11 Jan 2017

Sinopsis Drama Sayang Papa Saya Tak?

Sinopsis Drama Sayang Papa Saya Tak? (Astro)

Assalammualaikum..
Drama Sayang Papa Saya Tak? telah pun disiarkan di Astro Ria sejak 9 Januari yang lalu menggantikan Drama Isteri Tuan Ihsan yang telah tamat episodnya. Drama ini dilakonkan oleh Hisyam Hamid (Fariz), Emma Maembong (Raisya), Wan Sharmila, Aida Khalida, Seri Aileen, Luqman Hafidz, Sweet Farhanna, Eleena Sui, Haleeda dan ramai lagi. Drama 16 episod ini diarahkan oleh Amie Maziah dan diterbitkan oleh Suhan Movies & Trading Sdn Bhd. Seperti drama2 yang terdahulu, Drama ini juga merupakan adaptasi daripada Novel Sayang Papa Saya Tak? karya Novelis Hanni Ramsul. Aku rasa Emma Maembong memang sesuai betul dengan watak Raisya tu begitu gak dengan Hisyam Hamid, macam best gak drama ni kan, apa pun jom layann sinopsis cite ni kat bawah k..
Sinopsis Drama Sayang Papa Saya Tak?

Mengisahkan Raisya, gadis muda yang spontan, selamba dan mata duitan. Raisya yang enggan menyambung pelajaran, nekad melarikan diri dari rumah anak yatim yang dihuni dan mula bekerja sebagai pengasuh bayi di rumah keluarga Farish. Pengalaman dibesarkan di Rumah Asuhan Budi menjadikannya cekap dalam menguruskan Qalish, anak Farish yang dijaganya. Kecekapan dan keikhlasan Raisya menjaga Qalish menyentuh hati tua ibu Farish, puan Rogayah lantas diaturkan supaya Farish mengahwini Raisya. Farish yang murung sejak kematian bekas isterinya Kasih, telah didesak oleh ibunya untuk mengahwini Raisya demi masa depan Qalish. 
Raisya pula bersetuju berkahwin dengan imbuhan RM100,000. Dicap sebagai mata duitan oleh suami sendiri tidak berbekas di hati Raisya kerana yang lebih penting adalah sumbangannya kepada Rumah Asuhan Budi. Mereka berkahwin dan mula mencipta kisah yang penuh warna-warni dalam rumah tangga mereka. Saling mengenali satu sama lain, Raisya memberi impak positif untuk dia bangkit semula. Perlahan-lahan dia mula jatuh cinta untuk kali kedua, memberi ruang untuk Raisya sesuaikan diri sebagai seorang isteri. Namun emosi Raisya terdera dengan kehadiran Azyan, kawan baik arwah Kasih dan juga Aleya, bakal tunang Fakhrul, adik kembar Farish yang turut meninggal dunia bersama Kasih.
Lagu Tema / OST Sayang Papa Saya Tak
➤➤Girl Nyanyian Dafi


♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

Tiada ulasan:

Related Posts with Thumbnails