-->

24 Feb 2017

Legend Of The Blue Sea - Korean Drama Review

Review Drama Korea - Legend Of The Blue Sea Lakonan Lee Min Ho dan Jun Ji Hyun (Gianna Jun)
Review Drama Korea - Legend Of The Blue Sea

Assalammualaikum..
Rasanya ramai yang dah tengok Drama Korea Legend Of The Blue Sea yang baru saja habis disiarkan pada 25 Januari yang lalu. Drama 20 episod ini dilakonkan oleh Jun Ji Hyun, Lee Min Ho, Lee Hee Joon, Shin Won Ho, Sung Dong Il, Shin Hye Sun, Lee Ji Hoon,Na Young Hee, Moon Soo Ri, Hwang Shin Hye dan ramai lagi. Drama ini disiarkan bagi menggantikan Drama Jealousy Incarnate yang telah tamat episodnya dan akan digantikan pula dengan Drama Saimdang, Light's Diary. Pengarah drama ini pernah mengarah drama - drama popular yang lain seperti City Hunter, The Master's Sun, Doctor Stranger dan banyak lagi manakala penulis skrip drama ini pula pernah menulis skrip drama - drama hebat seperti My Love From The Star, The Producer dan lain - lain lagi. Selain itu, terdapat banyak artis / pelakon yang buat special appearance dalam drama ini seperti Krystal, Jin Young (Got 7), Cha Tae Hyun, Jo Jung Suk dan Kim Seul Gi. Memang excited juga bila dapat tahu Lee Min Ho dan Jun Ji Hyun yang jadi hero dan heroin drama ini malah pengarah dan penulis skrip drama ini juga sudah pernah bekerjasama dengan mereka dalam drama lakonan mereka yang terdahulu. Gandingan Lee Min Hoo dan Jun Ji Hyun juga nampak serasi dan comel, scene - scene lawak dalam drama ini memang terbaik sebab memang kelakar dan mencuit hati.
Lee Min Ho dan Jun Ji Hyun hero dan heroin drama korea legend of the blue sea
Pelakon Lee Ji Hoon yang membawakan watak Heo Chi Hyun iaitu adik tiri Heo Joon Jae yang dilakonkan oleh Lee Min Ho itu sangat familiar bagi aku. Fikir punya fikir baru teringat yang dia turut berlakon dalam Drama Mirror Of The Witch dan melakonkan watak Raja yang jahat dalam drama tersebut. Aku suka dengan jalan cerita drama ini sebab unik pastu siap ada flashback zaman dulu - dulu diikuti dengan zaman moden. Kebanyakan pelakon dalam drama ini juga memegang dua watak iaitu satu watak pada zaman dahulu dan juga watak pada zaman moden, kiranya macam konsep kelahiran semulalah kan. Nampak mencabar jugalah watak Jun Ji Hyun ini terutamanya bila dia menjadi Ikan Duyung itu, Selain itu scene - scene kelakar untuk watak Sim Chung ini juga memang sentiasa best. Banyak juga scene - scene suspen dalam drama ini, Memang puas hati tengok scene ketika mak tiri Heo Joon Jae iaitu Kang Soo Hee tu kantoi dan kena tangkap dengan polis. Awalnya aku kesian juga dengan Heo Chi Hyun itu, sebab dia nampak macam baik juga sebelum akhirnya berubah sikap dan memilih untuk melindungi ibunya yang jahat itu. Bapa Heo Joon Jae tu pun satu hal, lebih percayakan isterinya yang jahat itu daripada anak sendiri.
Kisah Duyung bercinta dengan manusia, the legend of the blue sea lakonan lee min ho dan jun ji hyun
Tak silap aku, Heo Joon Jae ini mempunyai kemahiran untuk mempengaruhi psikologi orang lain, dalam erti kata lain mempunyai kemahiran untuk pukau orang lain dengan hanya menggunakan pemetik api dia tu. Tapi kenapa dia tak gunakan kemahiran dia itu pada mak dan adik tirinya itu, jadi tak timbullah masalah kan. Selain itu aku juga suka tengok gelagat Cha Si Ah yang terlebih perasan kononnya Tae Oh suka padanya, tapi mujurlah di hujung - hujung episod Tae Oh benar - benar suka pada dia. Aku juga sukakan twist untuk watak Jo Nam Doo itu, awalnya aku ingatkan Jo Nam Doo ini juga jahat, kononnya ibarat musuh dalam selimut yang pentingkan duit semata - mata berbanding persahabatannya dengan Sim Chung dan Heo Joon Jae. Reaksinya ketika dia tahu yang Sim Chung sebenarnya Duyung itu juga memang menakutkan sebab nampak betul dia nak jual Sim Chung tu. Tapi nasiblah ada twist yang mana Jo Nam Doo tak sejahat yang disangka, walaupun dia ini mata duitan tapi dirinya masih mempunyai prinsip yang dipegangnya selama ini. Jo Nam Do ini memainkan peranan besar yang membolehkan Kang Soo He, Heo Chi Hyun dan Ma Dae Hyung ditangkap polis.
Jun Ji Hyun & Lee Min Hoo As Sim Chung and Heo Joon Jae in korean drama Legend Of The Blue Sea
Lagu tema / OST Legend Of The Blue Sea ini boleh tahan juga, manakala ending drama ini mestilah happy ending. Segala persoalan, masalah dan konflik semuanya sudah berakhir di episod 19. Manakala untuk episod 20, jalan cerita lebih fokus kepada kisah cinta Heo Joon Jae dan Sim Chung serta adakah mereka akan dapat bersama kerana Sim Chung terpaksa pulang ke tempat asalnya untuk mengubati dirinya yang lemah dan sakit. Tapi aku tidak begitu setuju dengan tindakan Sim Chung yang memadam semua ingatan dan memori tentang dirinya dari semua yang rapat dengannya termasuk Heo Joon Jae. Ini bermakna kesemua mereka akan lupa dan tak ingat lagi tentang dirinya. Walaubagaimanapun, nasib baik Heo Joon Jae sedaya upaya untuk terus mengingati Sim Chung denagn menulis kisah mereka di dalam diari. Sekiranya dia terlupa, dia akan cepat - cepat membaca diari tersebut. Dengan cara ini Heo Joon Jae akan terus mengingati dan mencintai Sim Chung. Tak silap aku, lepas 3 tahun Sim Chung kembali semula dan pergi mencari Heo Joon Jae. Sempat jugalah Heo Joon Jae berpura - pura lupa pada Sim Chung ini sebelum akhirnya mereka reunion semula. Aku memang enjoy layan drama ini, apa pun aku bagi 8 Bintang dari 10 Bintang untuk Drama The Legend Of The Blue Sea.

3 ulasan:

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017