-->

30 Jun 2015

School 2015: Who Are You? - Korean Drama Review


Assalammualaikum..
Hari ni aku nak buat Review Drama Korea yang bertajuk School 2015: Who Are You? yang baru saja habis ditayangkan di Korea pada 16 Jun 2015 yang lalu. Drama 16 episod ini dilakonkan oleh Kim So Hyun, Yook Sung Jae, Nam Joo Hyuk dan ramai lagi. Kalau tengok dari tajuk drama ni, korang dah boleh agak kan drama ni berkisarkan tentang apa kan? tapi yang bestnya drama ni die ada unsur-unsur misteri sikit dan suspen gitu. Selain tu drama ni gak susah nak teka endingnya akan jadi camne, pujian juga buat Kim So Hyun kerana dapat bawa 2 watak (kembar) dengan baik sekali. Kim So Hyun adalah nama betul heroin drama ni, takut ada yang tersalah lak atau tertukar dengan nama Kim So Hyun yang pelakon lelaki popular tu. Rasanya ada dekat 4 orang kot pelakon Korea yang nama diorang lebih kurang sama hehe. Kim So Hyun ni bermula dari pelakon kanak-kanak, sekarang ni dah remaja pun n jadi heroin drama dah.
Berbalik pada drama School 2015- Who Are You ni banyak mengupas isu2 dan masalah2 yang berlaku di kalangan pelajar disekolah, contohnya seperti kes buli. Aku suka tengok lakonan watak jahat Kang So Young tu, nampak jahat betul, suka2 hati die jer buli pelajar lain. Memang rasa geram jer tengok gelagat watak die ni. Kerjanya asyik nak membuli jer, lakonan die memang berkesan sebab berjaya buat penonton rasa benci dengan wataknya. Aku juga suka tengok karakter watak Go Eun Byul dan Lee Eun Bi yang merupakan kembar tapi mempunyai perbezaan yang jelas dari cara bercakap dan keyakinan diri contohnya aku suka dengan watak Go Eun Byul yang digambarkan sebagai seorang yang berani, keras kepala, suka berahsia manakala Lee Eun Bi pula digambarkan sebagai yang lemah lembut, sopan, ada prinsip sendiri namun sentiasa dibuli.
Kadang2 aku tension n stress gak tengok Lee Eun Bi yang macam pasrah jer kena buli dengan Kang So Young and the geng tu, bukannya die nak melawan ker aper ni macam redha jer kena buli. Kita yang tengok die kena buli pula rasa geram sebab mudah sangat kena buli, last2 bila dah tak tahan kena buli, boleh plak cuba nak bunuh diri. Lebih stress bila Lee Eun Bi ni releks jer reject Gong Tae Kwang yang bukan main melindunginya dari K.So Young tu. Rasanya ramai yang suka kalau L.Eun Bi terima jer cinta G.Tae Kwang tu kan tapi boleh plak die suka kat Han Yi An yang merupakan kawan baik kembarnyer. Kesian jer kat G.Tae Kwang yang hanya dapat jadi kawan baik L.Eun Bi tak lebih dari itu. Berbanding watak Han Yi An tu aku lebih suka G.Tae Kwang lagi, Han Yi An ni boring, cepat emosi, cepat berubah hati dari G.Eun Byul ke L.E.Bi better lagi Gong Tae Kwang tu yang terus berada disisi L.E.Bi walaupun die tahu L.E.Bi suka pada Han Yi An tu.
Ending drama ni okeylaa, tapi still xde la memuaskan hati sangat sebab ingatkan ada kejutan ker kat episod akhir tapi takde apa sangat. Kang So Young yang kaki buli tu tertekan dengan persepsi orang ramai padanya n die langsung xde kawan, disamping menjadi mangsa kemarahan ayahnya yang garang tu sebab perbuatannya telah menyebabkan ayahnya mengalami masalah untuk memasuki arena politik. Patutnya K.So Young tu harus dapat balasan lagi teruk tapi okeylaa dari takde hahaha. Ending untuk G.Tae Kwang die just jadi kawan baik L.E.Bi jer tapi hubungan dengan ayahnya dah kembali pulih n mesra gitu. Go Eun Byul pula melanjutkan pelajaran ke luar negara manakala Lee Eun Bi dan Han Yi An start bercinta. Tu jer laa endingnyer hehehe tapi dalam banyak2 scene2 aku paling suka scene Go Eun Byul melawan Kang So Young tanpa menggunakan kekerasan pun tapi still dengan stail gitu hihihi.
Selain tu aku juga suka scene yang mana kesemua pelajar membuat kejutan pada guru kelas mereka yang akan berhenti  tu dengan memberikan ucapan pendek dalam sticky note yg berwarna warni dan dilekatkan pada cermin kereta guru kelas diorang tu, touching betul scene ni, mesti guru tu rasa dihargai dan disayangi oleh pelajar2 nya. Bagi aku drama ni berjaya untuk buat aku curious apa yang bakal terjadi dalam next episod, sebab banyak sangat misteri yang belum terjawab. Walaupun jalan cerita drama ni berkisarkan pelajar sekolah tapi still tak membosankan pun sebab ada banyak babak2 best. Adegan2 kelakar dalam drama ni juga sangat best dan lawak diimbangi dengan kisah cinta tiga segi watak2 utama tu. Cuma ramai juga yang frust bila Lee Eun Bi tidak bercinta dengan Gong Tae Kwang tu tapi sebaliknya yang berlaku di episod akhir drama ni. Apapun drama ni kira layannnn juga. Aku bagi 7.5 dari 10 Bintang untuk drama ni.
Read More »

