-->

2 Mei 2016

Raja Ilya & Izreen Tersingkir - Gempak Superstar

Raja Ilya & Izreen Azminda Tersingkir Di Minggu Ke-4 Gempak Superstar

Assalammualaikum..
Tak sangka ada 2 penyingkiran di minggu ke-4 Gempak Superstar ni, ingatkan ada satu penyingkiran jer. Raja Ilya dan Izreen Azminda tersingkir di minggu ini manakala Nazim Othman turut berada di kedudukan bottom three. Minggu ini kebanyakkan peserta mendapat kritikan yang tegas dari juri tetap Ogy Ahmad Daud. Keadaan menjadi panas dengan perbezaan pendapat antara Ogy Ahmad Daud dan juga Dato Ramli M.S. Michael Ang menjadi juri jemputan buat kali kedua di Gempak Superstar ini. Minggu ini diserikan dengan Ayda Jebat yang menyampaikan 2 buah lagu iaitu lagu dari Alicia Keys dan juga lagu Pencuri Hati. Dari awal memang dah boleh agak yang Raja Ilya akan tersingkir, rasanya nyanyiannya di minggu2 sebelumnya lebih okey dari minggu ini, cuma x sangka bila Izreen pun tersingkir sekali. 

Minggu ini bertemakan Medley dan Izreen menyanyikan lagu Potret dan Joget Sayang Di Sayang manakala Raja Ilya menyanyikan lagu Janam Janam (Dilwale) dan lagu Seksis. Fattah Amin turut membantu persembahan Sherry Ibrahim dan rasanya ramai yang memuji persembahan yang ditunjukkan oleh Soffi Jikan. Kini hanya tinggal 5 peserta saja lagi untuk meneruskan cabaran di Minggu ke-5 Gempak Superstar yang bertemakan Duet.

3 ulasan:

  1. Makin menarik gempak superstar lepas nie.. tak sabar nak tahu siapa juara

    BalasPadam
  2. Yang masih ada teruskan perjuangan...

    BalasPadam
  3. Layan ceria popstar lagi..best ..hhehehe

    BalasPadam

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017