-->

14 Okt 2016

Sinopsis Drama Suri Hati Mr Pilot

Sinopsis Drama Suri Hati Mr Pilot (Astro)

Assalammualaikum..
Drama Suri Hati Mr Pilot sudah pun mula disiarkan di Astro Ria bermula 10 Oktober yang lalu menggantikan Drama Abang Bomba I Love You yang telah tamat episodnya. Drama ini merupakan adaptasi daripada Novel Suri Hati Mr Pilot karya Novelis Dyla Dyna dan dilakonkan oleh Fattah Amin, Neelofa, Ben Amir, Eleena, Alvin Chong, Mas Khan, Azar Azmi, Fahad Iman, Aleza Shadan, Nina Juren, Eina Azman serta ramai lagi, Drama 16 episod ini diarahkan oleh Michael Ang dan merupakan terbitan Cube Film Sdn Bhd. Memang nampak best drama ni, tambahan lagi dah lama tak nampak Neelofa berlakon drama kan. Apapun jom layannn sinopsis cite ni kat bawah ..
Sinopsis Drama Suri Hati Mr Pilot

Pertemuan Ejaz, Mr. Pilot dan Warda membuka semula lembaran kisah dua tahun lalu. Peristiwa yang menyebabkan Warda dibuang keluarga atas kebodohan sendiri yang terlalu taksub dengan cinta Muslim. Getar yang hadir buat jiwa Warda dan Ejaz kalut sendiri. Ejaz diasak cemburu dengan kehadiran Daniel dan Razif yang turut menyimpan perasaan istimewa pada Warda. Akhirnya dia nekad untuk mengahwini WardaPerkahwinan yang terbina mula menimbulkan bibit cinta di hati mereka. Namun tika bahagia berada di puncak, Muslim kembali menuntut cinta. Inara mula menyusun rencana. Ejaz mula diburu curiga. Hubungan yang retak menanti belah akhirnya runtuh saat satu kemalangan menimpa Ejaz dan meragut pergi semua impian dan cintanya buat Warda dan dunia penerbangan. Masih adakah lagi bahagia buat mereka? Layakkah Warda menjadi suri hati buat Mr. Pilotnya? Atau akan menjadi racun berbisa pada kebahagiaan Ejaz?

Lagu Tema / OST Suri Hati Mr Pilot
--> Selamanya Cinta Nyanyian Shila Amzah & Alif Satar

2 ulasan:

  1. Kt rmh xda ria. Tp td tgk parodi meletop. Lucu gila.hahaha

    Oh ya, sudilah spend time utk visit blog saya ya, now tgh run giveaway dan ad hadiah best dan syarat sng gila😆

    BalasPadam

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017