-->

31 Okt 2016

Senarai Lagu Minggu Ke-4 Gegar Vaganza 2016

Senarai Lagu - Lagu Minggu Ke-4 Gegar Vaganza 2016

Assalammualaikum..
Tema untuk minggu ke-4 Gegar Vaganza 2016 adalah Duet Vaganza, yang menyaksikan semua peserta GV3 akan berduet dengan bintang2 Gegar Vaganza musim pertama dan kedua. Lagu-lagu duet yang diorang dapat pun semuanya best-best belaka. Konsert ke-4 nanti mesti gempaknyer kan. Apapun jom tengok senarai lagu - lagu yang akan diorang nyanyikan di Konsert Gegar Vaganza 2016 Minggu Keempat nanti, kat bawah ni k..

Senarai Lagu - Lagu Minggu Ke-4 Konsert Gegar Vaganza 2016

- Ameng & Siti Nordiana - Nilai Cinta (Saloma & Ahmad Daud)
- Azharina & Haleeda - Doa Buat Kekasih (Khatija Ibrahim & Ramli Sarip)
- Elly Mazlien & Acong - Jangan Menangis Sayang (Safura & Oney)
- G-mie & Nizam - Pada Syurga Di Wajahmu (Lefthanded)
- Intan Sarafina & Fazli Zainal - Aku Yang Tersakiti (Judika)
- Nora & Ayai - Terlanjur Cinta (Rossa &  Pasha)
- Shidi & Ezlynn - Lamunan Terhenti (Aris Ariwatan)
- Siti Sarah & Rahmad - Bunga Angkasa (Terrarossa)
- Zarul & Faradhiya - Lelaki Ini (Anuar Zain)
- Zur Eda & Mamat - Rindu Bayangan (Carefree)
Read More »

Gegar Vaganza 2016 - Rem Tersingkir Di Minggu Ke-3

Rem Tersingkir Di Minggu Ke-3 Gegar Vaganza 2016

Assalammualaikum..
Nampaknya nasib tak menyebelahi Rem apabila tersingkir di Minggu Ketiga GV3 Ahad lalu. Rem dan juga Elly Mazlein berada di kedudukan Bottom Two. Alaa sayangnyer Rem terkeluar, tapi kalau Elly Mazlein yang terkeluar pun tak best gak sebab hilang seri GV3 ni nanti. Ni masalahnyer bila suka semua peserta hehehe. Rem menyanyikan lagu Penawar Rindu nyanyian asal Orkid Abdullah, manakala Elly Mazlein pula menyanyikan lagu dangdut Perawan atau Janda. Nampaknya Ameng Spring dan Elly Mazlein ada lupa lirik sikit masa persembahan diorang tapi still menghiburkan. Azharina berada di kedudukan pertama di minggu ini dan aku memang suka dengar suara Azharina ni sebab memang sedap. Teringin nak dengar die nyanyi lagu balada yang best2 macam lagu Seruan Jiwa yang sedap dan bernada tinggi tu. Dah 3 minggu kedudukan top 3 menjadi milik Azharina, Siti Sarah dan Zarul Umbrella. Diorang bertiga ni sentiasa berada di kedudukan Top 3 gitu. Persembahan Zarul memang Wow minggu ni sangat bertenaga dan gempak gitu bila menyanyikan lagu Generasiku (OAG). Persembahan Sarah juga best dengan kehadiran Shuib disitu, Apapun minggu ke-4 nanti bertemakan Duet, dan semua peserta akan berduet dengan Artis2 Gegar Vaganza Musim Pertama dan Kedua.
Read More »