28 Jun 2015

Sinopsis Drama Wadi Slot Zehra TV3


Assalammualaikum..
Drama Wadi adalah drama terbaru untuk Slot Zehra Tv3, drama ini akan menggantikan drama Puteri Bukan Nama Sebenar yang telah tamat episodnya pada bulan Jun nanti. Drama Wadi ini akan mula menemui penonton bermula 26 Jun ini dan drama ini diarahkan oleh Heykal Hanifah. Drama ini dilakonkan oleh Syafie Naswip (Wadi), Amyza Aznan (Zainah), Ardell Aryana (Widya), Fimie Don (Azem), Zamarul Hisyam (Cikgu Naim), Faezah Elai (Cikgu Murni) dan ramai lagi. Tema drama ini ialah kekeluargaan dan diterapkan juga unsur islamik dari segi muzik dan mood. Jangan lupa nantikan drama ini k..

Sinopsis Drama Wadi

Wadi mengisahkan remaja berumur 17 tahun bernama Wadi yang hidup bersama ibu tiri dan dua adik kandung perempuan berlainan ibu. Kehidupan mereka susah sekaligus membuatkan Wadi hidup dalam serba kekurangan. Dia juga selalu dihantui rasa bersalah disebabkan kematian ayahnya yang berpunca daripada sikap pentingkan dirinya sendiri. Zainah, ibu tirinya selalu menyalahkan Wadi kerana menyebabkan kematian suaminya Bakri (ayah Wadi). Bakri meninggal dunia semasa hendak membeli kasut spike olahraga untuk Wadi biarpun ketika itu dia tidak berduit. Wadi memahami kesusahan ayahnya dan bercadang untuk kerja secara sambilan bagi mencari duit untuk membeli kasut yang diperlukan tetapi tidak dibenarkan oleh ayahnya.
Bakri sanggup meminjam wang daripada rakannya untuk membeli kasut spike dengan membawa Wadi bersama. Sampai di bandar, mereka berpecah apabila Wadi ke kedai buku, manakala Bakri ke kedai peralatan sukan kerana niatnya untuk buat kejutan dengan menghadiahkan Wadi dengan spike baru. Walaubagaimapun malang menimpanya apabila Bakri terbunuh kerana terserempak dengan tiga perompak yang baru merompak bank. Kematian Bakri disaksikan Wadi sendiri. Ayahnya mati di pangkuannya bersama kasut spike itu. Sejak itulah kehidupan Wadi terumbang-ambing, manakala prestasi pelajarannya mula merosot. Hidupnya menjadi semakin kacau-bilau apabila ibu tirinya Zainah selalu mencari pasal dengannya.
Read More »

