-->

26 Nov 2016

Sinopsis Drama Ainur Mardhiyah TV9 & TV3

Sinopsis Drama Ainur Mardhiyah Slot Azalea TV9 & TV3

Assalammualaikum..
Drama Ainur Mardhiyah adalah drama terbaru di Slot Azalea TV9 & TV3 menggantikan drama Amsyar yang telah tamat episodnya. Drama ini mula disiarkan pada 22 November yang lalu, setiap Selasa hingga Ahad. Antara pelakon yang membintangi drama ini terdiri daripada Sura Sojangi sebagai watak Dhiya, Zahiril Adzim sebagai Saiful, Khaty Azean, Niezam Zaidi sbg Kiflie, Fara Mendoza, Neera Azizi, Rahim Kidol, Delimawati, Bella Nazari, Ahya Rosli, Zaryn Zaryn, Ramli Salleh dan ramai lagi. Drama 20 episod ini diarahkan oleh Zamri Zakaria dan diterbitkan oleh Creative Skill Solution Sdn Bhd. Apapun nampak menarik gak drama ni, jom tengok sinopsis cite ni kat bawah k..

Sinopsis Drama Ainur Mardhiyah

Mengisahkah Ainur Mardhiyah (Dhiya), seorang anak luar nikah yang lahir selepas ibunya diperkosa. Selepas dilahirkan ibunya Mar meninggalkan Dhiya kepada orang tuanya dan dia tidak diakui sebagai anaknya sendiri. Mar merantau ke Kuala Lumpur bagi memulakan kehidupan baru dan membuka perniagaan butik. Sejak itu, dia tidak lagi pulang ke kampung. Dhiya yang dibesarkan oleh datuk dan neneknya mempunyai dua sahabat baik iaitu Saiful dan Kiflie yang masing-masing menunggu keputusan masuk ke universiti. Dalam diam, Saiful menaruh hati terhadap Dhiya. Namun hubungan mereka tidak disenangi Maya yang turut menaruh hati pada Saiful. Maya kemudian menghasut ketua kampung dan isterinya Che Yam untuk membenci Dhiya. Maya dan ayahnya Malim, punya agenda tersendiri terhadap keluarga Saiful yang banyak harta dan tanah itu.


Keadaan menjadi lebih rumit apabila datuk dan nenek Dhiya meninggal dunia akibat kemalangan. Segala harta diwariskan kepada Dhiya dibolot Mar. Sedikit pun tidak dipedulikan akan nasib Dhiya. Hidup Dhiya sehelai sepinggan sehingga dia terpaksa melarikan diri akibat difitnah. Saiful dan Kiflie cuba mencari Dhiya namun tidak ketemu. Setelah empat tahun, barulah Dhiya meneruskan pelajaran selepas bekerja dahulu untuk mengumpul wang. Dia berkenalan dengan Aina, anak kandung Mar dari suami barunya. Aina tertarik untuk membantu walaupun Dhiya berat untuk menerimanya. Mereka belajar di tempat sama dan mulai rapat tanpa menyedari mereka adik-beradik. Aina juga tawarkan Dhiya kerja di butik ibunya ketika ibunya ke luar negara untuk satu projek jangka panjang. Sejak itu, butik tersebut maju. Ketika itulah, Dhiya bertemu Saiful dan Kiflie semula. Saiful cuba yakinkan Dhiya akan perasaannya. Aina pula menaruh hati pada Kiflie dalam diam. Namun, dia rasa cemburu akan hubungan rapat Kiflie dan Dhiya. Akhirnya, dia malu sendiri bila tahu hakikat sebenarnya. Mulai saat itu, mereka berempat jadi rapat dan bekerjasama dalam beberapa projek.



Lagu Tema / OST Ainur Mardhiyah

💗 Menatap Dalam Mimpi Nyanyian Dato Siti Nurhaliza
💗 Biar Nyanyian Najwa Latiff
💗 Andai Ku Bisa Nyanyian Iskandar
💗 Luar Biasa Nyanyian Diana Danielle

1 ulasan:

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017