29 Okt 2016

Minyak Herba Asma Mujarab Memang Berkesan

Minyak Herba Asma Mujarab Memang Berkesan

Assalammualaikum..
Baru - baru ni aku ada mengunakan Minyak Herba Asma Mujarab ni untuk selsema, batuk dan Asma. Yup aku memang ada Asma sejak dari kecil lagi dan pernah 2 kali masuk hospital sebab Asma ni jer. Jadi Minyak Herba Asma Mujarab ni memang satu keperluan bagi aku, tambahan lagi aku ni juga jenis senang nak Selsema. Bila dah Selsema tu mulalah die start batuk-batuk n then ada gelema / kahak. Part ada kahak ni lah yang paling tak suka sekali sebab ianya memang mengganggu betul, pastu ada bunyi semua. Lepas sapu Minyak Herba Asma Mujarab kat tempat2 yang disarankan seperti dada, leher dan lain-lain tu, akan rasa berangin gitu dan melegakan plus tidak rasa panas pun berbanding minyak2 lain, malah melancarkan penafasan gitu. Bukan aku jer yang guna minyak herba asma ni malah Mak aku pun guna sekali untuk sapu di kakinyer yang sakit dan lenguh-lenguh tu. Minyak Herba Asma Mujarab ni sangat sesuai untuk semua peringkat umur, dari bayi hinggalah ke orang tua.
Minyak ini dijamin halal dan selamat kerana ianya diproses oleh seorang Pakcik di Kampung yang sentiasa mengamalkan Perubatan Tradisional Asli. Maknanya ianya diproses 100% secara homemade sejak 40 tahun yang lalu dan dipasarkan secara Online lebih setahun. Proses penghasilan Minyak Herba Asma Mujarab ini secara tradisional dan ianya telah melepasi ujian Pusat Akta Racun Negara dan bebas dari sebarang bahan merbahaya. Selain itu minyak ini juga tidak pernah diproses daripada kilang bertaraf GMP atau di R&D semula di bawah Syarikat SDN. BHD. Ini kerana ingin menjaga kualiti ramuan herba rahsia warisan turun temurun. Minyak Herba Asma Mujarab ni sesuai untuk bayi berkahak, Muntah-Muntah, Lelah, Semput, Selsema, Kembung Perut, Sakit Perut, Sakit Gigi, Terseliuh, Sakit Urat, Terkena Api, Digigit Serangga atau Binatang Berbisa dan lain-lain lagi. Cara penggunaan Minyak Herba Asma Mujarab ini adalah dengan sapu minyak di bahagian dada, leher, tengkuk, atas belakang tiap kali selepas mandi dan sebelum tidur, lagi kerap sapu lagi baik. 
Minyak Herba Asma Mujarab ni mendapat sambutan yang tinggi di seluruh Malaysia dan di luar negara seperti Singapura, Brunei, Thailand, Indonesia, Myanmar, Bangladesh dan India. Jadi pada yang belum cuba menggunakan Minyak Herba Asma Mujarab ni, aku rekomenkan korang try Minyak Herba Asma yang berkesan ni. Tapi sebelum beli tu korang kena berhati - hati, pastikan korang beli Minyak Herba Asma yang Original / Asli bukannya Fake / Tiruan. Tambahan lagi minyak ini mendapat sambutan hangat di Malaysia dan juga di luar negara menyebabkan ada pihak yang tidak bertanggungjawab telah meniru produk Minyak Herba Asma Mujarab ini. Mereka menggunakan labels dan design yang sama, malah mereka juga cuba membuat R&D daripada kilang tanpa kebenaran pemilik asal. Maka dengan itu kita kenal pasti terlebih dahulu perbezaan Minyak Herba Asma Mujarab tu sama ada Asli atau Tiruan?.
Cara Untuk Mengenalpasti Antara Produk Asli dan Tiruan

Tiruan Peringkat Pertama
Tiruan Peringkat Kedua
Tiruan Peringkat Ketiga


Untuk memastikan Minyak Herba Asma Mujarab yang korang beli tu Original, korang boleh lihat di setiap botol Minyak Herba Asma Mujarab ini mempunyai HOLOGRAM, QR CODE & NOMBOR SIRI di BELAKANG BOTOL. Lihat contoh gambar di bawah.
Korang boleh Scan QR Code ini dengan menggunakan Smartphone dan setiap produk yang di scan akan mempunyai nombor siri berbeza di dalam sistem website. Hologram beserta sistem QR Code ini sudah dilekatkan dan sudah dipasarkan dari peringkat ke peringkat. Pastikan yang Original baru beli.
Untuk lebih mudah dan lebih faham, korang boleh rujuk video di bawah ni k..
Testimoni Pengguna Minyak Herba Asma Mujarab



Kalau Korang berminat nak mencuba Minyak Herba Asma Mujarab ni bolehla hubungi:-

--> HQ Encik Hafis : 0134806787 (Bahagian Pemasaran)
--> Puan Nurul : 0176239935 (Produk Owner)