27 Jun 2015

Review Novel Jerat Hati

Assalammualaikum..
Aku dah lama beli novel Jerat Hati karya Tina Derika ni, tapi baru beberapa hari lepas aku start baca novel ni. Aku suka muka depan Novel ni, cantik gitu. Kalau baca dari Sinopsis Novel Jerat Hati ni, memang nampak best gitu, jalan ceritanya bermula dari zaman sekolah sampailah dewasa. Antara watak2 dalam novel ni seperti Asyraf, Hafiza, Darina, Aizat, Mazni dan lain2 lagi. Cuma satu jer laa aku x berapa berkenan dengan watak Hafiza sebab die digambarkan sangat ler baik, penyabar, walaupun dah macam2 Darina tu buat kat die, tapi boleh jer die sabar jer, manakala watak Darina pulak tersangatlah jahat hehehe. Apapun Novel ni masih best untuk dibaca. Jom tengok Sinopsis Novel ni kat bawah k..

Sinopsis Novel Jerat Hati

“Boleh tak kita berkawan?” – Hafiza
“Kita tak setanding. Malu aku nak kawan dengan budak kureng macam kau.” – Asyraf
Zaman persekolahan. Kisah Asyraf si ketua kumpulan bajet Westlife. Pengawas popular berdarah campuran Turki dan paling cemerlang akademiknya, disayangi para guru. Maklumlah, anak Tan Sri. Manakan setaraf dengan Hafiza. Tapi tak berhakkah dia untuk berkawan dengan Asyraf?

Sejak peristiwa yang memalukan itu, Hafiza menjadi mangsa sindiran kumpulan bajet Westlife yang sombong itu. Kononnya Hafiza yang tidak setaraf dengannya itu tidak tahu malu. Asyraf tidak sudah-sudah mencari pasal.
“Malang betul laki kau esok dapat bini macam kau.” – Asyraf
“Kalau macam tu, aku pun boleh kata bini kau nanti malang dapat laki macam kau.”-Hafiza

Lebih menyakitkan, sepupu Hafiza, Darina yang cantik dan kaya dipilih oleh Asyraf menjadi kekasih hatinya. Sembilan tahun berlalu, malangnya Darina menghilang tanpa meninggalkan khabar berita. Pergi begitu sahaja… Ke manakah dia?

Tambah menyerabutkan fikiran Asyraf, Puan Sri Laila tertarik untuk menjadikan Hafiza sebagai menantunya. Asyraf tersepit antara perintah uminya dan rindu terhadap Darina. Namun dia tidak membangkang, kerana perkahwinan itu sahajalah jalan untuk menarik kembali Darina ke dalam hidupnya. Jerat cinta mula dipasang.

“Okey, aku akan lamar Fiza. Hanya sekadar nak tutup niat aku yang sebenar.” – Asyraf.
Berjayakah umpan cinta yang dipasang terjerat?
Read More »

24 Jun 2015

CPUV Nuffnang Bulan Jun 2015

Assalammualaikum..
Dah lama x buat entry pasal Nuffnang..ni. Alhamdulilah banyak gak dapat cpuv untuk bulan Jun ni, tapi separuh daripada Cpuv tu dah credit dah. Tinggal cpuv kat atas ni jer yang masih on going. Antara CPUV yang masih berjalan seperti Gemfive Starter Park, Perfecto Popcorn, Tesco dan RHB Lifestyle App. Terima Kasih pada pihak Advertiser dan juga Nuffnang kerana memilih blog ini, tak lupa juga untuk semua yang sudi klik2 iklan Nuffnang kat blog ni. Lepas ni kalau korang nampak iklan kat atas ni menari-nari di blog ni, jangan lupa klik2 k..Thanks uollss..
Read More »

23 Jun 2015

Quote By Shah Rukh Khan





Read More »

