-->

20 Mac 2017

9 Tips Untuk Move On Setelah Putus Cinta

9 Tips Untuk Move On Setelah Putus Cinta, Tips Untuk Move On Lebih Cepat, Tips Putus Cinta,
9 Tips Untuk Move On Setelah Putus Cinta

Assalammualaikum..
Hari ini nak kongsi tentang 9 Tips untuk "Move On" setelah putus cinta, aku bukannya pakar sebab tips - tips ini semua aku ambil dan aku olah sikit - sikit dari satu website ni, credit to https://siraplimau.com manakala untuk gambar - gambar dalam entry ini aku search googlelah dan aku gunakan gambar - gambar Shin Min Ah yang comel tu hehe. Siapa yang pernah putus cinta kat sini? apa yang korang buat untuk move on dan teruskan hidup korang serta melupakan bekas kekasih korang tu? Bagi sesiapa yang putus cinta tu, bolehlah mencuba dan guna 9 tips untuk move on setelah putus cinta di bawah ini ye..
Gambar Pelakon Korea Shin Min Ah yang Cute dan Comel, Drama Korea Tomorrow With You, Oh My Venus,
9 Tips Untuk Move On Setelah Putus Cinta

1 ➤ Beri Masa Pada Diri 
- Lelaki atau perempuan sama - sama akan terkesan dengan perpisahan dan cinta yang tak kesampaian. Jadi harus beri masa pada diri untuk merawat luka di hati kerana dengan masa, luka yang dirasai akan sedikit demi sedikit sembuh.
Shin Min Ah In Magazine, Pelakon Shin Min Ah Dalam Majalah,
2 ➤ Sibukkan Diri
- Padatkan jadual dan sibukkan diri anda dengan pelbagai aktiviti supaya anda kurang mengingati kenangan dan memori lama bersama dengan bekas kekasih. Kalau asyik termenung dan bersendirian akan membuatkan anda lebih sukar untuk move on, jadi sibukkan diri.

3 ➤ Simpan atau Buang Barang Kenangan Jauh - Jauh
-  Hal ini kerana untuk mengelakkan korang dari terus mengingati bekas kekasih selepas melihat barangan atau hadiah yang korang dapat dari si dia masa bercinta dulu. Masukkan semua barang barang tersebut dalam satu kotak dan letakkan jauh dari pandangan, atau pun buang saja supaya korang tidak lagi melihat barangan tersebut dan terkenangkan kisah lalu.

4 ➤ Luaskan Kenalan Baru
- Cuba untuk mencari kawan - kawan baru dan meluangkan masa bersama mereka. Berkawan biar beribu gitu hehehe.
Shin Min Ah In Korean Drama Oh My Venus, So Ji Sub dan ramai lagi Drama Korea, Pelakon Hebat,
5 ➤ Dekatkan Hubungan Dengan Orang Sekeliling
-  Ambil peluang ini untuk merapatkan semula hubungan dengan keluarga, kawan - kawan lama atau saudara - mara yang jarang berjumpa. Hargai mereka yang selama ini sentiasa berada di sekeliling anda.
6 ➤ Asah Bakat Atau Hobi Anda
- Cuba cari Hobi baru atau kembali meneruskan minat yang sudah lama ditinggalkan kerana sibuk bercinta. Travel, melukis, membaca buku, menyanyi atau lakukan apa saja yang anda minat sebagai terapi untuk diri sendiri.

7 ➤ Minta Bantuan atau Sokongan
-  Sokongan daripada mereka yang rapat seperti ibu bapa, kawan - kawan baik boleh membantu anda untuk melupakan bekas kekasih sekaligus merawat luka dihati. Kadang - kadang bila meluahkan apa yang dirasa boleh menenangkan hati dan minda.
Cute Face Of Shin Min Ah (Pelakon Korea), Korean Artist, Actress, Pelakon, Cute, Comel,
8 ➤ Elak Simpan Marah Atau Dendam
- Biasanya apabila ada perasaan negatif ini, memang sukar untuk anda move on. Jadi, redhalah dengan apa yang terjadi dan anda akan lebih tenang dan mudah melupakan si dia. Sesungguhnya perancangan Tuhan lebih itu lebih hebat dari perancangan kita.
Shin Min Ah and Handphone, Mobile Phone, Cell Phone,
9 ➤ Jangan Hubungi Bekas Kekasih
- Menghubungi si dia meskipun sudah tidak bercinta menyebabkan anda tidak akan move on apatah lagi untuk melupakannya. Sebaiknya, elak berkomunikasi dengan apa cara jua pun

4 ulasan:

  1. Point no 8 tu payah sikit kan. Walaupun kita dah maafkan. Tapi akan ttp smpan dendam.

    BalasPadam
  2. Tak fokus nak baca, omeyyyyyy sangatttt Shin Min Ah tuuu..hahaha.

    Tapi setuju dengan point banu :D

    BalasPadam
  3. Great tips, cuba amalkan 2 hingga 5..
    Masa ni jangan biarkan duduk seorang diri nanti teringat kenangan silam.. - ops sis belajar dari pengalaman, hehehe

    BalasPadam

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017