Laman Web --> http://herbaasma.com/
Read More »

28 Okt 2016

Kesukaran Disudahi Kesenangan

Read More »

27 Okt 2016

Spray8 - Penjagaan Luka Semulajadi Yang Perlu Dimiliki Oleh Anda

Spray8, Furley Bioextracts, Spray 8 terbukti berkesan merawat untuk semua jenis luka termasuk luka kencing manis, melecur, gatal-gatal, ruam dan sesuai untuk semua jenis kulit.
Spray8 Penjagaan Luka Semulajadi Untuk Pemulihan Yang Pantas

Assalammualaikum..
Secara tak sengaja aku menemui satu produk best ni iaitu Spray8, so lepas ni tak perlu rasa risau dah kalau korang memiliki kulit sensitif, mahupun kulit korang rasa gatal - gatal, Ruam, Melecur dan sebagainya kerana sekarang dah ada penyelesaiannya iaitu Spray 8. Bagi pencinta haiwan khususnya kucing seperti aku ni selalu berdepan dengan risiko kulit tercalar mahupun terluka akibat dicakar kucing, tambah - tambah lagi kalau kucing tu sedang bergaduh sakan dan kita yang akhirnya yang kena gigit mahupun dicakar sebab nak meleraikan pergaduhan tu hehe. Nasib baik Furley Bioextracts ada mengeluarkan produk Spray 8 ni dan menyelesaikan segala masalah berkaitan kulit ni. Spray 8 ni sebenarnya adalah produk penjagaan luka tradisional yang mengandungi ekstrak herba yang mampu merawat kulit anda dengan baik, melegakan rasa gatal, mengeringkan luka dengan cepat serta menggalakkan pertumbuhan sel - sel baru.
Spray8 ini adalah ramuan semulajadi untuk rawatan yang tidak meninggalkan sisa pada kulit. Ia mengandungi bahan bioaktif dari ekstrak kulit Manggis yang mempunyai fungsi anti-inflamasi, dan ekstrak neem yang mempunyai fungsi anti-fungal, analgesik dan anti bakteria. Spray 8 terbukti berkesan untuk semua jenis luka termasuk luka kencing manis, melecur, gatal-gatal, ruam dan sesuai untuk semua jenis kulit. Menurut laporan kajian saintifik, komponen asas Spray 8 ni mempunyai kesan merawat ke atas pelbagai jenis penyakit kulit, luka septik dan luka yang telah dijangkiti kuman. Spray 8 ni juga telah mendapat pensijilan HALAL oleh JAKIM, Kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan kilang mendapat pensijilan HACCP & GMP. Spray 8 ni mudah dan sedia untuk digunakan pada bila - bila masa, tambahan lagi botolnya yang tidak begitu besar memudahkan kita membawanya ke mana-mana saja, selamat digunakan, tiada alkohol atau steroid, tiada surfaktan mahupun bahan kimia, tiada rasa gatal ataupun pedih dan mempunyai formula penyerapan pantas, ianya adalah penyembuhan yang tidak menyakitkan dan berkesan.
Selain itu, Spray8 turut mengatasi masalah - masalah seperti :-
  • Luka Diabetes
  • Luka Pembedahan / Bekas Jahitan / Parut Lama
  • Ekzema
  • Kulit Sensitif
  • Bed Sore ( luka akibat lama tidak bergerak)
  • Nekrosis ( sel mati )
  • Lepuh Air Panas
  • Varikos ( biasanya di kaki disebabkan salur darah rosak)
  • Calar
  • Kulit Rapuh (orang tua)
  • Ruam Lampin
  • Gatal - Gatal Kulit
  • Campak
Antara Kelebihan Spray8 ini adalah :-
  • Membunuh Bakteria Berbahaya
  • Mengeringkan Luka Tanpa Keretakan Kulit
  • Menggalakkan Pertumbuhan Sel - Sel Baru
  • Menggalakkan Pembinaan Kapilari Baru
  • Pantas Mengurangkan Inflamasi dan Kegatalan (anti histamin)
  • Menghalang Pembentukan Lepuh ( air panas)
Cara Penggunaan Spray 8

