-->

1 Jun 2016

Sinopsis Drama Lambaian Ramadan TV3 (Slot Samarinda)

Sinopsis Drama Lambaian Ramadan TV3 (Slot Samarinda)

Assalammualaikum..
Drama Lambaian Ramadan adalah drama terbaru di Slot Samarinda Tv3 menggantikan drama Demi Cinta Ain yang telah tamat episodnya. Drama ini dilakonkan oleh Adi Putra, Elizad Sharifuddin, Puteri Balqis, Reen Rahim, Qazim Nor, Muntazar Ghufran, Izz Ilham dan ramai lagi. Wow banyak pelakon best2 dalam drama ni disamping itu, drama2 untuk siaran bulan Ramadan sememangnya mendapat sambutan penonton. Drama Lambaian Ramadan ini mempunyai 13 episod dan diarahkan oleh Along Kamaluddin serta diterbitkan oleh A.Aida Production Sdn Bhd. Aku dah tengok episod pertama drama ni n sememangnya best dan penuh emosi gitu. Apapun jom layannn sinopsis cite ni kat bawah k. Selamat Menonton..

Sinopsis Drama Lambaian Ramadan

Mengisahkan kehidupan rumah tangga Adam (Adi Putra) dan Shila (Siti Elizad) bersama tiga anak, Iman (Izz Ilham), Iskandar (Muntazar Ghani), Nurin (Puteri Balqis). Kebahagiaan dikecapi pasangan ini mula bergolak dengan kehadiran Warda (Reen Rahim) yang berjaya menawan hati Adam. Warda merupakan kekasih lama Adam yang baru pulang dari luar negara. Warda merayu semula cinta Adam malah sanggup bermadu. Shila yang tahu hubungan Adam dan Warda tidak mampu menghalangnya kerana dialah yang merampas Adam daripada Warda 14 tahun yang lalu. Adam main kayu tiga demi kepentingan perniagaannya sehingga mengabaikan tanggungjawab sebagai suami dan bapa. Tanpa disedari, anak ketiga mereka, Nurin menghidap penyakit kronik. Apa yang bakal berlaku seterusnya? dapatkah rumah tangga Adam dan Shila kembali pulih? Bagaimana pula dengan nasib anak mereka iaitu Nurin?..

Lagu Tema / OST Lambaian Ramadan
--> Ingatkan Dia Nyanyian Wings


1 ulasan:

  1. semalam baru dpt tgk..best..best dari demi cinta ain tu..bagi akaklah..better drama melayu gini kan..daripada kisah cinta dgn org tu org ni..c ada pengajaran langsung..

    BalasPadam

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017