-->

27 Mac 2017

Novel Cik Serba Tahu

Drama Adaptasi Novel, Novel Cik Serba Tahu, Karya Novelis Syamnuriezmil, Drama Cik Serba Tahu, Remy Ishak sebagai watak Carl Adham, Sari Yanti sebagai Aerna Isyqee,
Novel Cik Serba Tahu (Drama Adaptasi Novel)

Assalammualaikum..
Rasanya semua pun tahu banyak Novel - Novel Karya Novelis Syamnuriezmil telah diadaptasi menjadi drama bersiri. Terbaru Novelnya yang bertajuk Cik Serba Tahu telah diadaptasikan menjadi drama dan akan disiarkan di Astro Ria bermula 27 Mac ini untuk menggantikan Drama Dia Bidadariku yang telah tamat episodnya. Watak Aerna Isyqee akan dilakonkan oleh Sari Yanti manakala watak Carl Adham akan dilakonkan oleh Remy Ishak. Selain itu Zarul Umbrella turut berlakon dalam drama ini sebagai Encik Bun (Bunyamin) dan Iedil Putra sebagai Encik Ben (Benjamin). Awalnya Mira Filzah yang akan melakonkan watak Aerna tu, tapi akhirnya diganti dengan Sari Yanti. Siapa yang dah baca Novel Cik Serba Tahu ini, pastilah dah tahu jalan ceritanya kan, apa pun jom tengok sinopsis Novel ini dibawah ye.

Sinopsis Novel Cik Serba Tahu

“Kalau nak, semua boleh buat.”
“Memanglah, selagi belum dapat. Cuba kalau dah dapat?”

“Abang bukan orang macam tu la. Kalau belum dapat, berusaha bagi dapat. Bila dah dapat, genggam sampai rapat!”


Bermacam-macam usaha yang Carl Adham buat untuk memikat hati Aerna, namun untuk menerima lelaki itu memang agak payah. Mana tidaknya, mereka baru saja bertemu. Tiba-tiba lelaki itu ajak dia tunang kemudian bernikah? Gila ke apa???!“Saya nak awak tahu juga, walaupun ada rumah atas kayangan, walaupun tidur beralaskan duit ringgit, walaupun ada roket sampai ke bulan... awak masih belum boleh curi hati saya, Encik Carl! Saya bukan perempuan yang boleh dijual beli dengan kekayaan!”

Drama Adaptasi Novel, Drama Cik Serba Tahu, Novel Cik Serba Tahu, Karya Novelis Syamnuriezmil, Watak Carl Adham, Watak Aerna, Senarai Pelakon Drama Cik Serba Tahu, Pelakon Utama Cik Serba Tahu, Remy Ishak, Sari Yanti, Zarul Umbrella, Iedil Putra,
Semua orang di ofis gelarkan Aerna sebagai Cik Serba Tahu sebab semuanya dia boleh tahu. Sebab benda yang diagak selalunya betul dan banyak rahsia yang dia tahu terutama rahsia Encik Ben dan Encik Bun. Dan disebabkan serba tahunya itu, bapaknya bimbang jika anaknya itu terlupa tentang diri sendiri. Bapak Aerna nekad untuk cepat-cepat mengahwinkan anaknya dengan sesiapa saja yang gentleman asalkan Aerna membuka hati untuk menerima cinta. Adakah dengan mudah Aerna dapat menerima pilihan bapaknya? Adakah Aerna akan bersedia membuka pintu hatinya seperti yang dipinta oleh bapaknya?
“Dari mula jumpa sampai sekarang, Aerna Isyqee jodoh abang. Kahwin dengan abang? Jemputan ini tamat dalam masa 15 saat...”
“Nak!”
“16 saat dah... Dah lewat!”
“Abang! Na cakap nak la...”

4 ulasan:

  1. Kalau Astro ria mmg tak tau la Sgt sbb tak dpt...Sbb kita guna njoi je...

    BalasPadam
  2. Tau cerita ni pun sbb follow ig zarul. Kalau tak, tau dr iklan di astro. Hehe.

    BalasPadam
  3. tak sabar nak tengok zarul berlakon...

    BalasPadam
  4. yay malam nie start sebab ada kakak sari!

    BalasPadam

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017