Sangat senang, tidak perlu digoncang hanya bersihkan luka terlebih dahulu, kemudian sembur/ spray Spray8 keatas kulit atau luka, pastikan kena pada semua permukaan luka. Kemudian biarkan ia meresap ke dalam kulit. Anggaran: 1 Spray untuk luka sebesar 50 sen. Selepas itu biarkan kering dan jangan dibilas atau di lap, untuk kesan lebih cepat gunakan secara berterusan, 3 kali sehari dan alami perubahannya. Mesti korang tertanya - tanya kan tentang harga Spray 8 ni kan, jangan risau harga Spray 8 ni berpatutan dan mampu milik iaitu RM50 untuk 100ml dan RM35 untuk 50ml.   
Cara Untuk Dapatkan Spray8

Korang berminat untuk dapatkan Spray 8 ni? tunggu apa lagi jom ramai2 ke sini --> https://store.furleybio.com/spray8-wound-care-100ml.html?___store=my&acc=124 untuk pembelian secara online di websitenyer. ISTIMEWA dan KHAS untuk semua pembaca Blog Miss BaNu StoRy ni, korang akan dapat DISKAUN sebanyak RM10 untuk setiap pembelian produk Spray 8 ni, dengan hanya masukkan COUPON CODE ni --> FBIO-7RT ketika membuat pembelian di websitenyer, Contoh ruangan yang perlu dimasukkan Code yang aku bagi tu adalah seperti kat bawah ni k..
Diskaun, Coupon Code, Pembelian, Spray8,
Ataupun korang just klik ---> SINI.. untuk terus membuat pembelian di website tersebut. Spray8 antara produk yang terlaris gitu, jadi rugi kalau tak dapatkannyer. Spray8 ni sesuai digunakan untuk seisi keluarga. Untuk Keterangan dan Maklumat lanjut, korang boleh singgah ke website ataupun media sosial Furley Bioextracts kat bawah ni k..

Read More »

26 Okt 2016

Gary Tinggalkan Running Man

Gary Tinggalkan Running Man Selepas 6 Tahun Jadi Ahli Tetap

Selepas enam tahun bersama Running Man, Gary mengucapkan selamat tinggal kepada program permainan realiti yang menjadi fenomena global itu, hari ini. Pengunduran bintang berusia 38 tahun itu diumumkan stesen SBS, yang memaklumkan keputusan Gary itu adalah bagi menumpukan semula perhatian terhadap kerjaya muziknya. "Tahun ini, beliau ada memberitahu produksi mengenai rancangannya untuk meninggalkan Running Man bagi memperuntukkan masa dengan muzik, selain mahu menyambung pengajian. "Walaupun kakitangan dan semua bintang lain memujuknya supaya mengubah fikiran, beliau tetap dengan keputusan terbabit. Seluruh produksi juga sebulat suara menghormati keputusannya itu," kata wakil SBS. Pada masa sama, produksi rancangan terbabit turut menyatakan rasa terima kasih atas dedikasi dan kesungguhan Gary menjayakan program popular berkenaan, sejak musim pertama hingga kini, sekali gus mendoakan kerjaya muzik lelaki itu terus berjaya. Gary atau nama sebenarnya Kang Hee-gun memulakan kerjaya seni sebagai penyanyi rap sekitar 1996 selain aktif dalam arena muzik selaku komposer dan penerbit sebelum dikenali sebagai personaliti televisyen. Pengundurannya daripada rancangan itu secara tidak langsung meninggalkan pasangan 'Monday Couplenya', Song Ji-hyo, yang juga satu-satunya peserta wanita dalam program terbabit, selain Yoo Jae-suk, Haha, Ji Suk-jin, Kim Jong-kook dan Lee Kwang-soo. Menerusi pengumuman sama, SBS menyatakan, aksi terakhir bintang yang bersama pasukan mereka sejak Julai 2010 itu akan dapat diikuti pada episod siaran 31 Oktober ini. Credit to Berita Harian. Huhuhu sedihnyer bila Gary nak keluar RM, Dulu pun die pernah nak keluar Runing Man tapi tak jadi, tapi kali ni die confirm keluar RM..huhu will miss you Gary..




































