-->

11 Feb 2017

Review Drama Korea - Goblin

Poster Drama Korea Goblin
Goblin - Korean Drama Review

Assalammualaikum..
Okey hari ni nak buat Review Drama Korea yang bertajuk Goblin, rasanya semua pun tahu yang Drama Goblin ini sangat popular, sangat diminati ramai disebabkan jalan ceritanya yang unik, misteri dan best. Memang tak dapat dinafikan jalan cerita Goblin ini tak logik tapi drama bergenre fantasi dan misteri seperti ini memang seronok untuk ditonton. Bila dapat tahu senarai pelakon drama Goblin ini jer, dah berjaya buat penonton rasa teruja dan tak sabar nak menonton drama ini. Ini ditambah lagi dengan Gong Yoo dan Lee Dong Wook berada dalam satu drama yang sama, memang woww gitu. Selain Gong Yoo dan Lee Dong Wook, drama ini turut dilakonkan oleh Kim Go Eun, Yoo In Na, Yook Sung Jae, Lee El, Joo Woo Jin, Kim Byung Chul dan ramai lagi. Drama ini mempunyai 16 episod, alangkah bagusnya kalau episod drama ini dipanjangkan lagi menjadi 20 episod mahupun 50 episod hehe. Tak puas tengok drama ini sebab ada 16 episod je, Drama Korea Goblin ini disiarkan bagi menggantikan drama The K2 dan kemudian akan digantikan dengan drama Tomorrow With You yang dilakonkan oleh Shin Min Ah dan Lee Je Hoon. Pengarah dan Penulis Skrip drama Goblin ini juga adalah orang yang sama mengarah dan menulis skrip untuk Drama Popular Descendants Of The Sun. Pelakon Kim Min Jae dan Kim Soo Hyun turut membuat kemunculan khas dalam drama ini sebagai King and Queen ketika remaja (muda).
Bromance Gong Yoo dan Lee Dong Wook
Tarikan utama drama ini pastilah sebab jalan ceritanya yang unik, selain itu ramai juga yang suka tengok bromance antara Kim Shin dan Grim Reaper (Wang Yeo) tu. Selain bromance antara diorang, aku juga suka semua scene yang melibatkan Lee Dong Wook, Gong Yoo dan Sung Jae, bila ada diorang bertiga memang lawak kot hehe. Ingatkan dalam drama jer yang nampak bromance diorang ni tapi masa kat luar drama pun memang diorang baik, siap bergurau lagi, memang gandingan yang serasi gitu. Kalau korang nak tengok apa yang berlaku di belakang tabir drama Goblin ni, pastikan korang tonton Goblin Special Part 1 & 2 : The Summoning. Ada banyak benda best yang boleh korang tahu lepas menonton special episod drama Goblin tu. Antaranya scene - scene tak jadi dalam drama ni serta korang boleh lihat sendiri keserasian antara Gong Yoo dan Lee Dong Wook on and off screen. Selain itu, dalam episod special tersebut Yoo In Na dan Lee Dong Wook turut jadi ala - ala hos dalam Goblin special tersebut. Paling menarik perhatian aku bila Lee Kwang Soo turut melawat sekejap ke dalam set Goblin dan bertemu dengan Gong Yoo. Ketika penggambaran di hospital pula, kelihatan pelakon Yoo Yeon Seok di hospital yang sama, rupa - rupanya dia juga turut shooting di situ tapi untuk drama yang lain iaitu Romantic Doctor, Teacher Kim. Sempat juga dia singgah sekejap dan bertemu dengan Lee Dong Wook dan krew yang lain. Alang - alang dah jumpa tu, patutnya dia buat cameo terus jer dalam Goblin tu tambahan lagi dia dah berpakaian ala - ala doktor dah hehe.
Pelakon Utama Goblin
Lokasi shooting drama ini juga sangat cantik dan indah, diorang juga turut shooting di Canada. Lagu Tema / OST Goblin ini juga sangat best, semua lagu sedap - sedap belaka, aku pun siap download kot lagu - lagu OST dari drama Goblin ni, selalunya aku memang jarang nak mendownload lagu - lagu OST Drama Korea kecuali kalau lagu itu sangat best. Babak - babak kelakar dalam drama ni memang terbaik sampai penonton pun boleh tersengih sekali hehe. Selain babak kelakar, babak sedih pun mestilah tersangat sedih kan, antara scene yang paling sedih masa Kim Shin lenyap tu, sayu dan sebak je dengar Ji Eun Tak menangis teresak - esak, Lepas 9 tahun, Kim Shin