-->

27 Dis 2015

Sinopsis Telemovie Along Slot Cerekarama TV3

Assalammualaikum..
Menerusi Slot Cerekarama yang bersiaran pada 26 Disember ini, sebuah Telemovie yang bertajuk Along akan disiarkan. Telemovie Along ini diarahkan oleh Khalid Nadzri dan dilakonkan oleh Daniel El Arash, Habiel Lutfillah, Edora Mitilda, Fizz Fairuz, Norkhiriah, Zulkifli Salleh, Nureen dan lain2 lagi. Kalau tengok dari Iklan dan sinopsis Telemovie Along ni ianya memfokuskan tentang kehidupan 3 adik- beradik yang saling menyayangi dan tak sanggup berpisah. Rasanya cite ni memang agak sedih ni especially endingnyer nanti. Apapun sama2 lah kita tonton nanti k. Sebelum tu jom tengok Sinopsis cite ni kat bawah k.
Sinopsis Telemovie Along

Mengisahkan  tentang tiga beradik yatim piatu, Faiz (Daniel El Arash), Imran (Habiel Lutfillah) dan Mira (Edora Mitilda) dalam menghadapi dugaan kehidupan yang semakin berat. Kerana Faiz selaku Along kepada Imran dan Mira tidak bekerja, Faiz merasakan ada baiknya sekiranya adik-adiknya diambil menjadi anak angkat daripada terus hidup dalam keadaan papa kedana bersamanya.

Setelah mendaftarkan adik-adiknya di sebuah pusat kebajikan kanak-kanak, Imran diambil sebagai anak angkat oleh sepasang suami isteri yang tiada anak, Taufiq dan Gayah (Fizz Fairuz dan Norkhiriah). Kehidupan Imran cumalah sederhana jika dibandingkan dengan adiknya, Mira.

Pada waktu yang sama Imran diambil daripada Faiz, Mira juga diambil sebagai anak angkat oleh sepasang suami isteri yang berada, Datuk Haris dan Datin Farida (Zulkifli Salleh dan Nureen).

Ibarat air dicincang tidak akan putus, sungguhpun Imran dan Mira menjalani kehidupan senang, mereka tetap mahu tinggal bersama Faiz. Sehinggakan satu tahap di mana mereka terlalu merindui antara satu sama lain, Faiz nekad membawa adik-adiknya lari dan merancang untuk hidup bertiga.
Pelbagai dugaan dilalui mereka, berlapar, berpanas dan berhujan. Namun ketabahan dan kekuatan Faiz benar-benar teruji apabila mendapati suhu badan Mira meningkat dan Mira tidak sedarkan diri.

“Along, mana adik? Mana adik Long? . . . Adik dah pergi . . .”Apakah nasib tiga beradik yatim piatu ini? Dapatkah mereka teruskan hidup bergelandangan? Apa yang terjadi pada Mira?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017