-->

13 Mei 2016

Glamorous Temptation - Korean Drama Review

Review Drama Korea - Glamorous Temptation

Assalammualaikum..
Dah lama nak buat Review Drama Korea yang bertajuk Glamorous Temptation ni tapi tak berkesempatan, hari ni baru ada masa nak buat review cite ni. Drama ini dilakonkan oleh Joo Sang Wook sebagai watak Jin Hyeong Woo, Choi Kang Hee sebagai Shin Eun Soo, Cha Ye Ryun sebagai Kang Il Joo, Jung Jin Young sebagai Kang Seok Hyun dan ramai lagi. Pelakon Nam Joo Hyuk dan Kim Sae Ron pula membawa watak hero dan heroin drama ni ketika diorang remaja. Pelakon berbeza digunakan untuk menggambarkan watak ketika remaja dan juga ketika sudah dewasa. Maybe sebab kalau guna pelakon utama / dewasa membawakan watak ketika mereka remaja ni agak kurang sesuai, mungkin sebab rupa diorang yang dah matang n macam pelik sikit kalau diorang bawa watak2 yang lebih muda dari usia diorang ni so elok bagi kat pelakon yang lebih muda. Drama Glamorous Temptation ni mempunyai 50 episod, walaupun episodnya agak banyak namun jalan ceritanya penuh dengan elemen suspen dan kejutan, pengkhianatan, dendam dan sebagainya yang membuatkan drama ini bertambah menarik untuk setiap episod. Drama ini mula disiarkan di Korea pada 5 Oktober 2015 hingga 22 Mac 2016.
Agak kesian juga dengan watak Shin Eun Soo ni sebab sejak die kecil hinggalah ke besar selalu diuji dengan pelbagai rintangan dan dugaan. Walaubagaimanapun perkembangan watak dan emosi watak die memang dramatik sikitlah terutamanya selepas anak die koma, terus die berubah menjadi pendendam dan mengambil tindakan yang tidak diduga. Sebelum ni aku takde rasa apa2 pun bila tengok Cha Ye Ryun bawa watak jahat dalam drama2 lain, tapi dalam drama ni memang rasa benci jugak lah kat watak die sebagai Kang Il Joo tu. Paling mengejutkan sekali bila Shin Eun Soo ni buat keputusan yang drastik untuk memikat dan sekaligus berkahwin dengan Bapa Kang Il Joo tu. So dapat laa die jadi mak tiri Kang Il Joo disamping membalas dendam. Bermula dari jadi orang gaji di rumah Kang Il Joo dan seterusnya menjadi isteri kepada Kang Seok Hyun yang merupakan bekas Perdana Menteri. Agak seronok juga tengok situasi tegang yang membabitkan Shin Eun Soo dan Kang Il Joo ni, dah la dua2 pun suka lelaki yang sama iaitu Jin Hyeong Woo manakala J.Hyeong Woo pula hanya cintakan Shin Eun Soo dari mereka kecil lagi.
Jin Hyeong Woo ni pula sangat kecewa bila dapat tahu, Shin Eun Soo nak kahwin dengan bapa Kang Il Joo tu iaitu Kang Seok Hyun. Tambahan lagi K.Seok Hyun tu juga adalah musuh J.Hyeong Woo dan die dah lama berdendam dengan K.Seok Hyun tu sebab K.S.Hyun adalah penyebab kepada kematian bapa Jin Hyeong Woo tu. Aku juga suka part yang J.Hyeong Woo tu membalas dendam pada Kang Il Joo tu dengan berpura-pura mencintainya. Selepas reputasi Kang Il Joo sebagai ahli politik dah jatuh teruk dengan beberapa kontroversi yang dicipta oleh J.H.Woo sendiri, maka Hyeong Woo terus meninggalkannya terkontang kanting hehehe. Walaubagaimanapun agak kesian juga lah part Kang Il Joo melutut dan merayu-rayu pada Hyeong Woo agar jangan meninggalkannyer tu. Namun memang kelemahan Kang Il Joo tu adalah cinta, sebab dah 2 kali die terkena dengan penipuan cinta dari Hyeong Woo ni. Tak leh blah bila die dah jatuh teruk n susah, baru die cari balik bekas suami die yang agak psiko dan mental tu hehehe. OST drama ni boleh tahan gak laa, tapi aku paling suka lagu2 background drama ni terutamanya untuk scene2 suspen dan mendebarkan memang ngam betul.