datang balik tapi semua dah lupa tentang dia. Sampaila dia terjumpa Grim Reaper dan nasib baik Grim Reaper / Wang Yeo masih ingat pada dia. Masa Grim Reaper minta maaf pada Kim Shin dan Kim Shin pun memaafkannya tu juga sedih dan sebak. Lepas diorang dah berbaik, bromance pun kembali juga hehe, scene ketika Grim Reaper berpisah dengan Sunny juga sangat sedih. Selain itu scene - scene suspen dalam drama ini juga sangat best antaranya ketika Eun Tak cuba untuk menarik pedang yang ada di dada Kim Shin tu, scene ketika roh jahat Park Joong Hun yang dilakonkan oleh Kim Byung Chul, datang berjumpa Eun Tak buat pertama kalinya, memang nampak menakutkan mukanya, pandai diorang makeup rupa Park Joong Hun jadi scary macam tu. 
sung jae, lee dong wook dan gong yoo
Apa pun tak sangka juga pelakon Kim Byung Chul akan bawa watak jahat dalam drama ini sebab sebelum ini dia ada pegang watak komedi dalam Drama Shopping King Louis. Dari komedi terus ke watak jahat dan lakonannya sememangnya berkesan, malah berjaya menimbulkan rasa benci penonton pada wataknya. Selain itu scene ketika Yoo Duk Hwa berubah jadi orang lain tu pun memang best hehe, tak leh blah tengok reaksi Kim Shin dan Grim Reaper yang terkejut tengok Duk Hwa masa ni. Gelagat Secretary Kim yang baik dan pandai menari tu juga kelakar, nasiblah watak dia baik je dalam drama ni, sebab sebelum ni , dia ada pegang watak jahat dalam Drama Police Unit 38. Aku juga suka tengok Eun Tak berkawan baik dengan hantu - hantu tu semua, paling tak sangka bila makcik Eun Tak yang suka mendera Eun Tak tu pun jadi hantu dan masih menyusahkan Eun Tak walaupun dah jadi hantu. Aku juga tak faham kenapa Sunny nak seksa diri dia dengan menjauhkan / menghilangkan dirinya dari Kim Shin, Eun Tak dan Grim Reaper tu. Lagipun Kim Shin tu dah memaafkan Grim Reaper dan tak kisah kalau Sunny nak berkawan semula dengannya. Ending Goblin ini tak begitu happy ending bagi aku sebab masih sad ending juga. Lagipun Eun Tak mati dan Kim Shin terpaksa bersendirian terlalu lama untuk menunggu Eun Tak dilahirkan semula. 
Gong Yoo & Kim Go Eun
Bertambah sedih bila Wang Yo / Grim Reaper juga meninggalkan Kim Shin dan bersama Sunny untuk ke alam lain. Kesian pada Kim Shin yang terpaksa hidup seorang diri untuk menunggu Eun Tak. Aku teringin juga nak tahu apa jadi dengan Duk Hwa tu, nak tahu juga dengan siapa dia kahwin semua kan, tapi di episod akhir drama Goblin ini tak diceritakan pula pasal kisah Duk Hwa selepas Kim Shin bersendirian tu. Grim Reaper dan Sunny juga turut dilahirkan semula dan menjadi orang lain dan kedua - duanya juga kelihatan bahagia gitu. Tapi macam tak seronok pula bila mereka berdua memang tak kenal dengan Kim Shin dan Kim Shin pula hanya dapat memerhati mereka berdua dari jauh saja. Alangkah baiknya kalau Kim Shin cuba berkawan dengan mereka berdua kan, jadi tak adalah hidup dia sunyi sentiasa kan. Apa pun Korean Drama Goblin ini memang menghiburkan dan seronok untuk ditonton. Pada yang belum menonton cerita ini lagi, aku rekomenkan drama ini untuk korang tengok dan aku bagi 9.5 Bintang dari 10 Bintang untuk drama ini. 
Drama Korea Goblin
my signature

5 ulasan:

  1. Salam Jumaat, menyinggah bila ada sedikit kelapangan. Lama tak menerjah. X sempat nak kejar N3 tp ingatan tetap ada ! serius best citer ni

    BalasPadam
  2. memamng best layan goblin ni....thanks for sharing this :)

    BalasPadam
  3. best drama ni..sebab penuh misteri

    BalasPadam
  4. sama.. 9.5 bintang for this drama!! sebab kalau boleh mau panjang lagi..haha..

    BalasPadam
  5. tak suka sangat Kdrama tapi pernah tengok cerita ni episod 1 je lah hahaha. tu pun tak habis tengok. macam best juga.

    BalasPadam

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017