20 Jun 2015

Jom Shopping Di Kedai Online Kraf asma-felt-box.com


Assalammualaikum..
Korang minat membuat kraf? korang suka DIY? minat menjahit? tapi korang tak tahu kat mana nak beli dan dapatkan bahan-bahan untuk membuat kraf ini (craft supply) so kat sini meh aku nak gtau, korang boleh dapatkan semua ini di Kedai Kraf Online Asma-Felt-Box..Kedai Kraf online ini menjual bahan-bahan felt craft secara online iaitu kain felt, butang, keychain, brooch, hair accessories, embellishment, ribbon, peralatan menjahit dan sebagainya. Produk utama dan antara yang paling laris di Kedai Kraf Online asma-felt-box..ini adalah Polyester Felt, Starter Pack dan butang-butang comel. Mungkin ada yang kurang faham apa bendanyer Polyester Felt ni, meh sini aku cite, Polyester Felt ni ialah kain felt yang berkualiti yang diperbuat dari 100% polyester. Ianya tidak mudah berbulu, mudah dipotong serta tahan lasak dan sesuai untuk membuat produk handmade seperti beg, purse, wording, keychain dan sebagainya. 
Polyester Felt (1 meter)
Untuk tengok lebih banyak gambar-gambar mengenai bahan-bahan kraf yang dijual, korang kena la pergi ke website asma-felt-box ni disini --> http://asma-felt-box.com Banyak produk2 yang best yang dijual kat sana antara yang paling aku suka tengok adalah butang-butang comel, seriously memang comel giler kot. Selain itu aku juga suka Starter Pack dan aku dah pun memilikinya iaitu Starter Pack versi Excited Pack (terima kasih buat Pn. Asma) yang mana Excited Pack ni khas untuk orang-orang baru yang nak start berkecimpung dalam bidang kraf dan nak buat pelbagai items. Dalam excited pack ni ada pelbagai warna serta pelbagai jenis bahan-bahan kraf. Kat bawah ni adalah gambar Excited Pack tu.
Excited Pack diatas mengandungi felt, keychain, split ring, HP straps, brooch panjang dan pendek, pek benang, brads, butang, eyes, hiasan tampalan, hair clips, ribbons, pack fiber, tali halus, bell, 1 template book. Banyak kan, macam-macam ada gitu, pasni aku pun nak try belajar buat kraf melalui starter pack ni. Kalau korang tak tahu nak buat apa or nak jahit macam mana guna semua bahan-bahan kraf kat atas ni, korang boleh search kat youtube -> asmafeltbox, kat sana korang boleh tengok tutorial (video) yang dibuat oleh Pn Asma ni. Banyak benda boleh dibuat dengan bahan-bahan kraf kat atas ni. Selain itu dalam Starter Pack terdapat pack lain selain Excited Pack ni iaitu Version 2 dan juga Bajet Pack.
Korang mesti tertanya-tanya pasal harga bahan-bahan kraf di asma-felt-box.. ni. Jangan risau harga2 bahan kraf ni tak mahal pun harga yang ditawarkan semuanya berbaloi gitu. Korang hanya perlu pergi ke website http://asma-felt-box.com untuk melihat bahan-bahan kraf yang ditawarkan beserta harganya sekali. Setiap item di website tersebut telah disenaraikan harga, saiz dan maklumat yang diperlukan, jadi korang boleh shopping disana dengan senang hati gitu. Paling best sekali ada Reward Points, yang mana bila korang beli barang di website asma-felt-box..korang akan dapat kumpul point dan tebus dalam next order. Selain itu, jika korang beli barang lebih RM100 akan dapat free pos laju (free shipping) dan barang-barang di pos setiap hari kecuali sabtu, ahad dan cuti umum. 
Sila lihat dibawah untuk Maklumat Lanjut..

Website asma-felt-box : http://asma-felt-box.com
Whatsapp : 0139325870
Read More »

19 Jun 2015

Sinopsis Drama MAID Astro Ria

Assalammualaikum..
Sempena Ramadhan ni, Astro menyajikan satu lagi drama best untuk para penonton iaitu sebuah drama adaptasi daripada Novel, karya Suri Ryana yang bertajuk M.A.I.D. Drama Maid ni diarahkan oleh Michael Ang dan dilakonkan oleh Zul Ariffin, Ayda Jebat, Hefny Sahad, Nina AF2014, Tasha Shila dan ramai lagi. Drama Maid ini akan ditayangkan di Astro Ria, setiap isnin hingga jumaat, jam 10.00 malam selama setengah jam. Aku memang memiliki novel MAID ni so serba sedikit dah tahu dah jalan cerita drama ni. Aku dah pun tengok beberapa episod drama Maid ni kat Tv, memang best gitu untuk ditonton. Apapun jom layan sinopsis drama Maid ni kat bawah k..
Sinopsis M.A.I.D

Pengembaraan Noorul (Ayda Jebat) ke alam yang serba baru bermula semenjak menjadi pembantu rumah di penthouse mewah seorang lelaki kacak bernama Harris Tan Sri Hamdan (Zul Ariffin), yang cerewetnya mengalahkan nenek kebayan. Oleh kerana sifatnya yang cerewet itu, Noorul menggelar Harris sebagai Mr. F. Kenapa F, bukan G atau H? Kerana F itu adalah untuk ‘fussy’ atau di dalam bahasa Melayunya cerewet! Semua yang Noorul lakukan sentiasa mengundang tengkingan dan jelingan tajam Mr. F. Daripada berbalas-balas  nota berkaitan dengan kerja  pada awalnya, entah bagaimana mereka boleh makan semeja. 

