-->

7 Okt 2015

Tanu Weds Manu Returns - Bollywood Movie Review

Assalammualaikum..
Hari ni nak buat Review Filem Bollywood / Hindustan yang baru aku tengok baru2 ini iaitu Tanu Weds Manu Returns. Filem ni kira baru jugak sebab release tahun 2015 dan merupakan sequel atau kesinambungan kepada filem terdahulu iaitu Tanu Weds Manu tahun 2011. Jika korang tak tengok filem yang terdahulu pun korang still boleh faham jalan cerita filem Tanu Weds Manu Returns ni. Filem ni berjaya mengekalkan pelakon2 asal untuk kembali berlakon dalam sequel filem kedua ni seperti Kangana Ranaut, Madhavan, Jimmy Shergill dan ramai lagi. Heroin cite ni iaitu Kangana Ranaut akan melakonkan 2 watak. Maybe ada yang tak berapa kenal dengan pelakon2 cite ni misalnya Kangana Ranaut pernah berlakon dalam filem Fashion, Raaz 2, Krrish 3, Queen dan banyak lagi Manakala hero cite ni iaitu Madhavan pernah berlakon sekali dengan Aamir Khan dalam 3 Idiot, Rang De Basanti dan banyak lagi. Madhavan ni aktif berlakon dalam filem Bollywood dan juga tamil.
Apapun review yang aku buat ni adalah filem Bollywood/ Hindustan yer bukan filem Tamil okey, sebab kadang2 ada gak yang boleh konfius, walaupun dah terang-terangan tajuk entry ni pasal filem aper kan. Apapun filem ni Box Office okey kiranya termasuk dalam list filem terlaris gitu. Genre filem ni adalah Romantik Komedi. Apapun aku lebih suka filem ni berbanding filem yang awal tu sebab filem ni lebih kelakar gitu. Dari awal jalan cerita sampai pertengahannya memang sangat best dan kelakar tapi bila masuk watak kembar kepada heroin cite ni, ianya dah jadi sedikit boring tapi apapun still menghiburkan dan ada elemen suspen di penghujungnya yang membuatkan penonton tertanya-tanya sama ada hero cite ni akan bercerai dengan isterinya dan kahwin lagi ataupun sebaliknya. Part tak leh blah masa watak hero cite ni gi sesi kaunseling dengan isterinya tapi last2 boleh plak die dimasukkan dalam tempat sakit mental sebab gagal mengawal kemarahannya dalam sesi kaunseling tersebut hahaha.
Agak stress juga tengok karakter watak heroin cite ni yang pegang watak sbg Tanu yang releks jer tinggalkan suami die pastu macam over confident yang suami die tak kan cari prempuan lain, last2 bila suami die betul2 nak kahwin lain barulah die nak meroyan hihihi siap buat macam2 drama untuk mengelakkan suami die dari berkahwin lain. Apapun filem Tanu Weds Manu Returns menghiburkan dan ada pengajaran juga untuk penonton dan aku bagi 7.5 Bintang untuk filem ni dari 10 bintang. Jom layan sinopsis filem ni kat bawah k.

Sinopsis Tanu Weds Manu Returns

Jalan cerita dimulakan dengan perkahwinan Tanu dan Manu yang sangat meriah. Namun selepas 4 tahun usia perkahwinan mereka, rumahtangga mereka bergolak dan sering bergaduh sehingga mereka pergi mendapatkan sesi kaunseling rumahtangga yang akhirnya menyebabkan masalah menjadi lebih besar. Akhirnya Tanu meninggalkan Manu dan pulang ke India dan tinggal di rumah keluarganya. Manu berasa sangat marah dengan tindakan isterinya itu lalu menghantar notis cerai kepada Tanu dan membuatkan Tanu berasa sedikit kecewa serta perangainya mula berubah menjadi sedikit liar dan gila2. Manu mula berasa sunyi dan mula berkenalan dengan seorang pelajar universiti yang bernama Kusum.
Kusum yang agak tomboy mempunyai wajah seiras dengan Tanu membuatkan Manu berasa ingin mengenali Kusum dengan lebih rapat. Akhirnya Kusum dan Manu sama2 jatuh cinta, namun Kusum telah pun ditunangkan dengan Raja Awasthi yang dulunya merupakan bekas kekasih kepada Tanu. Raja Awasthi berasa sangat marah dengan Manu kerana suka merampas wanita yang dicintainya. Walaubagaimanapun Manu tetap berpegang pada janjinya akan mengahwini Kusum. Raja Awasthi membawa isteri Manu iaitu Tanu untuk pergi bertemu dengan Manu dan Kusum serta cuba menghalang perkahwinan mereka, namun tidak berjaya. Sebaliknya Manu ingin bercerai dengan Tanu dan membuatkan Tanu berasa sedih namun tidak berputus asa. Tanu mengambil keputusan untuk membantu membuat persiapan kahwin serta menghadiri majlis perkahwinan Manu dan Kusum.

Kusum serba salah dan kesian dengan Tanu tetapi tetap ingin berkahwin dengan Manu. Apa yang bakal berlaku seterusnya? Bagaimana pula dengan Manu, adakah hati die berubah atau tetap dengan keputusannya untuk berkahwin lain?

1 ulasan:

  1. Es la frase simplemente excelente
    [url=http://bit.ly/1GrtObT]jeffreyMa[/url]

    BalasPadam

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017