-->

29 Apr 2016

Episod Akhir Drama Jasmine

Episod Akhir Drama Jasmine

Assalammualaikum..
Drama Jasmine yang dilakonkan oleh Nelydia Senrose, Gambit, Aqasha dan ramai lagi dah habis dan selepas ini drama Mak Cun 2 akan menggantikan drama Jasmine ni. Episod akhir drama Jasmine ni bermula dengan Khalif yang ragu2 sama ada die akan melepaskan Jasmine pada Rayyan atau pun sebaliknya. Manakala kawan baik Jasmine iaitu Opie berasa frust dan malu apabila mengetahui Kepeng menyukai adik Rayyan iaitu Irish. Kepeng akhirnya mengetahui yang opie sebenarnya sukakannya dari Jasmine namun tidak mampu berbuat apa2 kerana die sudah jatuh cinta pada Irish. Rayyan mengundur diri dan membawa diri ke London apabila mengetahui Jasmine benar2 sukakan Khalif. Akhirnya memang happy ending lah kan sebab Khalif dan Jasmine berkahwin. 

Setelah beberapa tahun kemudian, Rayyan datang ke rumah Jasmine untuk melawat Adam, nampak gaya die dah berubah sikit, die sempat bersembang sikit dengan Opie, dan Opie masih solo lagi. Aku ingatkan kot2 Rayyan dan Opie akan bercinta ker kan sebab dua2 pun solo tapi tak hehehe. Drama ni berakhir dengan scene Jasmine yang gembira melihatkan telatah Rayyan dan Khalif yang sibuk melayan anaknya Adam. Namun apa jadi pada Kepeng dan Irish tak ditunjukkan pula, x tahu jadi apa. Pasni ramai yang tak sabar nak tengok drama Mak Cun 2 ni hehehe.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017