Siti Saleha. Pelakon - Pelakon Telemovie Kekasih Elektrik, Senarai Pelakon Kekasih Elektrik,
Sinopsis Telemovie Kekasih Elektrik (Astro Citra)

Kisah Amri, seorang novelis dikunjungi oleh seorang gadis misteri yang muncul secara tiba-tiba di kedainya. Namun, hanya dia sahaja yang boleh melihat gadis tersebut yang juga kehilangan memori. Kawan - kawan Amri mula pelik dengan dirinya yang bercakap seorang diri kerana mereka semua tidak nampak gadis tersebut. Awalnya Amri menyangka gadis tersebut adalah hantu, namun gadis tersebut menafikan yang dirinya hantu. Akhirnya Amri dan kawannya bersetuju untuk membantu gadis tersebut mencari identiti dirinya yang sebenar. Siapa gadis misteri itu? Apa yang bakal berlaku seterusnya?.
divider untuk cantikkan blog





3 ulasan:

  1. hantu ke apa tu? hehe. Ada tengok iklan cerita ni. Nampak macam best 😊

    BalasPadam
  2. suka redza minhat ni tp jarang nak tengok dia berlakon

    BalasPadam
  3. Lagu ape yg amri dengar tu? Band hujan tp tktahu tajuk.

    BalasPadam

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017