-->

30 Dis 2022

Sinopsis Cermin Kasih (Cerekarama TV3)

Assalammualaikum..
Wahh ada telemovie best di Slot Cerekarama Tv3 yang bertajuk Cermin Kasih lakonan Shaheizy Sam, Tiz Zaqyah, Raja Ilya, dan ramai lagi. Memang sedih cite ni especially bila watak Tiz mengetahui suaminya sebenarnya Pengedar Dadah. Sedih kot dengan lagu latarnya yang mendayu-dayu yang bertajuk Gelombang nyanyian asal Salamiah Hassan. Apapun lakonan mantap dari semua pelakon..Drama ini akan diulang siar di TV9 pada hari ini 30 Disember 2022, pukul 8.30 malam.

Sinopsis Cermin Kasih 

 Mengisahkan Marina (Tiz Zaqyah) anak tunggal kepada Pak Hamdan dan Mak Jah yang berkahwin dengan Amran (Shaheizy Sam) atas pilihan keluarga. Marina merasakan Amran seorang suami yang romantik dan pandai mengambil hatinya. Rumah tangga mereka amat membahagiakan kerana Marina ditatang bagai minyak penuh dan diberikan kemewahan tanpa dia mengetahui pekerjaan sebenar Amran sehinggalah pada suatu hari dia terjumpa dadah kepunyaan Amran. Barulah Marina mengetahui bahawa Amran adalah seorang pengedar dadah.
Marina mahu meninggalkan Amran. Oleh kerana terlalu sayangkan isterinya, Amran menyuntik Marina dengan dadah sehingga mengheret Marina ke dalam kancah penagihan dadah. Marina terus setia bersama Amran bukan lagi kerana mencintai suaminya itu, tetapi kerana dia perlukan bekalan dadah. Apabila rumah mereka diserbu, Amran ditembak mati manakala Marina diberkas Polis. Marina terpaksa menanggung derita menjalani hukuman penjara dalam masa sama dia sedang hamil dan terpaksa melahirkan dan membesarkan anaknya di sebalik tirai cermin.

Jom BaCa Ini Juga 👉👉 Info dan Sinopsis Drama Budak Tebing 3 Slot Lestary TV3

1 ulasan:

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017