Read More »

25 Okt 2016

Episod Akhir Patahnya Sebelah Sayap

Episod Akhir Drama Patahnya Sebelah Sayap Tv3

Assalammualaikum..
Rasanya ramai yang tak sabar nak menonton episod akhir Drama Patahnya Sebelah Sayap ni kan, drama ni berjaya menarik minat penonton untuk menontonnya kerana jalan ceritanyer yang best, unik, lain dari yang lain dan berjaya buat penonton geram dengan watak2 dalam drama ni seperti watak Amzar lakonan Izzue Islam dan Mak Amzar tu. Penyabar sungguh si Alisya (Ummi Nazeera) ni, bila adik die dah meninggal baru la nampak Alisya ni jadi lebih berani gitu. Manakala si Amzar ni makin giler plak n Khuzairi A.K.A Abang Muka Ketat (Aeril Zafrel) pula mula rasa yang Alisha tak bersalah dan start rasa kesian kat Alisya ni. Apapun aku tak nafikan yang di permulaan jalan cerita drama ni memang ada sedikit persamaan dengan drama Korea Secret tu cuma bila masuk di pertengahan cerita, jalan ceritanya mula bertukar dan tak sama macam drama Korea dah. Hope lepas ni akan ada drama2 yang best macam cite ni sebab dah boring kot asyik2 kahwin paksa bagai ni.
Read More »