Semakin lama Noorul mengenali Mr. F semakin banyak pula sebab yang dia temui untuk mencintai lelaki itu. Fitnah yang melanda menyebabkan Noorul dan Mr. F terpaksa dinikahkan. Gusarnya hati, Allah sahaja yang tahu kerana dia tidak pasti sama ada Mr. F boleh menerimanya sebagai isteri atau tidak. Noorul mula berteka-teki sendiri tentang siapa dalang di dalam penyebaran fitnah ini. Adakah angkara Asyraf, yang sememangnya berdendam dengan Noorul? Atau pun, musuh perniagaan Tan Sri Hamdan? Mampukah Noorul dan Mr. F melayari bahtera rumah tangga bersama? Bagaimana pula dengan Elisa yang sememangnya cintakan Mr. F? Apa pula yang akan terjadi apabila Nurina, bekas kekasih Mr. F pulang ke Malaysia untuk menagih kembali cinta daripada lelaki itu? Haikal pula, dapatkah menerima Noorul, orang yang dicintainya sebagai kakak ipar?
Read More »

18 Jun 2015

Waktu Berbuka Puasa dan Imsak Bagi Negeri Pulau Pinang

Read More »

Lafaz Niat Puasa & Salam Ramadhan


Read More »

17 Jun 2015

Sinopsis Drama Cik Bunga dan Encik Sombong Astro Prima

Assalammualaikum..
Sempena Ramadhan ini, ada beberapa drama baru yang sedang rancak ditayangkan di Astro, salah satunya adalah drama Cik Bunga dan Encik Sombong. Drama ini dilakonkan oleh oleh Amar Baharin, Amyra Rosli, Jasmin Hamid, Roy Azman dan ramai lagi. Drama Cik Bunga dan Encik Sombong ini merupakan terbitan Global Station dan merupakan adaptasi daripada Novel yang tajuknya juga sama karya Airisz. Drama ini akan bersiaran setiap Isnin hingga Khamis, jam 9 malam di Astro Prima dan Astro Maya HD. Amar Baharin akan melakonkan watak Harris Isqandar manakala Amyra pula akan melakonkan watak sebagai Intan Asnidar. Aku dah tengok beberapa episod drama ni, boleh tahan gak la jalan ceritanya. Apapun jom layann sinopsis drama ni kat bawah.

Sinopsis Cik Bunga dan Encik Sombong

Cik Bunga dan Encik Sombong mengisahkan seorang gadis, Intan Asnidar yang bekerja di kedai bunga secara tiba-tiba diajak bertunang oleh seorang CEO syarikat besar, Harris Isqandar. 



Harris terpaksa mencari pengganti bakal pengantin perempuan bagi menggantikan Erny Humairah yang menghilangkan diri. 



Walaupun Intan Asnidar bukanlah seorang gadis yang cantik tetapi tetap menjadi pilihan Harris. Kasih sayang dipupuk hinggalah lahirnya rasa cinta.

Erny Humairah muncul semula menagih cinta Harris. Manakala Datin Nora memaksa Harris meninggalkan Intan dan mengugut Intan dengan pelbagai cara agar Harris berkahwin dengan Erny. 

Walaubagaimanapun Harris bertegas mempertahankan rumahtangga yang dibina. Seterusnya, Harris Isqandar membuat keputusan melepaskan jawatan CEO dan tinggal dikampung membina kehidupan baru bersama Intan.


