-->

30 Jun 2016

Sinopsis Drama Ketupat Palas Mr Handsome TV3

Sinopsis Drama Ketupat Palas Mr. Handsome Slot Lestary TV3

Assalammualaikum..
Drama Ketupat Palas Mr. Handsome adalah drama terbaru di Slot Lestary TV3 menggantikan drama Mak Cun yang telah tamat episodnya. Drama ni dilakonkan oleh Mira Filzah, Fattah Amin, Aisya Hasnaa, Shah Sulaiman, Eyka Farhana, Marisa Yasmin dan ramai lagi. Drama Ketupat Palas Mr. Handsome ni dah disiarkan di Tv3 mulai 23 Jun yang lalu dan mempunyai 13 episod. Gandingan pertama Fattah Amin dengan Mira Filzah yang qiut tu nampak okey gak, jalan ceritanyer pun agak menarik juga. Apapun jom layann sinopsis cite ni kat bawah k..
Sinopsis Drama Ketupat Palas Mr. Handsome

Kruz berasal dari keluarga berada. Dia telah memenangi pertandingan Mr. Handsome yang dianjurkan oleh satu majalah ternama. Namun apa yang tidak diketahuinya adalah sebagai pemenang, dia perlu melaksanakan kerja-kerja kemasyarakatan di sebuah kampung yang terpencil sepanjang bulan Ramadan. Di hadapan kamera, dia akan berlakon mengerjakan tugasannya, namun di belakang kamera dia menyuruh pembantunya, Jintan Manis lakukan tugasannya. Kemudian dia bertemu dengan Ayu dan jatuh hati kepadanya. Ayu tidak seperti bekas kekasihnya kerana Ayu pintar, sopan dan cantik luar dan dalam. Secara perlahan-lahan, Kruz berubah menjadi lebih baik. Namun, kerana Salah faham, Ayu memikirkan yang Kruz hanyalah ingin memainkan perasaaanya sahaja.

Lagu Tema / OST Ketupat Palas Mr Handsome
--> Bagai Hidup Semula Nyanyian Aizat Amdan

3 ulasan:

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017