-->

7 Jun 2016

Sinopsis Drama Cinta 11 Syarat

Drama Adaptasi Novel Cinta 11 Syarat

Assalammualaikum..
Drama Cinta 11 Syarat adalah drama terbaru yang disiarkan di Astro Prima / Maya HD sepanjang bulan Ramadan ini menggantikan drama Akadku Yang Terakhir yang telah tamat episodnya. Drama ini mempunyai 20 episod dan dilakonkan oleh Aqasha, Bella Dally, Iqram Dinzly, Syamin Azlah, Anne Abdulah, Farisha Irwayu, Afifah Nasir, Kazar, Delimawati, Helmi Husaini serta ramai lagi. Drama ini merupakan adaptasi daripada Novel Cinta 11 Syarat Karya novelis Muna Mahira dan drama ini diterbitkan oleh Global Station Sdn Bhd. Aku tak baca novel so nak tahu gak apa yang 11 syarat tu kan hehehe. Nampak macam menarik juga jalan cerita drama ni, apaun jom layannn sinopsis cite ni kat bawah k..
Sinopsis Drama Cinta 11 Syarat

Rasya - Pelajar tahun akhir yang bijak. Dia tidak pernah berkasih lagikan bercinta. Itu syarat ayahnya selagi dirinya bergelar pelajar. Tapi kenapa dirinya yang karam dibadai cinta pasangan lain? Tidak semena-mena kesuciannya diragut orang yang cukup dipercayainya. Kelam terus masa depan dek insiden hitam itu. Bertambah berat beban yang terpaksa dipikul kala diri dikhabarkan berbadan dua. Mana mahu diletakkan muka kala ceritanya sebagai perempuan sundal dicanang sekampung? Orang lain yang kecewa bercinta, dia pula yang terpaksa merana! Hidupnya yang tenang dan indah selama ini berputar 360 darjah. Haziq aka Komeng – Seboleh mungkin dia mengelak daripada perempuan-perempuan bebas di kota lantaran kerjanya yang sentiasa dihimpit perempuan sebegitu. Dahulunya sentiasa berbuat dajal namun tiba-tiba dia melamar Rasya biar nama itu sudah busuk sekampung. Lalu motifnya dipersoalkan. Manakan tidak, dia satu-satunya orang yang hampir membunuh Rasya. Bukan sekali tetapi dua kali!

Bersatulah Rasya dan Haziq dengan meriah untuk mengelak salah faham orang kampung. Biarpun tidak dipersetujui oleh umi Haziq, dia tetap meneruskan rancangannya. Rasya pula akur setelah segala syarat untuk menidakkan lamaran Komeng dengan mudah dilaksanakan. Bencinya berkahwin dengan lelaki yang hampir menyebabkan dia mati! Antara takut, sakit hati dan budi Haziq, membuatkannya berada di persimpangan. Mahu marah sungguh-sungguh tetapi kata-katanya terikat pula. Namun, mahu melanjutkan satu semester yang tinggal, dia perlu akur 10 syarat Haziq yang nampak remeh tetapi menyesak dadanya. Bermulalah hidupnya kucar-kacir kerana syarat-syarat Haziq. Tetapi, tidak kepada Haziq kerana syarat-syarat itu menambah ceriakan rumah tangganya dengan keletah Rasya yang sekejap manja, sekejap keras hati. Penerimaan Rasya terhadap Haziq menyebabkan Syahrie tidak keruan kerana dia yakin Komeng berniat jahat. Dia tambah tidak ketahuan rasa apabila naluri kebapaannya menular laju di ruang hati setelah mengetahui Rasya hamilkan anaknya atas kesilapan yang tidak disengajakan. Dia tekad mahu kejar Rasya.

Lagu Tema / OST Cinta 11 Syarat
--> Katakan Nyanyian Harris Baba

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017