Follow my blog with Bloglovin
Read More »

Gelagat JOZAN Sebagai Juri Di Ceria Popstar Musim Ke-3

Assalammualaikum..
Ceria Popstar 3 sudah pun habis dan menyaksikan Dayang menjadi juaranya. Walaupun Ceria Popstar 3 ni hanyalah rancangan nyanyian kanak-kanak, namun Astro bijak meletakkan artis2 popular dalam rancangan ni untuk menarik perhatian penonton. Aku yang jarang tengok rancangan kanak2 ni pun terjebak sama sebab dalam program ni ada banyak nama2 besar seperti Johan, Zizan (JOZAN), Nabil, Dato Ac Mizal dan Paknil. Selain itu juri2 jemputan juga best2 macam Erra Fazira, Dayang Nurfaizah, Ning Baizura, Fauziah Latiff, Raja Azura, Yusry, Noh Hujan, Ajai, Ziana Zain dll. Selain tu suara budak2 yang bertanding tu sedap2 la gak macam si Vanessa, Dayang dll. 
Aku ada jumpa video2 gelagat JOZAN serta gelagat juri2 yang lain yang memang giler2 dan lawak habis. So memang terhibur laa tengok video2 kat bawah ni. Antara yang best adalah Dubmash yang dibuat JOZAN menerusi lagu Sakitnya Tuh Disini. Serta reaksi dan komunikasi antara juri, pengacara, penaung yang sangat havoc dan lawak. Paling aku suka masa diorang bandingkan umur menerusi aplikasi howoldareyou.net dengan gambar JOZAN yang muda remaja tu dengan gambar Paknil hihihi part ni memang lawak habis. Memang layannn video2 kat bawah ni..
 
   

Selamat Menonton k..hehehe..
Read More »

14 Jun 2015

Baca Online Novel Eksperimen Cinta

Assalammualaikum..
Rasanya semua pun tahu yang Novel Eksperimen Cinta karya Anjell ni akan diadaptasi menjadi drama bersiri, untuk Slot Dahlia Tv3. Watak Tengku Aaron akan dilakonkan oleh Fahrin Ahmad manakala watak Damia Farisha akan dilakonkan oleh Izreen Azminda. Drama Eksperimen cinta ni akan mula ditayangkan di Tv mulai 13 Jun ini. Jadi sebelum tu jom baca online Novel Eksperimen Cinta dari bab 1 hingga bab 40. Klik link dibawah untuk membaca secara online Novel Eksperimen Cinta.


Read More »

13 Jun 2015

Sinopsis Drama Eksperimen Cinta Slot Dahlia TV3

Assalammualaikum...
Drama Eksperimen Cinta akan mula menemui penonton mulai 13 Jun ini dan akan disiarkan melalui Slot Dahlia Tv3. Drama Eksperimen Cinta ini merupakan adaptasi daripada Novel yang tajuknya juga sama karya Anjell. Drama ini akan dilakonkan oleh Fahrin Ahmad, Izreen Azminda, Sherry Ibrahim dan ramai lagi. Kalau tengok dari sinopsis drama ni memang nampak macam best jer drama ni, so kena laa tengok nanti. Apapun jom layan Sinopsis drama ni kat bawah k..
Sinopsis Eksperimen Cinta

Kali pertama mereka bertentang mata. Masing-masing dah ada pandangan sendiri. Dan tak sangka pula Tengku Aaron ini memang gila orangnya. Sangat-sangat tak terduga sikapnya. Kalau tak gila, apa perkataan paling sesuai nak digambarkan kepada orang yang tiba-tiba ajak kahwin padahal kenal tak sampai dua jam?
Demi syarikatnya, Damia buat keputusan gila juga! Tak ada jalan keluar melainkan cakap, “saya setuju!” Damia letakkan syarat dengan harapan Tengku Aaron batalkan niatnya.
“Awak jangan menyesal pula kahwin dengan saya. Sebab saya ni pisau cukur...”
“Oh, ya?! Kalau cap Gillete Mach3 Turbo, aku lagi suka. Kikislah banyak mana harta aku. Aku tak kisah. Harta aku bertimbun-timbun…”
Gagal dan gagal. Akhirnya bersatu juga! Bagi Tengku Aaron semuanya tak lebih daripada sebuah eksperimen saja. Dan bagi Damia, selagi belum lafaz talak terucap, selagi itulah maruah Tengku Aaron akan dijaga. Berjayakah Tengku Aaron Shah meneruskan eksperimen cintanya? 
Read More »

12 Jun 2015

The Haters

Read More »

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017