24 Okt 2016

Uncontrollably Fond - Review Drama Korea

Korean Drama Review - Uncontrollably Fond

Assalammualaikum..
Drama Uncontrollably Fond ni dah habis disiarkan pada 8 September yang lalu dan tarikan utama drama ni mestilah sebab pelakonnya sangat popular gitu iaitu Kim Woo Bin dan Suzy. Drama ni memang bergenre melodrama gitu dan mempunyai banyak scene2 sedih dan tragis, kiranya drama air mata gitu hehehe. Drama ini mempunyai 20 episod dan dilakonkan oleh Kim Woo Bin, Suzy, Lim Ju Hwan, Lim Ju Eun, Jin Kyung, Lee Seo Won, Yu Oh Seong, Jun Sun Kyung, Ryu Won dan ramai lagi. Penulis skrip drama ni dah pernah menulis skrip untuk drama2 popular seperti A Love To Kill, The Innocent Man dan lain2 lagi. Kalau tengok dari drama2 yang terdahulu yang dihasilkan oleh penulis skrip drama ni, memang dah boleh agak yang penulis skrip drama ni gemar menghasilkan skrip2 yang sedih, tragis dan melodrama. Lakonan Kim Woo Bin sebagai watak Shin Joon Young juga sangat cemerlang dan menyakinkan sekali. Ada ramai juga pelakon yang jadi cameo dalam drama ni seperti Lee Joon Ho, Lee Yoo Bi, Yoon Park dan ramai lagi. Drama ini akan digantikan dengan drama On The Way To The Airport.
Apapun memang geram tengok watak jahat dalam drama ni iaitu bapa kandung Shin Joon Young iaitu Choi Hyun Joon dan isterinya tu iaitu Lee Eun Soo. Paling geram mestila kat Isteri Choi Hyun Joon tu, nampak jer baik n lemah lembut tapi sebenarnya jahat giler, sampai anak sendiri pun die sanggup sabotaj. Nasiblah masa penghujung cerita Choi Hyun Joon tu akan sedar kesalahannya dan serah diri pada polis. Tapi tulah isteri die terlepas plak, patutnya isteri die tu pun kena dapat pengajaran juga tapi senang2 terlepas. Dari awal cerita memang penonton akan tahu yang watak hero akan mati di akhir cerita disebabkan penyakitnya, namun ramai juga yang mengharapkan yang watak hero akan happy ending. Kalau kita imbas balik ending drama The Innocent Man yang mana watak hero juga menghidap penyakit dan akan mati, namun die berjaya hidup selepas pembedahan tapi berbeza dengan drama Uncontrollably Fond ni sebab watak hero memang akan mati cuma sebelum die mati tu semua masalahnya dah selesai dan die dapat hidup dengan tenang disamping gadis kesayangannya iaitu No Eul. Walaubagaimanapun agak stress tengok watak Mak Shin Joon Young yang layann anak die dengan teruk sekali selepas kecewa anak die tak nak jadi peguam sebaliknya jadi artis. Shin Joon Young pun satu, patutnya terus terang jerlaa dengan mak die, kan senang.
Selain tu tak leh blah tengok karakter Shin Joon Young yang tak tetap pendirian, awalnya bukan main lagi dok ngorat No Eul tu, lepas tu boleh plak tak hiraukan No Eul tu plak. Nasiblah No Eul tu dapat tahu tentang penyakit S. Joon Young tu secara tak sengaja. No Eul ni plak, die dari awal dah hidup susah sebab tu die sangat obses dengan duit dan sanggup buat apa saja asalkan dapat duit walaupun duit yang die dapat tu dari musuh ketat die tapi die still terima duit tu. Lim Ju Eun yang pegang watak sebagai Yoon Jung Eun tu sangat mirip dengan pelakon popular Park Shin Hye. Tak sangka ada ramai juga pelakon yang ada iras2 wajah Park Shin Hye ni. Selain tu tak leh blah plak tengok anak bongsu Choi Hyun Joon iaitu Ha Roo bercinta dengan adik No Eul iaitu No Jik sedangkan keluarga diorang ni kan ada sejarah hitam gitu. Apapun kisah percintaan diorang ni tergantung sebab dah putus disebabkan masalah keluarga diorang. Banyak juga pengajaran dalam drama ni, tentang bagaimana nasib orang miskin yang tidak terbela selagi orang kaya masih melakukan rasuah secara berleluasa dan sering terlepas dari undang2, sedangkan yang kaya akan terus kaya manakala yang miskin akan terus tertindas. Kagum tengok sikap Shin Joon Young yang cuba mencari keadilan buat No Eul walaupun dirinya menderita dengan penyakitnya serta kesalahannya pada No Eul.
Aku rasa semua pelakon dalam drama ni memang memberikan yang terbaik pada watak masing2, nampak real jer lakonan diorang tu. Lagu Tema / OST drama ni juga sedap didengar, aku tengok banyak lokasi shooting drama ni dibuat kat tempat yang cantik - cantik belaka, banyak pemandangan indah gitu, salji turunlah, daun - daun kering berguguranlah, kawasan perumahan tepi laut dan banyak lagi tempat2 yang cantik dalam drama ni. Aku selalu menonton drama ni kat TV jer hehehe malas nak tengok kat tenet, tapi kalau ada episod2 yang aku rasa best, aku akan tonton kat tenet. Ending drama ni memang dah dijangka tapi sedihla juga sebab No Eul akhirnya meneruskan kehidupannya dengan lebih tenang dan mengingati S.Joon Young. Aku rasa akan lebih bagus kalau No Eul dan Shin Joon Young tu kahwin sebelum S.J.Young tu mati kan. Lagi bagus kalau diorang ada anak, kesian jugalah kat mak S.J.Young tu sebab anak die dah takde tapi nasiblah ada seseorang yang memang akan menjaga dan menyayangi mak S.J.Young tu. Scene masa Mak S.J.Young datang melawat S.J.Young kat rumah die tu sangat sedih juga bila S.J.Young dah tak kenal dengan mak die sendiri. Tapi lepas die makan masakan mak die tu semua baru die teringat semula dan diorang menangis semua. Last Scene die dengan No Eul tu pun sedih jugak.
Aku rase sesape yang suka tengok drama yang ada banyak konflik, melodrama semua memang patut tengok drama ni, walaupun ianya akan buat korang jadi geram sedikit, tapi berbaloi menonton cite ni. Aku bagi 8.5 Bintang dari 10 Bintang untuk drama ni. 
Read More »

21 Okt 2016

Sinopsis Filem Volkswagen Kuning

Sinopsis Filem Volkswagen Kuning Lakonan Pekin Ibrahim & Atikah Suhaime

Assalammualaikum..
Filem Volkswagen Kuning telah pun ditayangkan di Pawagam bermula 22 September 2016 yang lalu. Filem seram ni diarahkan oleh Shadan Hashim dan dilakonkan oleh Pekin Ibrahim, Atikah Suhaime, Shahronizam, Azman Hasan, Mak Jah, Aida Othman, Fatin Afeefa serta ramai lagi. Filem Volkswagen Kuning ini diterbitkan oleh MIG dan merupakan filem ke 115 terbitan MIG. Wahh banyak giler filem2 keluaran MIG ni. Apapun jom layann sinopsis cite ni kat bawah k..

