-->

1 Mac 2017

Sinopsis Drama Meh Sandar Pada Aku

Drama Meh Sandar Pada Aku Slot Dahlia TV3 Lakonan Mira Filzah, Aliff Aziz, Jaja Iliyes, Redza Rosli, Ashraf Aley, Azri Iskandar,
Sinopsis Drama Meh Sandar Pada Aku Lakonan Mira Filzah & Aliff Aziz

Assalammualaikum..
Drama Meh Sandar Pada Aku sudah mula disiarkan di Slot Dahlia TV3 bermula pada 26 Februari yang lalu. Drama ini merupakan adaptasi daripada Novel Meh Sandar Pada Aku karya Novelis Aifa Batrisya, dan dilakonkan oleh Mira Filzah sebagai watak Afnan Tasneem, Aliff Aziz sebagai Syed Nadzhan, Jaja Iliyes sebagai Aleesya, Redza Rosli sebagai Adam Naufal, Aishah Ilias, Asyraf Aley, Azri Iskandar, Badrul Muhayat, Raja Ema, Fiza Halim, Marr Mohamad dan ramai lagi. Drama 13 episod ini diarahkan oleh Emi Suffian dan diterbitkan oleh Zeel Production Sdn Bhd. Wah drama terbaru Mira Filzah yang qiut miut tu hehe, lebih menarik apabila lagu tema / OST Meh Sandar Pada Aku ini dinyanyikan sendiri oleh pelakon utamanya iaitu Mira Filzah dan Aliff Aziz. Jalan cerita drama ini juga nampak menarik, apa pun jom tengok sinopsis drama ini di bawah ye.
Hero dan Heroin Drama Adaptasi Novel Meh Sandar Pada Aku, Mira Filzah Sebagai Afnan Tasneem dan Aliff Aziz sebagai Syed Nadzhan
Sinopsis Drama Meh Sandar Pada Aku

Mengisahkan Afnan Tasneem, gadis yang sentiasa ceria dan agak bendul tak bertempat. Afnan Tasneemsedang menjalani praktikal di sebuah pusat penyelidikan bagi menyempurnakan pengajiannya. Disana bermulalah cerita pertemuannya dengan penyelia yang dianggap sombong dan spesis lelaki terancam iaitu Dr Syed Nadzhan. Dr Syed Nadzhan hidup tanpa insan bergelar perempuan. Selepas kegagalan rumah tangga papa dan mamanya dia mengganggap perempuan menyusahkan hidupnya. Menerima Afnan Tasneem sebagai budak praktikal dibawah seliaannya memang memeningkan kepala kerana sebelum ini Dr Syed tidak pernah menerima budak praktikal perempuan. Sepanjang tempuh seliaan Dr Syed, Afnan Tasneem sering di buli dan memberi arahan tanpa diberi tunjuk ajar. Kehadiran Adam Naufal menggugat rasa hati Dr Syed. Afnan Tasneem yang banyak meluahkan rasa tidak puas hati dengan layanan Dr Syed kepada Adam Naufal. Adam Naufal juga budak praktikal Dr Syed. Dimata lelaki Adam Naufal tahu yang Dr Syed suka pada Afnan Tasneem. 
Aliff Aziz dan Mira Filzah Dalam Drama Meh Sandar Pada Aku Slot Dahlia TV3, Afnan Tasneem dan Syed Nadzhan yang dilakonkan oleh Mira Filzah dan Aliff Aziz
Adam Naufal rapat dengan Afnan Tasneem sekadar bagi cemburu pada Dr Syed. Tetapi tidak pada Afnan Tasneem yang menganggap Adam Naufal mencintainya. Keadaan lebih bercelaru bila ibu Afnan Tasneem berkahwin dengan ayah Dr Syed. Ayah Doktor Syed merancang untuk menjodohkan Afnan Tesneem dengan sepupu Dr Syed, Syed Emir. Tanpa pengetahuan Dr Syed juga dia telah ditunangkan dengan Doktor Aleesya. Aleesya pemburu cinta Dr Syed dari kecil gembira dengan pertunangan itu. Kerana menghadiri majlis konvo Adam Naufal membongkar satu rahsia. Sebenarnya Adam Naufal sudah bertunang dan akan berkahwin tak lama lagi. Afnan Tasneem kecewa. Berita kematian ibu dan ayah membuatkan Dr Syed mengambil keputusan untuk memutuskan pertunangan dengan Dr Aleesya dan berkahwin dengan Afnan Tasneem atas rasa tanggungjawab. Dr Aleesya yang tak boleh terima kenyataan dimasukkan ke hospital sakit jiwa. Dengan bantuan Dr Syed juga Dr Aleesya pulih dan sedar akan kesilapannya. Semua yang berlaku sebenarnya telah ditentukan.

Lagu Tema / OST Meh Sandar Pada Aku

Tajuk : Sandar Padaku

Penyanyi : Aliff Aziz feat Mira Filzah



1 ulasan:

  1. Cerita di akhirnya kok agak gantung yeee..
    Lalu mcm mana nasib binik pertama dia tu ???
    Tak kan lah lepas gitu jeeee

    BalasPadam

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017