-->

22 Okt 2015

Dolly Ki Doli - Sesi Review Filem Bollywood

Assalammualaikum..
Filem / Movie Dolly Ki Doli ni adalah antara filem hindustan / bollywood yang aku tonton baru-baru ni. Filem Dolly Ki Doli ni kira baru lagi sebab release Januari 2015 dan diterbitkan oleh syarikat produksi adik Salman Khan iaitu Arbaaz Khan. Filem ni dibintangi oleh Soonam Kapoor, Rajkummar Rao, Pulkit Samrat, Varun Sharma dan ramai lagi. Bagi yang tak tahu, Soonam Kapoor ni adalah anak kepada pelakon Anil Kapoor. Suka tengok senyuman Soonam Kapoor ni sebab nampak sweet jer die ni terutamanya bila die senyum or ketawa. Filem ni bergenre komedi so mmg banyak la scene2 yang kelakar dan menghiburkan. Aku suka jalan cerita filem ni yang happening, unik dan menarik. Pelakon Saif Ali Khan turut membuat special appearance dalam filem ni dan memegang watak sebagai putera raja gitu hehe. 
Lagu2 dalam filem ni bolehlaa layann tapi xdelaa terlampau best sgt, biase2 jer, manakala jalan cerita filem ni memang menarik cuma dekat2 penghujung ianya jadi macam kelam kabut sikit. Tak leh blah tengok Dolly dan keluarganya tu, awalnya aku ingat tu family betul die tapi rupanya semua fake, diorang semua berlakon jadi satu family dan hasil duit rompakan diorang bahagi sama rata. Part paling lawak bila polis menahan/menangkap nenek Dolly tu, stress semua polis tu nak ambik kenyataan nenek Dolly sebab die asyik ulang line dialog yang sama hehehe. Dalam ketiga-tiga lelaki tu nampak lelaki pertama Sonu Sherawat yang betul2 mencintai Dolly. Apapun aku suka ending cite ni yang bagi aku happy ending bila Dolly memilih kebebasan dari suami sebab Dolly bahagia dengan apa yang dilakukannya. Cuma kalau endingnyer Dolly betul2 bertemu dengan lelaki yg dicintainya mesti lebih sweet jalan ceritanyer.
Aku ingatkan bila Dolly dan berkahwin dengan cinta pertamanya iaitu Robin Singh yang merupakan seorang polis, die akan berubah dari tabiat lamanya tu, tambahan lagi Dolly juga turut bergaduh dengan fake familynyer tu. Rupanya tak, apabila Dolly turut meninggalkannya juga. Apapun seronok tengok gelagat Dolly dan fake familinyer menipu berpuluh-puluh pengantin lelaki dengan perkahwinan palsu sebelum merompak keluarga pengantin lelaki di malam hari. Cuma part Dolly tergesa-gesa berkahwin dengan Robin tu macam kelam kabut sikit, sebab awalnya Dolly tak dapat memaafkan Robin sebab meninggalkannya dulu, pastu dengan sekelip mata jer diorang boleh berbaik dan pergi daftar perkahwinan diorang. Apapun filem Dolly Ki Doli ni menghiburkan gak dan layannn so aku bagi 7.5 bintang untuk filem ni dari 10 bintang. Jom tengok sinopsis filem ni kat bawah k.

Sinopsis Dolly Ki Doli
The movie centres around a young woman, Dolly (Sonam Kapoor), who is a young con artist. First she married Sonu Sherawat (Rajkummar Rao). She marries men from different religions and runs away with their wealth on the night of the wedding. Her entire family consists of con artists. After conning quite a few number of rich men, she gets media attention, who label her as "looteri dulhan". A cop Robin Singh (Pulkit Samrat) decides to catch Dolly. When she tries to con Delhi boy Manjot (Varun Sharma), she slips and her photographs are splashed all over the media.
When Dolly and her gang try to con a prince (Saif Ali Khan), they are arrested by Robin Singh. Then it is revealed that Robin Singh and Dolly have a past. She is put behind bars but she escapes with Robin's help and they get married. But she leaves him too and regroups with her old gang members and goes in search of their next victim.

Jom Baca ni jugak --> 10 Cara-Cara Paling Ekstrim & Gila Yang Dilakukan Oleh Orang Malaysia Untuk Berjimat Cermat..

2 ulasan:

  1. Menarik..lama tak tengok hindustan...

    Blogwalking: www.yanieyusuf.com

    BalasPadam
  2. salam perkenalan.. murni pon minat filem Bollywood..tapi yang baru2 murni xtau dah perkembangan..huhuhu

    BalasPadam

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017