Jalan cerita drama ni memang sukar nak dijangka, sebab banyak kejutan dan twist yang penonton tak sangka. Aku pun tak sangka yang Kang Seok Hyun tu akan memihak pada Kang Il Joo walaupun die tahu anak die dah buat salah besar. Pastu tak sangka pula yang dihujung-hujung cerita, Kang Seok Hyun tu akan ada penyakit dementia macam nyanyuk sikit laa. Lagipun die dah tua pastu ada masa2 die tak ingat apa2 dan ada masa2 yang die okey. Dalam banyak2 watak dalam drama Glomorous Temptation ni aku paling suka dengan watak Kang Il Ran yang merupakan kakak kepada K.Il Joo, die ni unik, perangai die giler2 n die layann Shin Eun Soo ni agak baik juga berbanding adik-beradik die yang lain. Pas die ada Boyfriend, makin bertambah baik perangai die tu heehe. Aku juga suka scene yang Hyeong Woo melihat Video Kang Seok Hyun yang memohon maaf kepadanya seikhlas hati, Walaupun K.Seok Hyun tu dah mati, namun Hyeong Woo memaafkannya. Antara kejutan dalam drama ni apabila suami S.Eun Soo yang disangka telah mati rupanya hidup lagi. Betapa terkejutnya Shin Eun Soo apabila die dapat tahu yang dirinya diperdaya suaminya sendiri, rupanya suaminya iaitu Hong Myung Ho memalsukan kematiannya sendiri dan merupakan orang kanan watak jahat dalam drama ni.
Nasiblah Hong Myung Ho tu akan berubah jadi baik sikit nanti, part die jumpa dengan anak perempuannya tu, agak sedih gak laa, sebab anak die tak kenal die pun. Watak paling jahat dalam drama ni adalah Kwon Soo Myung yang merupakan Bapa Mertua kepada Kang Il Joo tu. Die lah yang merancang semuanya, die yang plan dan buatkan Shin Eun Soo bekerja di rumah musuhnya iaitu Kang Seok Hyun tu. Die ni walaupun dah kaya raya, tapi masih lagi tamak giler dan sentiasa cemburu dengan hidup Kang Seok Hyun tu dan cuba pelbagai cara untuk memusnahkan kehidupan K.Seok Hyun. Die juga adalah dalang yang menjadi penyebab kematian bapa Kang Il Joo tu, awalnya memang tak leh blah bila tengok Kang Il Joo tu asyik menuduh Shin Eun Soo membunuh bapanyer. Namun bila die dapat tahu hal yang sebenarnya, barulah ada twist sikit kat sini, bila die kini di pihak Shin Eun Soo dan Hyeong Woo dan cuba membuatkan Bapa Mertuanya dihukum. Namun benda ni tak mudah sebab bapa mertuanya sangat berpengaruh. Ending drama ni still happy ending laa jugak walaupun ramai juga tak puas hati dengan ending drama ni yang mana Shin Eun Soo dan Jin Hyeong Woo tidak akan meneruskan percintaan diorang mahupun berkahwin.
Diorang berdua buat hal masing-masing, cuma diorang ada jugalah berjumpa kalau anak Shin Eun Soo tu nak jumpa dengan Jin Hyung Woo yang die anggap macam bapa die dah. Ramai penonton tak puas hati sebab diorang berdua ni dah hadapi banyak cabaran dan rintangan dalam percintaan diorang ni. Tapi bila semua orang jahat dah takde dan xde dah halangan dalam hubungan diorang berdua ni, boleh plak dua2 jadi tawar hati gitu dan malas dah nak teruskan percintaan diorang ni hahaha. Ending drama ni berakhir dengan Shin Eun Soo berjalan-jalan di tepi pantai bersendirian dan memikirkan semua yang dah terjadi dalam hidupnyer. Namun di episod akhir drama ni, kelihatan Eun Soo dan Kang Il Joo dah berbaik-baik dan happy dengan hidup diorang sekarang. Malah diorang kini dah jadi BFF gitu, best friend forever dan cuba memenuhi impian diorang berdua ketika masih remaja dulu pastu sering lepak dan keluar bersama-sama. Sweet plak tengok diorang masa ni, yela dulu bukan main lagi musuh ketat sekarang dah jadi BFF dah. Apapun drama ni banyak scene2 yang suspen dan best yang membuatkan penonton tertunggu-tunggu episod yang seterusnya dan berbaloi menontonnya. Aku bagi drama ni 8 Bintang dari 10 Bintang untuk drama ni.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017