Sinopsis Filem Volkswagen Kuning

Mengisahkan tentang Fuad (Pekin Ibrahim) dan tunangnya Sarah (Atikah Suhaime) dalam perjalanan pulang ke kampung Fuad. Sebelum sampai ke kampung, Fuad bercadang untuk berhenti makan di sebuah kedai ikan patin yang dikatakan sedap. Mereka menggunakan Waze untuk sampai ke sana tetapi tersesat disebabkan capaian internet tiada. Mereka sampai juga ke kedai tersebut tetapi sudah malam dan tempat yang dikatakan tidak seperti apa yang mereka bayangkan. Mereka berdua mengambil keputusan untuk meneruskan perjalanan pulang ke kampung. Mungkin disebabkan lapar dan ada perasaan yang dipendam oleh Sarah, mereka berdua bergaduh dalam perjalanan. 
Ketika sedang bergaduh itu mereka diganggu oleh Volkswagen Kuning dan menyebabkan mereka terlibat dengan kemalangan. Fuad kemudiannya ditahan di wad, manakala Sarah mengalami kecederaan ringan. Raudhah, kakak Sarah datang untuk menjemput Sarah pulang ke bandar, sementara menunggu Fuad pulih dari kecederaan. Tanpa diduga, Sarah membawa pulang 'sesuatu' bersamanya. Pak Ayob, bapa saudara Fuad mula menyiasat tentang gangguan dan punca kemalangan yang menimpa Fuad. Hasil penyiasatan itu, telah membuka kembali sejarah hitam yang pernah berlaku di kampung itu. Apa yang bakal berlaku seterusnya?
Read More »

19 Okt 2016

Doa Murah Rezeki

Moga lepas ni makin bertambah rezeki kita semua.. Aminnn
Read More »

18 Okt 2016

Kedudukan Peserta Gegar Vaganza 2016 Selepas Konsert Pertama

Kedudukan Peserta Gegar Vaganza 2016 Selepas Konsert Minggu Pertama

Assalammualaikum..
Semalam bermulanya Konsert Gegar Vaganza Musim Ke-3 yang dihoskan oleh Nabil dan Jihan Muse. Ramai yang menonton GV semalam, blogger pun masing2 dah up entry pasal GV ni siap mention sokong team mana gitu. Bagi aku plak aku suka semua peserta hahaha tapi kalau favourite tu aku suka hampir semua peserta yang ada misalnya Azharina, Elly Mazlein, Nora, Intan Sarafina, Siti Sarah, Rem, Ameng, Zarul, Shidi Data, Gmie Screen. Aku rasa Ameng Spring tu patut nyanyi lagu lain sbb banyak lagu popular die ni n Gmie Screen tu plak patut nyanyi lagu Bila Cinta Di Dusta. Apapun memang enjoy layan Gegar Vaganza 2016 ni. Jom tengok Kedudukan Peserta GV3 ni berdasarkan Markah dari Juri Profesional selepas Konsert Minggu Pertama kat bawah ni k. (sumber dari Astro Gempak)

1) Siti Sarah
2) Azharina
3) Zarul Umbrella
4) Nora
5) Rem
6) Shidi Data
7) Intan Sarafina
8) Zur Eda
9) Elly Mazlein
10) Gmie Screen
11) Ameng Spring
12) Razis Ismail
Tahniah buat Siti Sarah kerana berjaya mendapat markah tertinggi dari Juri untuk minggu pertama. Di minggu akan datang pasti lebih sengit lagi. Apapun jom tengok Senarai Lagu yang akan dinyanyikan oleh peserta Gegar Vaganza 2016 untuk Konsert Minggu Kedua kat bawah ni k..

1. Teratai Layu Ditasik Madu - Siti Sarah
2. Sinaran - Azharina
3. Untukmu Selamanya - Zarul
4. Setelah Aku Kau Miliki - Nora
5. Suratan Atau Kebetulan - Rem
6. Meneka Dalam Kesamaran - Shidi Data
7. Berpaut Didahan Cinta - Zur Eda
8. Berpisah Jua - Elly Mazlien
9. Januari - Gmie Screen
10. Epilog Cinta Dari Bromly - Ameng Spring
11. Bunga Pujaan - Razif Ismail
12. Pudar - Intan Sarafina
Read More »

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017